Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMBA

JALAN KILANG TEBU,


05050 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

kba2091.ppdkotasetar@gmail.com/kba2091@moe.gov.my
TEL : 04-7771500, FAKS : 04-7771501

Rujukan Kami:SKP.100-9/6/1 ( 9 )
Tarikh : 17 NOVEMBER 2022

Pengarah,
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)
No 79, Tingkat 2,
Jalan Lagenda 1 , Lagenda Heights,
08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Tuan,
MEMOHON KERJASAMA MENJALANKAN PROGRAM PEDULI REMAJA TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan SK Peremba akan mengadakan program pembangunan sahsiah murid


seperti butiran berikut:

Nama Program : Peduli Remaja Tahun 2022


Tarikh : 24 – 26 November 2022
Tempat : Kem Paya Pahlawan, Jitra, Kedah.

3. Program ini dijalankan bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid SK Peremba


dalam memupuk unsur pembangunan kemanusian di kalangan peserta disamping menerapkan nilai-
nilai murni seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan mengutamakan
kepentingan bersama melebihi kepentingan diri sendiri. Aktiviti ini juga dapat mendedahkan para
peserta dengan cabaran fizikal dan mental disamping mengembangkan kreativiti peserta bagi
menyelesaikan masalah dalam kehidupan mereka.

4. Kerjasama dan keprihatinan dari pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………….
(MAFUZAH BINTI SAID)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Peremba

Anda mungkin juga menyukai