Anda di halaman 1dari 4
BAHASA MELAYU Kertas 4 A AA Selangor MODUL PINTAS TINGKATAN LIMA 2 JAM ARAHAN : 1, Jangan Buka Kertas Peperiksaan Ini Sehingga Diberitahu. 2, Keres peperiksaan ini mengendungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 3, Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 4.Jawapan anda bendaklah dtl di dalam buku jawapan yang disediakan, Sckianya aang jawapan tidak cukup, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan, 5. Jawapan bole dtuls dalam tulisan Rum dan Jw NO. KAD PENGENALAN - =] ANGKA GILIRAN [ NAMA TINGKATAN, 1103/1 Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 halaman bercetak. [ Lihat halaman sebelah 1103/1 Bahagian A [30 mark] ‘Soatan ini mesti dijawab. Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan kempen budi bahasa. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan berbud bahasa dalam kalangan masyarakat. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. KEMPEN BUDI BAHASA Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung, Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung. PUA a i 1103/1 3 1103/1 Bahagian B [70 markat] Bahagian ini mengandungi empat soatan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga $00 patah perkataan. 1 Data Bank Dunia menunjukkan sejumlah 70 daripada 336 spesies mamalia dikategorikan terancam di Malaysia. Antara binatang yang sedang diancam kepupusan tahap Kritikal di Malaysia ialah harimau Malaya, badak Sumatera, tenggiling, penyu, orang utan, gajah ‘Borneo, dan tapir. Fenomena ini menjadi satu cabaran yang paling getir berkaitan kelestarian pemuliharaan hidupan liar dan menjadi isu yang tidak berkesudahan kerana sikap sesetengah pihak yang tidak peduli, mementingkan keuntungan dan kelemahan penguatkuasaan tundang-undang. ‘Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sinar Harian, 28 Januari 2020 Sebagai respons petikan di atas, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan kelestarian pemuliharaan hidupan liar di Malaysia masih gagal dilestarikan, Bincangkan. Thutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk. Jangan ikut resmi ayam, bertelur se riuh sekampung. Peribahasa berperanan membentuk tamadun masyarakat kerana mempunyai maksud yang tertentu dan dapat dijadikan sebagai pengajaran, Seterusnya peribahasa juga memberikan gamberan tentang sikap dan nilai anggota masyarakat agar ‘mengamalkan nilai-nilai mumi dalam kehidupan. Sumber: Internet Peribahasa yang terdapat dalam petikan menggambarkan sikap merendah diri agar tidak angkuh dan takbur terhadap kehebatan di. Jelaskan kepentingan-kepentingan peribahasa dalam kehidupan bermasyarakat. 1103/1 [ Lihat halaman sebelah 1103/1 \ Kebanyakan penyakit berjangkit mempunyai simptom yang menyerupai keracunan makan dan demam selesema, tetapi sering kali diambil ringan oleh rakyat Malaysia schingga menyebabkan komplikasi serta kematian, Berikutan dengan penularan wabak penyakit seperti COVID-19, Influenza A dan HINI, masyarakat dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga ‘Sumber: Dewan Siswa, Bil. 12/2021 Sebagai pegawai kesihatan, anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah di sebuah sekolah tentang punea-punca penyakit berjangkit dan langkab-langkah peneegahan untuk ‘mengawal penularan penyakit berjangkit. ‘Talis teks ceramah anda selengkapnya. / PUTRAJAYA: Majlis Pelancongan Malaysia (MPM) yakin sektor pelancongan negara akan pulih kembali dengan kemasukan pelancong apabila sempadan negara dibuka sermula kelak. Presidennya, Uzaidi Udanis, berkata di sebalik cabaran pandemik COVID-19, sejarah menunjukkan bahawa pelancongan adalah antara industri yang paling berdays tahan di dunia, “Sudah tentu, apabila sempadan negara dan negeri mula dibuka, kita dapat melihat industri mula aktif” katanya dalam satu kenyataan media mengenai Malaysia Tourism Council Gold Award 2021 (MTC Gold Award) yang diadakan semalam. ‘Sumber: Berita Harian Online, 10 Disember 2021 Industri pelancongan adalah merupakan antara sektor terpenting bagi perkembangan dan kemajuan bagi sesebuah negara kerana mendatangkan sumber pendapatan, namun pada masa yang sama boleh mempengaruhi budaya hidup masyarakat. Beri komen anda. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT 1103/1

Anda mungkin juga menyukai