Anda di halaman 1dari 6

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2022 1223/1

PENDIDIKAN ISLAM
Kertas 1
SET 1
2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

LATIH TUBI
PENDIDIKAN ISLAM
(SET 1)

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi lima soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam kertas jawapan yang disediakan.
4. Tulis nombor kad pengenalan dan angka giliran anda pada ruangan yang disediakan.
5. Ikat kertas jawapan bersama-sama helaian tambahan dan serahkan kepada pengawas
peperiksaan pada akhir peperiksaan.

Untuk Kegunaan Pemeriksa


Markah Markah
Soalan
Penuh Diperoleh
1 20
2 20
3 20
4 20
5 20
Jumlah 100

___________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak.
[Lihat halaman sebelah

1
1223/1 © 2022 Hak Cipta Terpelihara SPI JPN Sabah
Jawab semua soalan

1 (a) Firman Allah SWT. :


َ ٗ َ ْ ُ ُ ۡ َ ِ ‫َ ُ ۡ ُ ْ َ ٓ َ ُۡ ا‬ ۡ ُ ۡ‫َو ََل تَأ‬
ُ َ‫كلُ ٓوا ْ أَ ۡم َوَٰل‬
ُ َ‫كم بَيۡن‬
ِ ‫كلوا ف ِريقا م ِۡن أ ۡم َو َٰ ِل ٱنلا‬
‫اس‬ ‫كم بِٱل َبَٰ ِط ِل وتدلوا بِها إَِل ٱۡلَّكم ِلِ أ‬
َ َ َ َ ۡ ۡ
١٨٨ ‫ٱۡلث ِم َوأنتُ ۡم ت ۡعل ُمون‬ ِ ِ‫ب‬
(Surah al-Baqarah : Ayat 188)

Ayat di atas menjelaskan tentang larangan memberi dan mengambil rasuah.


Berdasarkan ayat di atas,

(i) Apakah maksud potongan ayat bergaris? [2 markah]

(ii) Senaraikan empat contoh perbuatan yang dilarang Allah melalui ayat yang
bergaris selain memberi dan mengambil rasuah. [4 markah]

(iii) Pada pandangan anda, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat
bagi menangani masalah ini? [4 markah]

2
1223/1 © 2022 Hak Cipta Terpelihara SPI JPN Sabah
(b) Sabda Rasulullah SAW:

ُ ‫ يَ ُق‬ ِ‫اَّلل‬
:‫ول‬ ‫ول ه‬َ ‫ت َر ُس‬ ِ ُ ‫ ي ُق‬ ‫اَّللِ ب ِن عمر‬ ِ
ُ ‫ ََس ْع‬:‫ول‬ َ َ َ ُ ْ ‫َع ْن َعْبد ه‬
‫ َوالهر ُج ُل َرا ٍع ِِف أَ ْهلِ ِه َو ُه َو‬،‫ؤول َع ْن َرعِيهتِ ِه‬
ٌ ‫ام َرا ٍع َوَم ْس‬ ِِ ِ
ُ ‫ ا ِإل َم‬،‫ول َع ْن َرعيهته‬ ٌ ‫ُكلُّ ُك ْم َر ٍاع َوُكلُّ ُك ْم َم ْس ُؤ‬
ِ‫اْل ِادم را ٍع ِِف م ِال سيِ ِده‬ ِِ ِ ِ ِ ِِ ِ
َ َ َ ُ َْ ‫ َو‬،‫ َوالْ َم ْرأَةُ َراعيَةٌ ِِف بَْيت َزْوج َها َوَم ْسؤولَةٌ َع ْن َرعيهت َها‬،‫ؤول َع ْن َرعيهته‬ ٌ ‫َم ْس‬
‫ؤول َع ْن َرعِيهتِ ِه َوُكلُّ ُك ْم‬
ٌ ‫ َوالهر ُج ُل َرا ٍع ِِف َم ِال أَبِ ِيه َوَم ْس‬:‫ال‬
َ َ‫ت أَ ْن قَ ْد ق‬ ِ
ُ ‫ َو َحسْب‬:‫ال‬َ َ‫ ق‬،‫ؤول َع ْن َرعِيهتِ ِه‬ ٌ ‫وم ْس‬ َ
ِ.‫ؤول عن رعِيهتِه‬
َ ْ َ ٌ ‫َر ٍاع َوَم ْس‬
)‫(رواية البخاري‬
Hadis di atas menjelaskan tentang kewajipan mematuhi pemimpin.

(i) Senaraikan dua tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua tanggungjawab seorang anak terhadap kedua ibu bapanya.
[2 markah]

(iii) Terangkan dua pengajaran daripada hadis di atas. [4 markah]

(c) Terangkan mana-mana satu hukum tajwid berkaitan hukum mad silah.
[2 markah]

2 (a) Al-Muntaqim dan al-Jabbar merupakan antara nama-nama Allah SWT yang indah.

(i) Berikan maksud nama Allah SWT al-Muntaqim. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua cara anda menghayati sifat al-Muntaqim Allah SWT.
[4 markah]

(iii) Umat Islam hendaklah sentiasa meyakini bahawa Allah SWT yang memiliki
dan menguasai seluruh alam sesuai dengan sifat al-Jabbar Allah SWT.
Pada pandangan anda, bagaimanakah keimanan kepada sifat Allah tersebut
dapat melahirkan individu muslim yang patuh kepada Allah SWT?
[4 markah]

(b) Iman seseorang muslim boleh terbatal sama ada melalui iktikad, perkataan mahupun
perbuatan.

(i) Nyatakan dua contoh perbuatan yang boleh membatalkan iman. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua kesan melakukan perkara yang membatalkan iman.


[2 markah]
(iii) Jelaskan dua amalan yang boleh membatalkan iman melalui perkataan.
[2 markah]
(iv) Terangkan dua kesan melakukan perkara yang membatalkan iman.
[4 markah]
3
1223/1 © 2022 Hak Cipta Terpelihara SPI JPN Sabah
3 Ibadah haji dan umrah merupakan suatu tuntutan ibadah yang telah disyariatkan Allah
SWT melalui firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 196 iaitu :

‫َوأَت ُِّموا ْ ۡ َ ا ۡ ُ ۡ َ ا‬
‫ٱۡلج َوٱلعم َرة ِِلِه‬
Maksudnya : Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah

(a) (i) Nyatakan dua syarat wajib haji dan umrah. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua perbezaan antara ibadah haji dan umrah. [4 markah]

(iii) Ibadah haji dan umrah dapat mengeratkan hubungan persaudaraan di antara
sesama umat Islam. Berikan pandangan anda. [4 markah]

(b) (i) Apakah maksud solat sunat istikharah? [2 markah]

(ii) Jelaskan dua hikmah menunaikan solat sunat istikharah. [4 markah]

Amalan solat sunat istikharah merupakan satu amalan sunnah yang boleh
diamalkan oleh setiap umat Islam dalam mencari sesuatu jalan penyelesaian.

(iii) Pada pandangan anda, bagaimanakah amalan tersebut dapat membantu


seseorang merancang hala tuju kehidupan yang lebih baik? [4 markah]

4. (a) Saidina Abu Bakar as-Siddiq merupakan khalifah pertama dalam pemerintahan
Kerajaan Khulafa’ ar-Rasyidin.

(i) Nyatakan dua ciri kepimpinan Saidina Abu Bakar as-Siddiq. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua sumbangan Saidina Abu Bakar dalam pemerintahannya.


[4 markah]

(iii) Terangkan dua hikmah daripada pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin.


[4 markah]

(b) Imam Abu Hanifah merupakan salah seorang tokoh ilmuan Fikah yang telah
melahirkan ramai tokoh ilmuan lain antaranya Imam Malik r.a.

(i) Nyatakan riwayat hidup beliau. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua sumbangan beliau dalam sejarah tamadun Islam. [4 markah]

(iii) Jelaskan dua iktibar yang dapat diambil daripada keunggulan tokoh.
[ 4 markah]
4
1223/1 © 2022 Hak Cipta Terpelihara SPI JPN Sabah
5. (a) Bersikap benar merupakan suatu tuntutan agama meliputi aspek perkataan,
perkhabaran dan perbuatan.

(i) Senaraikan dua contoh tuntutan bersikap benar dalam tutur kata.[2 markah]

(ii) Jelaskan dua kesan tidak bersikap benar dalam kehidupan. [2 markah]

(iii) Terangkan hikmah bersikap benar. [2 markah]

(iv) Penetapan akta penyebaran berita palsu dapat membendung budaya


penyebaran berita palsu dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Berikan pendapat anda, cara mengatasi masalah tersebut.
[4 markah]

(b) Setiap muslim perlu mengamalkan sifat tawaduk dan istiqamah dalam kehidupan
seharian.

(i) Nyatakan dua sifat tawaduk yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
[2 markah]

(ii) Jelaskan dua hikmah mengamalkan sifat tawaduk. [2 markah]

(iii) Terangkan kesan tidak mengamalkan sifat tawaduk dalam konteks anda
sebagai seorang murid. [2 markah]

(iv) “Sifat tawaduk merupakan satu daripada sifat mahmudah”

Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah amalan sifat tersebut boleh


memberikan kesan kepada masyarakat. [4 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

5
1223/1 © 2022 Hak Cipta Terpelihara SPI JPN Sabah
1233/1 ©Hak Cipta Terpelihara SPI, JPN Sabah SULIT

Anda mungkin juga menyukai