Anda di halaman 1dari 1

TAJUK VIDEO PENDEK: INTEGRITI – KEJUJURAN

DURASI VIDEO PENDEK: 2.41 MINIT

SINOPSIS:

Latar Belakang 1: Rumah Wei Han

Ibu Wei Han bertanya Wei Han sedang buat apa dan bilakah peperiksaan sekolah
dijalankan.

Wei Han menjawab ibu bahawa dia sedang membuat ulang kaji. Namun, selepas ibu
keluar dari bilik, dia menipu ibunya dan bermain telefon bimbit.

Latar Belakang 2: Sekolah Wei Han

Cikgu Muthu berjumpa dengan Wei Han dan bertanya tentang keputusannya. Wei
Han bercakap bohong dengan Cikgu Muthu bahawa dia mendapat keputusan yang
cemerlang.

Latar Belakang 3: Rumah Wei Han

Ibu Wei Han bertanya keputusan Wei Han. Wei Han bercakap bohong dengan
mengubah markah peperiksaan Bahasa Melayunya dari 10% kepada 90 %. Ibu
memberi peluang kepada Wei Han untuk bercakap benar. Rupa-rupanya, cikgu Wei
Han telah berhubung dengan ibunya mengenai keputusan Bahasa Melayunya. Ibu
berasa kecewa dan marah kerana Wei Han bercakap bohong. Wei Han minta maaf
dengan ibu. Dia insaf bahawa kejujuran itu adalah penting tanpa mengira apa-apa
sebab.

Anda mungkin juga menyukai