Anda di halaman 1dari 2

KATA NAMA

Kata nama ialah perkataan yang menamakan orang, haiwan, benda, tempat atau konsep. Kata
Nama terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1. Kata Nama Am digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang bernyawa dan tidak
bernyawa secara umum.
2. Kata Nama Khas ialah kata yang digunakan untuk menamai sesuatu benda yang
bernyawa dan yang tidak bernyawa secara khusus.

Kata Nama Am Kata Nama Khas

Orang doktor Doktor Low

Binatang arnab  Si Manja

Benda kereta Perodua Myvi

Tempat klinik Klinik Haiwan Jaya

Tumbuhan bunga Reflesia

 * Huruf pertama bagi setiap perkataan * Huruf pertama bagi setiap


ditulis dengan huruf kecil kecuali di awal ayat. perkataan ditulis dengan huruf
besar. 

Latihan:

Pilih jawapan yang betul.

1. Ayah menghadiahi abang sebuah motosikal berjenama_________.

    A. Pensonic           B. Modenas               C. Bernas                D. Wira

2. Linda segera menanggalkan _________nya lalu masuk ke dalam rumah.

    A. rambut                B. baju                        C. kasut                     D. tangan

3. Semasa cuti sekolah, Arman dan keluarganya melancong ke ________.

    A. Klinik Kasih        B. Restoran Ali           C. Pulau Pinang          D. Pasar Besar Kepayang

4. ______ aedes membawa virus yang boleh menyebabkan demam denggi.

    A. Lalat                   B. Nyamuk                 C. Burung                  D. Ayam

5. Buah ____ sangat berkhasiat dan membantu sistem penghadaman kita.

    A. labu                    B. bawang                  C. durian                    D. betik 

6. Gunung yang tertinggi di Malaysia ialah ________.

    A. Gunung Angsi     B. Gunung Kinabalu     C. Gunung Everest     D. Gunung Tahan 


KATA KERJA

Kata kerja adalah menunjukkan perbuatan yang menunjukkan perbuatan yang


dilakukan oleh manusia atau binatang. 

Latihan

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1) Amir ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.

A. merintih

B. mengerang

2) Badan Nabilah__________kerana ketakutan.

A. menggeliat

B. menggeletar

3) Pengemis itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.

A. dihalang

B. dihalau

4) Mak Cik Hasnah sedang ___________bawang di dapur.

A. menumbuk

B. mengetuk

5) Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.

A memicit

B memerah

6) Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.

A merenggut

B menyambar

Anda mungkin juga menyukai