Anda di halaman 1dari 2

PENDAFTARAN

Pendaftaran
Murid warganegara dan bukan warganegara yang layak, yang genap berumur enam tahun pada tahun semasa
persekolahan layak memohon ke Tahun 1.

Contoh :
Umur Persekolahan Tahun 1/2021 adalah bagi kanak-kanak warganegara yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 1
Januari 2015.

Permohonan ke Tahun 1 ada 2 mod, iaitu:

 Secara atas talian (online) melalui portal: https://public.moe.gov.my


 Secara manual – pendaftaran di sekolah.

https://www.moe.gov.my/pendidikan/pendidikan-rendah/pendaftaran-sr

Dasar Pengoperasian Kemasukan Awal Kanak-Kanak Di Bawah Umur Ke


Tahun 1

Penyataan Dasar
Kemasukan awal kanak-kanak di bawah umur ke Tahun 1 pada setiap tahun persekolahan berdasarkan permohonan
daripada ibubapa. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mempertimbangkan permohonan kemasukan awal
bagi kanak-kanak bawah umur warganegara Malaysia yang lahir mulai 2 Januari hingga 15 Januari pada tahun
persekolahan berkenaan.
 
Punca Kuasa
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1998 - Kelonggaran Syarat Kemasukan Kanak-Kanak Di Bawah Umur Ke Tahun 1
bertarikh 7 Mei 1998.
 
Kaedah Pelaksanaan

 Kanak-kanak telah mengikuti mengikuti pendidikan prasekolah / tadika.


 Kanak-kanak mencapai tahap yang munasabah dari segi ‘mental and reading age’.
 Kanak-kanak perlu menghadiri sesi modul saringan dan modul temu bual yang dikendalikan oleh pegawai
di jabatan pendidikan negeri bagi memastikan kesahihan perkara 1 dan 2.
 Pertimbangan permohonan adalah berdasarkan merit ’case by case’ tertakluk kepada kekosongan tempat di
sekolah yang dimohon.
 Permohonan hendaklah dikemukakan kepada jabatan pendidikan negeri berkenaan dengan menyertakan
bersama-sama sijil lahir, surat pengesahan prasekolah / tadika dan laporan kemajuan murid yang telah
disahkan.
 Jabatan pendidikan negeri hendaklah memanjangkan semua permohonan dan dokumen sokongan kepada
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM.
 Semua permohonan kemasukan murid di bawah umur ke Tahun 1 hendaklah diproses oleh Jabatan
Pendidikan Negeri terlebih dahulu sebelum dipanjangkan ke KPM untuk pertimbangan.
 Keputusan Jawatankuasa Penilaian KPM adalah muktamad.

Tarikh Kuat Kuasa : 


7 Mei 1998
https://www.moe.gov.my/pendidikan/pendidikan-rendah/dasar-pengoperasian-kemasukan-awal-kanak-kanak-di-bawah-umur-ke-tahun-1

Anda mungkin juga menyukai