Anda di halaman 1dari 12

FAKEY BAR STRATEGY

pullbackforextrading.com/fakey-bar-strategy

admin April 17, 2021

Candle pattern ini adalah dari gabungan Inside Bar + False-Breakout yang membentuk
Fakey pattern. Ia bermula dari candle inside bar seperti yang dijelaskan dalam artikel
sebelum ini kemudian diikuti dengan satu false breakout.

False breakout ini asalnya seakan memberikan direction tetapi tidak menjadi, lalu ia
menjadi false break kemudian berlaku reversal secepat mungkin. Jika ia berlaku dalam
satu masa pembentukan candlestick tersebut ia akan membentuk candlestick pin bar.
Namun jika ia berlaku selepas candle break, kita akan melihat candle engulfing akan
terbentuk di situ.

Kesimpulannya, ia terbentuk samada bersama pin bar ataupun tanpa pin bar.

1/12
False break berlaku kerana kemasukan trader berlawanan arah yang mendadak tinggi
hingga memaksa price membuat reversal arah dan membentuk pattern fakey.

DALAM ARTIKEL INI :

Ciri-ciri
Ciri-ciri penting yang anda perlu tahu adalah;
Strategy Entry Fakey Bar
strategi entry
2 kaedah entry
50% Retracement
Breakout
Contoh Setup
Fakey dengan Pin bar entry
Fakey Tanpa Pin Bar
Tips trading fakey bar
Rumusan

Ciri-ciri
Apabila dikatakan sebagai pattern atau pola/corak, ini bermaksud ia muncul dalam
formasi candlestick yang berulang-ulang namun mempunyai satu ciri persamaan yang
ketara.

Lihat contoh di bawah;

2/12
Ciri-ciri penting yang anda perlu tahu adalah;
Mother bar ataupun inside bar, kemudian diikuti oleh false break.
Candle false break itu terbentuk samada pin bar ataupun cuma candle
engulfing(tanpa pin bar).

3/12
Situasi atau candle yang terbentuk mungkin akan berbeza-beza ikut keadaan. Gambar di
atas cumalah ilustrasi sahaja namun masih memenuhi syarat pattern yang dinyatakan di
atas.

Baca : Mother Bar Candle yang anda perlu ketahui

Syarat penting candle fakey tanpa pin bar adalah candle lawan arah atau false break
mestilah terbentuk selepas candle false break terbentuk. Ia tak semestinya break
mother bar atau close lebih tinggi/rendah berbanding candle mother bar.

Baca >> BELAJAR PREDICT PERGERAKAN HADAPAN MENGGUNAKAN


CANDLESTICK

Strategy Entry Fakey Bar


Candle fakey memberikan direction sebenar pasaran. Oleh itu anda boleh memilih cara
entry bersesuaian dengan arah tersebut berdasarkan candle tersebut.

strategi entry
Anda boleh membuat entry pada candle selepas candle signal tersebut. Dua strategi yang
sesuai adalah menggunakan kaedah fibonacci dan juga instant entry pada candle
berikutnya.

2 kaedah entry

Kaedah entry 50% fibonacci retracement pada candle pin bar


Kaedah breakout

4/12
50% Retracement

Sebagai kaedah terbaik untuk buy low atau sell high berdasarkan candle arah yang
terbentuk. Strategi ini adalah strategi entry untuk pin bar. Oleh itu jika anda trade candle
fakey dengan pin bar, anda boleh gunakan kaedah ini.

Download ebook teknik 50% retracement – klik sini

Breakout

Candle engulfing yang terbentuk menandakan reversal yang kuat. Dalam keadaan market
yang aktif, biasanya retracement tidak berlaku, oleh itu jika candle selepas fakey tanpa
pin bar, bolehlah masuk instant berdasarkan harga semasa pasaran ketika itu.

5/12
Untuk memudahkan pemahaman
anda, saya sediakan contoh ilustrasi
di bawah.

Contoh Setup
Berikut contoh-contoh setup yang anda boleh jadikan catatan nota anda.

6/12
Fakey dengan Pin bar entry
Di bawah adalah contoh setup counter trend fakey dengan pin bar. Candle pin bar
memberikan hint market bakal membuat reversal trend kerana rejected di atas support.

Candle kedua selepas pin bar akan turun retest kawasan support dan dalam keadaan di
atas ia turun melebihi 50% dari candle pin bar tersebut. Di kawasan 50% inilah entry
point anda. Jika anda kurang pasti untuk menetapkan kawasan 50% ini, anda boleh
gunakan fibonacci retracement.

7/12
Dengan menggunakan fibonacci retracement anda boleh mengetahui secara tepat
kedudukan 50% tersebut beserta stoploss dan takeprofit anda.

Baca >> TEKNIK HIDDEN DIVERGENCE OSMA PULLBACK

Fakey Tanpa Pin Bar

Fakey tanpa pin bar dalam gambar di bawah terbentuk semasa market dalam trending.
Untuk spesifik, di bawah adalah contoh downtrend. Ini memberikan petunjuk arah
pasaran continuation apabila candle bearish terbentuk selepas candle bullish yang cuba
untuk break mother bar candle. Sila lihat contoh di bawah;

8/12
Apabila candle bearish terbentuk, ia secara tidak langsung memberikan arah sebenar
pasaran. Jika anda memasuki trend yang salah iaitu pada false breakout di atas, secara
tidak langsung anda wajar untuk cutloss posisi anda dan menukar entry mengikut arah
sebenar selepas fakeout tersebut.

Entry boleh dibuat pada candle berikutnya dan exit trade anda bolehlah dibuat
berdasarkan support dan resistance dalam trend tersebut ataupun close trade apabila
candle itu close.

9/12
Di atas adalah contoh setup fakey tanpa pin bar untuk market uptrend. Candle bullish
yang naik dan closed secara tepat di dalam kawasan mother bar candle memberikan hint
arah sebenar pasaran.

Entry boleh dibuat pada candle kedua selepas candle bullish pertama dan exit trade boleh
dibuat berdasarkan support resistance ataupun apabila candle tersebut sudah closed.

CLAIM BONUS TANPA DEPOSIT $30 ANDA HARI INI!


Kenapa anda harus memilih kami? :

Free $30 To Start Trading Instantly

10/12
Deposit Bonus up to $5,000
Unlimited Loyalty Program
Awards-Winning Forex Broker
Regulated broker
Partnership programs
Leverage up to 888:1
Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di
masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Tips trading fakey bar

Anda boleh trade fakey bar strategy ini untuk trending dan counter-trend.

Baca >> LEVERAGE, MARGIN, FREE MARGIN DAN VOLUME


Untuk meningkatkan ketepatan sesuatu trade setup, mengaitkannya dengan support
resistance akan membantu anda membezakan trade setup yang berkualiti dan yang bukan
berkualiti. Ini bermaksud untuk buy setup, mestilah ia terbentuk atas support manakala
untuk sell setup sebaiknya ia terbentuk di bawah resistance.

Support Resistance – Klik Sini


Strong dan Valid SNR – Klik Sini

Rumusan
Berberapa rumusan boleh dibuat berdasarkan topik kali ini antaranya;

Candle fakey bar adalah candle yang combo yang terdiri daripada mother bar, inside
bar dan candle false break
Candle fakey adalah direction sebenar dalam setup tersebut
Terbahagi kepada dua iaitu dengan pin bar dan tanpa pin bar

11/12
Entry akan dibuat selepas candle fakey bar sempurna iaitu pada candle selepasnya
Mengaitkan dengan support resistance akan membantu trader mendapatkan setup
yang terbaik

Sekian

ADMIN
17/04/21

12/12

Anda mungkin juga menyukai