Anda di halaman 1dari 8

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 1223/1

PENDIDIKAN ISLAM
Kertas 1
November
2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


TINGKATAN 4

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi lima soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam kertas jawapan yang disediakan.
4. Tulis nombor kad pengenalan dan angka giliran anda pada ruangan yang disediakan.
5. Ikat kertas jawapan bersama-sama helaian tambahan dan serahkan kepada pengawas
peperiksaan pada akhir peperiksaan.

Untuk Kegunaan Pemeriksa


Markah Markah
Soalan
Penuh Diperoleh
1 20
2 20
3 20
4 20
5 20
Jumlah 100

___________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak.
[Lihat halaman sebelah

1
Jawab semua soalan

1 (a) Firman Allah SWT :

              

                 

              


(Surah al-An’am : Ayat 70)

Ayat di atas menjelaskan tentang larangan mempersendakan agama.


Berdasarkan ayat di atas,

(i) Nyatakan empat ciri perbuatan mempersendakan agama. [4 markah]

(ii) Jelaskan dua cara anda menjaga kesucian agama Islam. [2 markah]

(iii) Terdapat segelintir masyarakat Islam yang menjadikan agama sebagai bahan
jenaka dengan tujuan untuk menghiburkan orang lain.
Berikan pendapat anda berkaitan situasi di atas. [4 markah]

(b) Sabda Rasulullah SAW:

‫هللا! َو َما‬‫ ََي َر ُسو َل ي‬: ‫ قَالُوا‬.‫ات‬ ‫الس ْب َع الْ ُمو يبقَ ي‬
َّ ‫ ا ْجتَني ُبوا‬: ‫َع ْن َأ يِب ه َُرْي َر َة ريض هللا عنه َع ين النَّ ي يِب ﷺ قَا َل‬
ُ ْ ‫ َو َأ‬،‫ْك ِ يالر َِب‬
،‫ْك َما َل ال َي يت يمي‬ ُ ْ ‫ َو َأ‬،‫هللا ا ََّّل يِبلْ َح ِ يق‬
ُ ‫الس ْحر وقَ ْت ُل النَّ ْفس ال َّ يِت َحر َم‬
‫الّشكُ يِب يهلل و ي‬
ْ ِ ‫ه َُّن؟ قَا َل ي‬
ِ ‫ي َ َْ ُ ِ ْ ُ َ ي ْ َ ي ي ي ْ َّ ي ي ي‬
.‫ َوقذف ال ُم ْح َصنَات ال ُم ْؤمنات الغَافِلت‬،‫َوالتَّ َو ي ِّل ي َ ْو َم َّالزخْف‬
)‫(رواية البخاري مسلم‬
Hadis di atas menjelaskan tentang kewajipan menghindari dosa-dosa besar.
Berdasarkan hadis di atas,

(i) Senaraikan empat dosa besar. [4 markah]

(ii) Jelaskan dua kesan melakukan dosa-dosa besar tersebut. [2 markah]

(iii) Terangkan dua pengajaran daripada hadis di atas. [4 markah]

2
2 (a) Al-Muntaqim dan al-Jabbar merupakan antara nama-nama Allah SWT yang indah.

(i) Nyatakan maksud al-Muntaqim. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua kefahaman anda mengenai nama Allah SWT al-Muntaqim.
[2 markah]
َ ‫جَٰثيم‬
٧٨ ‫ني‬ ُ ‫ٱلر ۡج َف ُة فَأَ ۡص َب‬
َ ‫حوا ْ ِف َداره ۡيم‬ َ
َّ ‫فَأ َخ َذ ۡت ُه ُم‬
‫ي‬ ‫ي‬ ‫ي‬
Maksudnya : Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu
jadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-
masing.
(Surah al-A’raf : Ayat 78)

(iii) Kaitkan potongan ayat di atas dengan keimanan kita kepada al-Muntaqim.
[4 markah]

(b) Iman seseorang muslim boleh terbatal sama ada melalui iktikad, perkataan mahupun
perbuatan.

(i) Nyatakan dua syarat terbatal iman seseorang. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua cara menjauhi perkara membatalkan iman. [2 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah iman seseorang itu boleh terbatal?
Huraikan.
[4 markah]

(c) Kemunculan beberapa ajaran sesat di negara ini sangat membimbangkan.

(i) Apakah maksud ajaran sesat? [2 markah]

(ii) Jelaskan dua kesan melakukan ajaran sesat dari aspek agama Islam.
[2 markah]

3
3. (a) Ibadah haji merupakan rukun Islam yang kelima.

(i) Apakah pengertian haji dari segi istilah? [2 markah]

(ii) Terangkan ciri berkemampuan bagi seseorang perempuan. [2 markah]

(iii) Kes penipuan dalam pakej umrah sering berlaku pada setiap tahun yang
menawarkan pakej yang mewah dan murah. Berikan pendapat anda
mengapakah perkara ini sering berlaku? Huraikan. [4 markah]

(b) Maksud hadis :

“Setiap yang ditumpahkan darahnya dengan menyebut nama Allah


SWT maka makanlah”
- Riwayat al-Bukhari -

(i) Nyatakan maksud sembelihan. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua syarat sah penyembelih. [2 markah]

Ayam sembelihan tidak putus urat

PRAI: Seorang peniaga roti canai terkejut apabila dua ekor ayam yang
dibelinya untuk hidangan keluarga dari sebuah pasar raya di sini tidak melalui
proses penyembelihan mengikut syarat sah Islam.

Sumber : Harian Metro.

(iii) Berdasarkan petikan akhbar di atas, mengapakah situasi penyembelihan di atas


masih berlaku? Berikan pendapat anda. [4 markah]

(c) (i) Nyatakan dua syarat sah korban. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua cara pembahagian daging korban. [2 markah]

4
4. (a) Khalifah Umar bin al-Khattab merupakan salah seorang daripada khalifah Kerajaan
Khulafa ar-Rasyidin.

(i) Nyatakan nama dua khalifah selepas beliau. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua pencapaian Khalifah Umar bin al-Khattab dalam bidang sosial.
[2 markah]

(iii) Terangkan dua iktibar daripada pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin.


[4 markah]

(b) Khalifah Abu Jaafar Abdullah bin Muhammad bin Ali al-Mansor bertanggungjawab
memindahkan pusat pemerintahan Kerajaan Abbasiah dari Damsyik ke Baghdad. .

(i) Nyatakan dua sumbangan lain beliau. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiah dalam aspek agama.
[2 markah]

(iii) Tentera-tentera Kerajaan Abbasiah telah terbukti berjaya mengalahkan


musuh menggunakan strategi tertentu.
Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda dapat mencontohi kejayaan
tentera-tentera tersebut? Huraikan.
[4 markah]

(c) Imam Abu Hanifah dilahirkan di Kufah.

(i) Nyatakan dua hasil karya Imam Abu Hanifah. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua keperibadian beliau. [2 markah]

5
5. ‫ََٰٓ َ ُّ َ َّ َ َ َ ُ ْ َّ ُ ْ َّ َ َ ُ ُ ْ َ ۡ ا َ ا‬
٧٠ ‫يأيها ٱَّليين ءامنوا ٱتقوا ٱَّلل وقولوا قوٗل س يديدا‬
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan
katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara)”
(Surah al-Ahzab : Ayat 70)

(a) Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT memerintahkan umat Islam supaya sentiasa
mengamalkan bersikap benar dalam niat, perkataan dan perbuatan.

(i) Nyatakan dua tuntutan bersikap benar dalam niat dan kemahuan.
[2 markah]

(ii) Jelaskan dua hikmah bersikap benar dalam amalan seharian anda.
[2 markah]

(iii) Penyebaran berita palsu dalam kalangan ahli masyarakat makin menjadi isu
serius yang perlu ditangani segera. Huraikan pendapat anda.
[4 markah]

(b) Setiap orang Islam wajib menerapkan sifat khauf dan raja’ dalam diri.

(i) Nyatakan dua cara anda memupuk sifat raja’ dalam diri. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua kesan mengamalkan sifat khauf terhadap individu.


[2 markah]

6
Maksud ayat :

“Dan sesiapa yang taat kepada Allah SWT dan rasul-Nya serta takut
(melanggar perintah) Allah SWT serta bertakwa kepada-Nya, maka
mereka itulah orang yang mendapat kemenangan.”

(Surah an-Nur : Ayat 52)

(iii) Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT menjanjikan kemenangan kepada


orang- orang yang mematuhi perintah-Nya .
Bagaimanakah anda menyemai sifat khauf dan raja’ dalam diri bagi menepati
golongan yang dijanjikan Allah SWT tersebut? Huraikan.
[4 markah]

(c) (i) Nyatakan dua adab anda terhadap orang yang kurang upaya. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua hikmah beradab terhadap orang kurang upaya. [2 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

7
1233/1 ©Hak Cipta Terpelihara SPI, JPN Sabah SULIT

Anda mungkin juga menyukai