Anda di halaman 1dari 70

PENGURUSAN

MURID
DI SEKOLAH RENDAH

PENDAFTARAN MURID

Perlu Mendaftar Pendaftaran Tahun Satu


Pendaftaran Lewat
Pertukaran Sekolah Pertukaran Aliran
Kemasukan Semula

Kemasukan Murid BWN

PERMOHONAN

PENEMPATAN
MASUK KE TAHUN SATU

Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 14/2002 Pelaksanaan Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah 2003 bertarikh 27 November 2002 yang diedarkan bersama Buku Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib Di Peringkat Sekolah Rendah Pada Tahun 2003.

Seksyen 29A(2)
Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib

KEMASUKAN KE TAHUN 1
TARIKH LAHIR 2.1.1996 31.12.1996 2.1.1997 31.12.1997 2.1.1998 31.12.1998 2.1.1999 31.12.1999 2.1.2000 31.12.2000 2.1.2001 31.12.2001 2.1.2002 31.12.2002

(1.1.1997) (1.1.1998) (1.1.1999) (1.1.2000) (1.1.2001) (1.1.2002) (1.1.2003)

TAHUN 1 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009

KOHORT UMUR MURID DI SEK. RENDAH TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 - 2006 TARIKH LAHIR TAHUN 2.1.1999 31.12.1999 (1.1.2000) 1 2.1.1998 31.12.1998 (1.1.1999) 2 2.1.1997 31.12.1997 (1.1.1998) 3 (1.1.96) 2.1.1996 31.12.1996 (1.1.1997) 4 -----------------------------(1.1.95)1.1.1995 - 31.12.1995 (1.1.1996) 5 (1.1.94)1.1.1994 - 31.12.1994 (1.1.1995) 6

PERINGATAN
Hebahan Permohonan Penempatan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sebulan sebelum

1 MAC
pada setiap tahun

PERMOHONAN PENEMPATAN

1 MAC
hingga

31 MAC
pada setiap tahun

PERMOHONAN PENEMPATAN
DUA tahun sebelum bersekolah Tempat Mendaftar : Sekolah Tempoh : 1 hingga 31 Mac

PENERIMAAN PERMOHONAN
Rujuk P.U(A) 275 Akta Pendidikan 1996 : Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid Ke Sekolah, Penyimpanan Daftar Dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah ) 1998

PERINGATAN
P.U(A) 275 4(1) Guru Besar atau Pengetua hendaklah menerima masuk murid yang adalah warganegara ke sekolah untuk menerima pendidikan

DOKUMEN PERMOHONAN PENEMPATAN


Ibu Bapa/ Penjaga :

Sijil Lahir (asal) atau


Sijil Anak Angkat (asal ) Borang W atau PTW

PERINGATAN
Pastikan Cop Nama Sekolah, Tarikh permohonan dan nombor permohonan di belakang SIJIL LAHIR ASAL semasa ibu bapa membuat permohonan

DOKUMEN PERMOHONAN PENEMPATAN


Sekolah :

Borang PPM Borang Permohonan Penempatan Murid Ke Tahun Satu.

TEMPOH PERMOHONAN
1 MAC HINGGA 31 MAC * Gagal dipatuhi
Pendaftaran Lewat

Tidak Mendaftar

PROSES PENEMPATAN
1 Mac 14 Apr :
Penyediaan Rumusan Permohonan Penempatan oleh sekolah

15 Apr :
Tarikh akhir penghantaran Rumusan Penempatan ke JPN/PPD

PROSES PENEMPATAN 16 April hingga 15 Jun :


Memproses kelulusan Penempatan oleh JPN / PPD

16 Jun hingga 15 Julai :


Keputusan penempatan dihantar ke sekolah

PROSES PENEMPATAN
15 Julai :
Pengedaran Surat Kelulusan Penempatan kepada Ibu Bapa

1 Ogos 30 Ogos :
Pengesahan Penempatan Oleh Ibu Bapa di sekolah

RAYUAN
PENEMPATAN SEMULA

PROSES RAYUAN

Rayuan melalui Borang Rayuan Penempatan Semula ( RPS ) Dibuat melalui sekolah yang ditempatkan Setelah pengesahan penempatan dilakukan

PROSES RAYUAN

Rayuan hanya boleh dilakukan sekali sahaja. Borang rayuan di ulas dan ditandatangan oleh guru besar sekolah ditempatkan

Tarikh tutup rayuan ialah :

30 September

PROSES RAYUAN
1 hingga 30 Sept. : Sekolah terima permohonan, proses dan sediakan Rumusan RPS

1 hingga 5 Oktober :
Sekolah hantar rumusan RPS ke PPD/JPN

PROSES RAYUAN

30 Oktober :

Tarikh akhir penghantaran keputusan penempatan semula ke sekolah

PROSES RAYUAN
November :
Penghantaran keputusan Rayuan Penempatan Semula oleh sekolah kepada Ibu Bapa / Penjaga

Bagi ibu bapa yang tidak mengesahkan penempatan, anak mereka boleh dikekalkan dalam senarai sehingga hari pertama persekolahan

Pendaftaran Hari Pertama Persekolahan Minggu Akhir Disember / Sebelum Hari Pertama Persekolahan.

PENDAFTARAN MASUK
MURID
BUKU DIKENAL

BUKU JADUAL KEDATANGAN /

REGISTER

BUKU DIKENAL

didaftarkan setelah mendapat

kelulusan pendaftar
Diberi nombor masuk

maklumat murid dan penjaga


Murid keluar/berhenti direkodkan

BUKU REKOD KEDATANGAN


MURID (REGISTER)
dokumen kawalan / penting

bahan bukti mahkamah


diaudit

PENYENGGARAAN BUKU REKOD KEDATANGAN MURID

Maklumat murid kemaskini


no. masuk sekolah dan Tarikh masuk sekolah no. Sijil Lahir dan Tarikh Lahir ditanda seawal masa pertama setiap hari disenggara oleh guru kelas

dianalisis setiap hujung bulan dan akhir tahun


kesilapan potong dan initial pada pembetulan diaudit

DAFTAR LEWAT

Perihal Daftar Lewat


Pendaftaran Lewat Tahun Satu

Pendaftaran Lewat Murid Lebih


Umur

Perihal Daftar Lewat


Pendaftaran Lewat Tahun Satu
( Selepas 31 Mac dan Sebelum Hari Pertama Persekolahan)

Borang PPM hantar ke PPD/JPN untuk kelulusan

Cop / Catat DAFTAR LEWAT

Perihal Daftar Lewat


Pendaftaran Lewat Murid Lebih Umur
( Selepas Hari Pertama Persekolahan)

Borang SR/KSLP

hantar ke JPN untuk kelulusan

PERTUKARAN MURID

KATEGORI PERTUKARAN
Pertukaran Sekolah Pertukaran Aliran

Pertukaran Murid Bukan


Warganegara

Permohonan Pertukaran Sekolah dan Pertukaran Aliran


Mengisi Borang Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Oleh Murid Warganegara ( JADUAL KETIGA )

Lampiran A - Pertukaran Luar Negeri Lampiran B - Pertukaran Dalam Negeri Lampiran c - Diisi oleh Pemohon

PERINGATAN

Kesemua Borang telah diwartakan dan ianya tidak boleh dipinda atau ditokok tambah

P.U. (A) 275


7. (1) Guru Besar atau pengetua boleh mendaftarkan murid yang adalah warganegara yang permohonannya untuk bertukar sekolah telah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri dalam borang sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga.

P.U. (A) 275


6. (2) Walau apa pun Subperaturan (1), guru besar atau pengetua hendaklah membatalkan dari daftar nama murid yang telah bertukar atau berhenti sekolah pada hujung bulan yang berkenaan.

PENTING
PERTUKARAN ALIRAN Semua Permohonan Pertukaran Aliran hendaklah dikemukakan ke JPN ( UP : Unit Sekolah Rendah )

KEMASUKAN SEMULA

Perihal Kemasukan Semula


Terberhenti persekolahan Kemasukan dari SAR Kemasukan dari sekolah swasta Balik dari luar negara

Cara Memohon :

Mengisi Borang Kemasukan Semula ( Borang SR/KSLP) dengan lengkap yang boleh didapati di :

Jabatan Pelajaran Negeri


Pejabat Pelajaran Daerah

Dalam semua kes kemasukan murid, murid hendaklah ditempatkan di kelas mengikut kohort umurnya Pihak sekolah hendaklah mempastikan bahawa murid-murid tersebut menduduki peperiksaan awam bersama-sama dengan muridmurid lain yang sama peringkat umur mereka

LAIN-LAIN PERMOHONAN
Tiada Hak Penjagaan Penjaga Tiada Kaitan

Perebutan Ibu bapa


Badan Kebajikan
( Sila rujuk ke Jabatan Pelajaran Perak )

PERMOHONAN KANAK-KANAK BUKAN


WARGANEGARAA

PENENTUAN KEWARGANEGARAAN Dokumen :


Sijil Lahir
Sijil Anak Angkat
( rujuk panduan penentuan warga asing yang telah dikeluarkan oleh Unit PPPS )

Cara Mendaftar Murid BWN :

Catatkan murid BWN dalam buku pendaftaran/jadual kedatangan murid Didaftarkan setelah murid membayar Fi pada setiap tahun persekolahan

KESUKARAN MENENTUKAN KEWARGANEGARAAN


Sijil Lahir Tidak Lengkap
contoh : - Tiada nama

- Tiada Pengenalan
ibu/bapa

Kelulusan Belajar :

Kelulusan hanya untuk sekolah tersebut sahaja. Kelulusan hanya untuk satu-satu tahap persekolahan sahaja : * Rendah

* Menengah

Permohonan Pertukaran Oleh Murid Bukan Warganegara


Pemohon perlu membuat PERMOHONAN SEMULA dengan mengisi semula Borang Penerimaan Masuk Murid Bukan Warganegara Ke Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan ( Jadual Pertama )

KEMASUKAN AWAL

KEMASUKAN AWAL

Rujuk Pekeliling : KP(BS/PSR)8502/03/005/Jld.22(10) Bertarikh Perihal : Kelonggaran Syarat Kemasukan KanakKanak Di Bawah Umur Ke Tahun 1 : 05 Mac 2003

KEMASUKAN AWAL

Permohonan kemasukan bagi kanak-kanak yang belum mencapai umur 6 tahun Lahir dari : 2 hingga 15 Januari ( berumur 6 tahun pada tarikh tersebut )

KEMASUKAN AWAL
Telah menghadiri Kelas Tadika /
Prasekolah

Mencapai Tahap Yang Munasabah dari segi mental dan reading age

KEMASUKAN AWAL

Menghadiri Temuduga dan Ujian Pengesanan Tahap Pengusaan Kemahiran Diperakuan dan mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia

KEMASUKAN AWAL

Terdapat Kekosongan Tempat Di Sekolah Yang Di Pohon. Pertimbangan Permohonan adalah Berdasarkan Merit case by case

Murid Tidak Dibenarkan Berada Di Kelas Tahun Satu Sebelum Mendapat Kelulusan

Cara Memohon :

Surat Permohonan dari Ibu bapa / Penjaga ( Sertakan )

Salinan Sijil Lahir yang diakui sah


Laporan Kemajuan Tadika

Surat Pengesahan Pengetua Tadika.

PERINGATAN

Pendaftaran boleh dilakukan setelah murid masuk ke sekolah secara sah (Register dan Buku Dikenal)

P.U. (A) 275


8. Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan dalam peraturan ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan

PENTING
Murid, sama ada warganegara atau bukan warganegara, TIDAK DIBENARKAN menumpang sebelum ia didaftarkan secara SAH

PERINGATAN
PIHAK YANG MEMBENARKAN MURID MENUMPANG BOLEH DIKENAKAN PENALTI RM 1,000.00 ATAU 1 TAHUN PENJARA

PENGECUALIAN MENGIKUTI PENDIDIKAN WAJIB

Seksyen 29A Subseksyen (3) memperuntukkan ..

Seksyen 29A
(3) Menteri boleh, jika difikirkannya wajar dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian, melalui perintah yang disiarkan dalam warta, mengecualikan mana-mana murid atau mana-mana golongan murid daripada kehendak supaya mengikuti pendidikan wajib, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu

Golongan / Murid Yang Boleh Dipertimbangkan :


Murid kaum asli dan bumiputera Sabah dan Sarawak

Murid istimewa seperti yang ditetapkan Lain-lain golongan murid yang ditentukan oleh Menteri

. Golongan / Murid Yang Boleh Dipertimbangkan :

Murid yang menerima pendidikan secara persekolahan di rumah ( home schooling )


Murid yang mencapai umur 6 tahun pada 1 Januari memohon penangguhan ke tahun berikut Lain-lain permohonan

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai