Anda di halaman 1dari 1

Agenda Untuk Bahagian HEM Sk.

Nanga Jih

1. APDM – ibubapa/penjaga boleh megemaskini maklumat anak jagaan masing-masing


pada bila-bila masa. Pastikan maklumat yang diisi adalah tepat untuk mengelakkan
keciciran untuk mendapat apa-apa bantuan kerajaan.
2. KEHADIRAN – Pastikan anak/jagaan hadir ke sekolah kecuali terdapat hal yang
tidak dapat dielakkan seperti sakit.
- Pastikan ibubapa/penjaga memaklumkan dengan menghantar surat kepada guru
kelas atas ketidakhadiran anak/jagaan ke sekolah./ sediakan surat sakit dari
klinik/hospital.
- Sekiranya anak tidak hadir melebihi 3 hari tanpa sebab, akan diberikan surat
amaran pertama.
- Sekiranya ibubapa/penjaga perlu mengambil anak/jagaan sebelum habis masa
belajar, pastikan mengisi surat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu.
3. DISIPLIN
- Pastikan anak/jagaan sentiasa berpakaian kemas(pakaian di streka dan bersih)
- Pastikan rambut dan kuku anak/jagaan sentiasa pendek dan bersih.
- Pastikan anak/jagaan sentiasa menyiapkan tugasan/kerja rumah yang diberikan
oleh guru.
4. BANTUAN(RMT DAN SUSU)
- Perkapita yang diperuntukkan oleh pihak KPM adalah RM310.
- Ahli keluarga yang layak masuk dalam bilangan perkapita adalah ahli keluarga
asas sahaja (ayah murid,ibu murid, murid sendiri dan adik-beradik) Anak-anak
yang telah bekerja/berumahtangga dan berumur 21 tahun ke atas tidak lagi
menjadi tanggungan ibubapa/penjaga kecuali anak kurang upaya atau masih
menuntut di Institusi Pengajian Tinggi.
- Sekiranya murid tersebut di jaga oleh nenek dan datuk, keluarga tersebut yang
dikira, anak di bawah tanggungan boleh masuk dalam perkapita.
- Pendapatan isi rumah RM1169 (bermaksud pendapatan suami dan isteri)
5. Apa – apa makluman dari JPN/PPD akan di maklumkan dalam group whatsapp PIBG
dan kelas, mohon sentiasa peka.

Anda mungkin juga menyukai