Anda di halaman 1dari 5

1223/1

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 4
Kertas 1

2 1/2 jam Dua Jam Tiga Puluh Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi lima soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Semua jawapan hendaklah ditulis pada kertas jawapan yang disediakan.

Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak


Jawab semua soalan.

1 (a) Firman Allah:


ّ ‫يق‬
ۡ‫ااوِيا‬ ٗ َ ْ ُ ُ ۡ َ ِ ‫َ ُ ۡ ُ ْ َ ٓ َ ُۡ ا‬ َٰ َ ۡ ُ َ ۡ َ ُ َ َٰ َ ۡ َ ْ ٓ ُ ُ ۡ َ َ َ
‫لاوثدلواابِهااإَِلاٱۡلَّك اماِلِ أكنوااف ِر‬
‫لاثأكنوااأووملهابيٌلهااب ِٱمب ِط ِا‬ ‫وا‬
َ َُ َۡ ۡ ُ ََ ۡ ۡ ‫ا‬ َٰ َ ۡ َ
١٨٨‫ٱۡلث ِاهاوأًجهاتعنىونا‬ ‫أوو ِلاٱنل ِ ا‬
ِ ِ ‫اسااب‬
(Surah al-Baqarah : 188 )

Ayat di atas menerangkan bahawa Allah SWT melarang manusia mengambil harta orang
lain dengan cara yang batil.

Berdasarkan ayat di atas,

(i) Nyatakan dua larangan tersebut selain daripada rasuah. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua bentuk kesalahan rasuah. [4 markah]

(iii) Jelaskan dua kesan mengamalkan perbuatan rasuah. [4 markah]

(b) Sabda Rasulullah SAW:

ْ‫لْْ"ْاج َت ِنبُوا‬ َْ ‫نْال َّن ِبيْْصلىْهللاْعليهْوسلمْ َقا‬ ِْ ‫َعنْْأَ ِبيْه َُري َرَْةْـْرضىْهللاْعنهْـْ َع‬
ْ، ُ‫ْ َوالسحر‬،‫اَّلل‬ ِ َّ ‫كْ ِب‬
ُْ ‫لْْ"ْالشر‬ ِ َّ ْ‫ل‬
َْ ‫ْ َو َماْهُنَّْْ َقا‬،‫هللا‬ َْ ‫ْ َقالُواْ َياْ َرسُو‬.ْ"ْْ‫ت‬
ِْ ‫ُوب َقا‬
ِ ‫السَّب َْعْالم‬
ْ‫ْ َوال َّت َوليْ َيو َْم‬،‫الْال َيت ِِيم‬ ُْ ‫ْ َوأَك‬،‫لْالر َبا‬
ِْ ‫لْ َم‬ ُْ ‫ْ َوأَك‬،‫لَّْ ِبال َحق‬ َّْ ْ‫سْالَّتِيْ َحرَّ َْم‬
ْ ِ‫هللاُْإ‬ ِْ ‫لْال َّنف‬
ُْ ‫َو َقت‬
ِْ َ‫تْال َغا ِفال‬
‫ت‬ ِْ ‫تْالمُؤ ِم َنا‬ِْ ‫ص َنا‬
َ ‫ْ َو َقذفُْْالمُح‬، ِ‫الزحف‬ َّ

Hadis di atas menjelaskan larangan melakukan dosa-dosa besar.

Berdasarkan hadis di atas,

(i) Nyatakan dua contoh dosa besar selain daripada syirik dan sihir. [2 markah]

(ii) Apakah yang dimaksudkan dengan syirik jali? [2 markah]

(iii) Nyatakan dua contoh syirik khafi. [2 markah]


(iv) Terangkan dua kesan melakukan perbuatan syirik. [4 markah]

2
2 (a) Firman Allah:
َ َ ََۡ ْ ُ ُ َ َۡ ْ ُ َ َٞ ُ ۡ ُ َۡ ۡ َ‫قَ ۡادا َخن‬
‫وااكيفاَك ا‬
‫ن‬ ‫اِفاٱۡل ِ ا‬
‫ۡرضا افٱًظر ا‬ ِ ‫وا‬ ‫ري‬ ‫س‬
ِ ‫اف‬ ‫َن‬ ‫اس‬ ‫ه‬ ‫ل‬ِ ‫ن‬ ‫ب‬ ‫ِياق‬
‫و‬ ‫ا‬‫ت‬
ََ ْ ُ َ ََ َ ‫امّ ِنۡ ُى اجق‬ٞ‫ىاو َم ۡوع َِظة‬
َ ‫او ُه ٗد‬ ‫ان امّ ا‬ٞ َ َ َ َٰ َ ّ َ ۡ ُ َ
‫ل اث ِهٌوا اولا‬
‫ او ا‬١٣٨‫يا‬ ِ َ ‫اس‬ِ ٌ‫ِن‬ ‫ ااهذاابي‬١٣٧‫ي ا‬‫اعَٰقِ َبة اٱل ُىك ِذب ِ َا‬
َ ۡ ُّ ُ ُ َ َۡ َۡ ۡ ُ ُ ََ ْ ََُۡ
‫ا‬١٣٩‫ناإِناكٌجهاوؤ ِو اٌ ِيا‬ ‫َتزًوااوأًجهاٱۡلعنو ا‬

(Surah al-Imran : 137-139)

Ayat di atas menerangkan bahawa setiap apa yang berlaku di dunia ini adalah mengikut
sunnatullah.

Berdasarkan ayat di atas,

(i) Nyatakan maksud sunnatullah. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua sebab kejayaan Talut dan tenteranya. [2 markah]

(iii) Jelaskan dua sebab kemusnahan kaum Thamud. [2 markah]

(iv) Terangkan dua pengajaran daripada ayat di atas. [4 markah]

(b) Sabda Rasulullah SAW:

ْ‫لْْ"ْاج َت ِنبُوا‬ َْ ‫نْال َّن ِبيْْصلىْهللاْعليهْوسلمْ َقا‬ ِْ ‫َعنْْأَ ِبيْه َُري َرَْةْـْرضىْهللاْعنهْـْ َع‬
ْ،‫ ْ َوالسح ُر‬،‫اَّلل‬ ِ َّ ‫ك ْ ِب‬
ُْ ‫ل ْْ" ْالشر‬ ِ َّ ْ ‫ل‬
َْ ‫ ْ َو َما ْهُنَّْ ْ َقا‬،‫هللا‬ َْ ‫ ْ َقالُوا ْ َيا ْ َرسُو‬.ْ"ْْ ‫ت‬ِْ ‫ُوب َقا‬
ِ ‫السَّب َْع ْالم‬
ْ‫ْ َوال َّت َوليْ َيو َْم‬،‫الْال َيت ِِيم‬ ُْ ‫ْ َوأَك‬،‫لْالر َبا‬
ِْ ‫لْ َم‬ ُْ ‫ْ َوأَك‬،‫لَّْ ِبال َحق‬ َّْ ْ‫سْالَّتِيْ َحرَّ َْم‬
ْ ِ‫هللاُْإ‬ ِْ ‫لْال َّنف‬
ُْ ‫َو َقت‬
ِْ َ‫تْال َغا ِفال‬
‫ت‬ ِْ ‫تْالمُؤ ِم َنا‬
ِْ ‫ص َنا‬َ ‫ْ َو َقذفُْْالمُح‬، ِ‫الزحف‬ َّ

Hadis di atas menjelaskan larangan melakukan dosa-dosa besar.

Berdasarkan hadis di atas,

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan sihir? [2 markah]

(ii) Nyatakan empat contoh sihir. [4 markah]


(iii) Terangkan dua kesan melakukan perbuatan sihir. [4 markah]

3
3 (a) Al-Muntaqim dan al-Jabbar merupakan nama-nama Allah SWT.

(i) Nyatakan maksud al-Muntaqim. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua kefahaman mengenai nama Allah SWT al-Muntaqim. [4 markah]

(iii) Terdapat sebilangan masyarakat pada hari ini mempersendakan


ajaran Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Bagaimanakah anda mengaitkan perkara ini dengan nama Allah


SWT al-Muntaqim dalam usaha membanteras perkara ini?
[4 markah]

(b) (i) Apakah maksud sembelihan? [2 markah]

(ii) Nyatakan hukum sembelihan. [1 markah]

(iii) Nyatakan tiga contoh alat sembelihan yang dilarang. [3 markah]

(iv) Jelaskan dua syarat sah penyembelih. [4 markah]

4 (a) Kerajaan khulafa al-rasyidin merupakan kerajaan yang telah dipimpin oleh
empat orang khalifah Islam.
(i) Nyatakan dua ciri kepimpinan khalifah Abu Bakar as-siddik. [2 markah]
Berikut merupakan antara ciri kepimpinan khalifah Umar al-khattab.
(a) Tegas
(b) Berfikiran terbuka
(c) Adil
(ii) Jelaskan dua daripada ciri-ciri kepimpinan di atas. [4 markah]

(iii) Terangkan dua iktibar yang boleh anda pelajari daripada sejarah kerajaan khulafa
al-rasyidin. [4 markah]

(b) Imam Abu Hanifah rahimahullah ialah pengasas Mazhab Hanafi.

(i) Nyatakan dua riwayat hidup beliau. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua sumbangan beliau terhadap tamadun Islam. [4 markah]

(iii) Terangkan dua iktibar yang dapat anda perolehi daripada keunggulan tokoh
di atas. [4 markah]

4
5 (a) (i) Nyatakan pengertian bersikap benar. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua contoh bersikap benar dalam aspek tutur kata. [2 markah]

(iii) Jelaskan dua hikmah bersikap benar. [2 markah]

(iv) Berita palsu seringkali tersebar dalam media sosial pada hari ini ibarat cendawan
yang tumbuh selepas hujan.

Mengapa keadaan sedemikian berlaku?Huraikan hujah anda. [4 markah]

(b) (i) Apakah maksud khauf? [2 markah]

(ii) Jelaskan dua konsep khauf dan raja’ yang seimbang. [4 markah]

(iii) Terangkan dua hikmah bersikap khauf dan raja’. [4 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai