Anda di halaman 1dari 3

Arizza Binti Zainal

Pusat LatihanTeknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam,


Lot 5934-1, Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 32,
40460 Shah Alam,
Selangor

Pengarah,
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam,
Lot 5934-1, Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 32,
40460 Shah Alam,
Selangor 6 Februari 2020

Puan,
MEMOHON PERTIMBANGAN BAGI TINDAKAN PENALTI (SEKIRANYA ADA) BAYARAN TINGGAL DI KUARTERS
ADTEC SHAH ALAM

Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, saya Arizza binti Zainal, Pengurus Program
bagi kursus Automasi dan Robotik.

2. Untuk makluman pihak puan, saya telah tinggal di kuarters ADTEC Shah Alam, unit 11-F-1-2 bermula 1 Jun
2011 hingga sekarang. Namun begitu, saya telah membuat pembelian sebuah rumah menggunakan pinjaman
LPPSA beralamat di No 12, Jalan Satria 1, Taman Satria, Batu 10, Kampung Kebun Baru, 42500 Telok Panglima
Garang, Selangor dan telah menerima ‘vacant posession’ pada 16 Mei 2014. Berikutan dari masalah peribadi
seperti tuntutan tugas suami yang bertugas sebagai Continuous Improvement ( Regional) di Barry Callebaut
menyebabkan beliau sering bertugas di luar negara, saya tidak berpindah ke rumah tersebut di atas faktor
keselamatan diri dan anak-anak seramai 2 orang yang berumur lingkungan 2 tahun – 4 tahun pada ketika itu.

3. Pada April 2016, pihak pentadbiran ADTEC Shah Alam telah mengeluarkan arahan untuk mengosongkan
kuarters kepada saya. Namun begitu, atas faktor peribadi seperti di atas dan saya yang sedang mengandung
anak ketiga pada masa tersebut, saya telah memohon kembali untuk tinggal di kuarters dan di terima untuk
menduduki semula kuarters. Namun begitu, tiada pemberitahuan tentang bayaran dua kali ganda oleh pihak
pentadbiran.
3. Permohonan pertimbangan untuk tindakan penalti ini adalah di buat berdasarkan kepada perkara berikut;

3.1 Pihak pentadbiran ADTEC Shah Alam tidak pernah memaklumkan perihal tuntutan bayaran
sewa dua kali ganda seperti yang tertakluk dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008
dari tahun 2011 hingga kini. Perihal tuntutan ini hanya di ketahui selepas email dari pihak bahagian
khidmat pengurusan yang meminta surat penyerahan kunci di serahkan bagi penetapan potongan gaji
bertarikh 29 Januari 2020.

3.2 Tidak dinyatakan secara jelas penetapan mercu tanda atau bangunan kekal yang menjadi titik
mula bagi pengiraan kawasan lingkungan 25 kilometer bagi rumah yang dibeli menggunakan pinjaman
LPPSA. Penetapan titik mula bangunan kekal atau mercu tanda yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 13 tahun 2007 yang menjadi rujukan kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 2 tahun 2008 adalah bagi kawasan perumahan Kerajaan Persekutuan di Wilayah Persekutuan
Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam
KLIA dan juga Kompleks Kediaman Kakitangan Awam di Gelang Patah, Johor.

3.3 Bilangan kekosongan di kuarters ADTEC Shah Alam sehingga hari ini adalah sebanyak 13
kekosongan daripada 42 unit rumah. Rumah yang tidak berpenghuni akan menyebabkan rumah
tersebut terbiar seperti gajah putih dan menyebabkan kerugian kepada Kerajaan Malaysia.

3.4 Di sepanjang tempoh menghuni unit 11-F-1-2, saya telah membuat penyelenggaraan sendiri
seperti menukar lampu, suis dan kipas yang rosak, mengecat unit tersebut, membaiki tandas dan
sebagainya bagi memelihara unit tersebut sentiasa dalam keadaan yang baik. Penyelenggaran ini adalah
menggunakan kewangan sendiri.

3.5 Berikutan dari lokasi rumah yang dibeli melalui pinjaman LPPSA tersebut agak terpencil, saya
telah berusaha untuk menjual unit tersebut. Namun begitu, sehingga hari ini rumah tersebut masih
belum terjual, antaranya adalah disebabkan oleh status tanah simpanan melayu yang menghadkan
pembeli mestilah dari kalangan orang melayu sahaja. Oleh itu, saya sedang dalam proses untuk menukar
pinjaman LPPSA tersebut kepada pinjaman bank.
4. Dilampirkan bersama-sama surat ini adalah dokumen hakmilik sementara bagi rumah yang dibeli melalui
pinjaman LPPSA, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 tahun 2007 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2
Tahun 2008 untuk rujukan pihak puan. Segala pertimbangan dan perhatian dari pihak puan mengenai hal ini
amatlah di hargai dan saya dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

( Arizza Binti Zainal )


Pengurus Program Automasi & Robotik,
Jabatan Automasi Robotik & Jaminan Kualiti.

Anda mungkin juga menyukai