Anda di halaman 1dari 1

Kiraan Umur Kucing Yang

Betul
Petua kucing / Kiraan Umur Kucing

Table of Contents
1. Kiraan Umur Kucing & Umur Manusia
1.1. 1 tahun umur kucing bersamaan 15
tahun umur manusia
2. Jangka Hayat Seekor Kucing Berapa? 
3. 6 Tahap Umur Untuk Kucing
4. Kenalpasti Umur Melalui Fizikal
4.1. Gigi
4.2. Mata
4.3. Tulang & otot
4.4. Bulu  
5. Akhir Kata

Tahukah berapa kiraan umur kucing anda?


Sebenarnya setiap haiwan mempunyai kiraan
umur yang berbeza antara satu dengan yang
lain. Kucing juga mempunyai peringkat umur
tertentu yang telah ditetapkan. Dengan
mengetahui umur kucing ini menjadikan anda
lebih jelas dalam membuat rawatan dan
kesihatan kucing anda.

Umur kucing ini adalah data yang ditetapkan


oleh peminat kucing untuk menggambarkan
kondisi kucing mengikut usia manusia. Data
umur kucing ini tiada kajian sainti?k yang
terperinci namun ia bleh dijadikan sebagai
rujukan bagi pecinta kucing untuk lebih tahu
keadaan kucing peliharaannya.

Kiraan Umur Kucing & Umur Manusia

Terdapat beberapa pendapat berkenaan kiraan


umur kucing ini, berbezaan ini adalah
disebabkan setiap kucing berasal daripada
baka yang berbeza dan mempunyai
pemakanan yang berbeza. Disini kami
kongsikan jadual umur kucing yang popular
dan diguna pakai di seluruh dunia.   

1 tahun umur kucing bersamaan 15 tahun


umur manusia

Tahukah anda untuk 1 tahun umur seekor


kucing bersamaan dengan 15 tahun umur
manusia. Ini bermakna kondisi kucing yang
berumur 1 tahun bersamaan dengan kondisi
manusia yang berumur 15 tahun.

Untuk tahun ke dua umur kucing, tambah 9


tahun umur manusia menjadikan umur
keseluruhan untuk 2 tahun kucing adalah 24
tahun manusia. Untuk kenaikan umur kucing
seterusnya anda hanya perlu tambah 4 tahun
manusia sahaja. Contoh untuk 3 tahun umur
kucing bersamaan dengan 28 tahun manusia.

Jangka Hayat Seekor Kucing Berapa? 

Anda mesti pernah ter?kir berapa lamakah


agaknya kucing peliharaan anda boleh hidup
dan bersama dengan anda. Untuk menjawab
soalan ini agak subjektif dan tiada jawapan
yang khusus. 

Ini kerana ia bergantung kepada jenis baka dan


jaga penjagaan kucing anda masing-masing.
Untuk kucing indoor, purata jangka hayat
adalah sekitar 16 ke 18 tahun umur kucing.
Untuk kucing liar @ outdoor pula biasanya
mempunyai jangka hayat yang lebih pendek.

Tempoh hayat suatu kucing juga boleh


dipengaruhi oleh jenis baka kucing tersebut.
Contohnya kucing siam dan manx mempunyai
jangka hayat paling lama berbanding baka-
baka lain. Kajian juga mendapati jangka hayat
kucing mula meningkat sejak 10 tahun terkini,
ini mungkin disebabkan pendedahan akan
kesihatan dan penjagaan kucing yang peka
dan betul. 

6 Tahap Umur Untuk Kucing

Untuk lebih mudah faham, umur kucing ini


boleh dibahagi kepada 6 tahap umur. Setiap
tahap ini mempunyai perkembangan ?zikal
dan mental yang berbeza pada seekor kucing.
Berikut adalah 6 tahap umur kucing.

Kitten (0 – 6 bulan)
Pada tahap ini anak kucing akan berkembang
dengan cepat kecuali pada seksual organ.

Junior (7 bulan – 2 tahun)


Seekor kucing sudah mula berdikari dan mula
untuk belajar tentang hidup.

Prime (3 – 6 tahun)
Kucing sudah matang ?zikal dan mental, tahap
umur ini kucing dikira masih sihat dan aktif.

Mature (7 – 10 tahun)
Pada umur ini kucing sudah mula tua, sekitar
40 ke 50 an umur manusia.

Senior (11 – 14 tahun)


Kucing memasuki tempoh usia warga emas

Super senior (15 tahu ke atas)


Adalah jarang kucing melalui fasa ini, namun
masih terdapat kucing yang sihat walaupun
sudah tua.

Untuk lebih mudah dan jelas anda boleh lihat


jadual tahap umur kucing seperti di bawah ini.
Rata-rata kucing yang mencapai tahap senior
ini adalah dalam kalangan kucing peliharaan
indoor. Ini kerana kucing ini lebih peka akan
kesihatan dan pemakanan hariannya.

*CatCareforLife
Howoldisyourcat?
Human
Lifestage Ageofcat
equivalentage
0-1month 0-1year
2months 2years

Kitten 3months 4years


Birth-6months 4months 6years
5months 8years
6months 10years
7months 12years

Junior 12months 15years


7months-2years 18months 21years
2years 24years
3vears 28years
Adult 4years 32years
3-6years 5vears 36years
6years 40years
7years 44years
Mature 8years 48years
7-10years 9years 52years
10years 56years
11years 60years

Senior 12years 64vears

11-14years 13years 68years


14years 72years
15years 76years
16vears 80years
SuperSenior
15years+ 17years 84years
18vears 88years
(CatCareforLife 19years 92years
Alifelongpartnership 20years 96years
ofcareforthehealth
andwellbeingof 21years 100years
yourcat
22years 104years
23years 108years
www.catcare4life.org 24years 112years
1catcar IDEXC
25vears 116vears

CatCareforLifeisbroughttoyouby Inpartnershipwith
international
catcare isfm IDE /Ingelheim

Kenalpasti Umur Melalui Fizikal

Jika seekor kucing dipelihara sejak lahir


adalah mudah untuk tahu umur kucing anda,
bagaimana pula jika kucing yang diambil di
tepi jalan? Untuk mengenalpasti umur kucing
liar ini agak sukar, namun anda boleh
kenalpasti umurnya berdasarkan 6 tahap umur
kucing tadi. Berikut adalah antara yang boleh
diperhatikan untuk menentukan umur kucing
liar.

Gigi

Gigi adalah luaran yang boleh digunakan untuk


menilai umur kucing anda. Berikut adalah
indikator yang boleh dilihat pada gigi kucing.

Kitten hanya mempunyai gigi awal


sehingga minggu keempat sahaja
Gigi putih kekal boleh dilihat sekitar
empat bulan
Sedikit warna kuning pada gigi
menandakan ia berumur 1 ke 2 tahun
Jika semua kucing mempunyai warna
kuning, ini menandakan ia berumur 3 ke
4 tahun
Gigi hilang, patah, @ tercabut boleh
menandakan ia berumur 10 ke 15 tahun
ke atas 

Mata

Pada bahagian mata kucing pula anda boleh


lihat pada bahagian iris. Jika iris kelihatan licin
dan masih baru ia tanda kucing masih junior
manakala jika kelihatan sedikit berkedut ia
tanda kucing sudah masuk ke tahap prime
atau mature.

Tulang & otot

Anda boleh menentukan tahap umur kucing


dengan melihat pada otot kaki dan badan
kucing. Jika otot dan kulit mulai lembut dan
sedikit selebih itulah tanda kucing sudah mula
masuk tahap pertengahan. 

Bulu  

Kajian juga mendapati bulu kucing yang


lembut dan lebat boleh didapati pada kucing
yang muda. Manakala untuk kucing yang tua
akan mempunyai bulu yang sedikit menebal,
kesat, dan sedikit jarang.

Link shopee produk grooming cat:

KAWANKU Cat Toilet :


https://shope.ee/WpS8CLU8
Pet Comb Cat Comb Grooming :
https://shope.ee/402rEHWJ0b
Pet Hair Clipper Grooming Kit :
https://shope.ee/79zt08AZfN
Pet Grooming Bag Shower Bath :
https://shope.ee/6pN2bYFmLZ
Cat Grooming Glove :
https://shope.ee/1fewS5ccwy
Cat Nail Trimmer:
https://shope.ee/7pFZnRwoTo
AIKEN ANTIBACTERIAL TALC :
https://shope.ee/8KBo4httuT

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih


banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Kucing adalah haiwan yang mempunyai jangka


hayat yang lama dan boleh hidup bersama
manusia hingga ke umur tua. Sebagai pecinta
kucing anda mestilah peka akan kesihatan dan
makanan kucing anda agar ia boleh hidup
dengan lama tanpa mengalami masalh
kesihatana yang serius. Nak lebih banyak info
pasal kucing? Boleh terus ke slot kucing hitam
putih. Semoga bermanfaat!

Related posts:

1. Air Kelapa Untuk Kucing Selsema


2. Khasiat Air Garam Untuk Kucing
3. Air Kelapa Untuk Kucing Parvo
4. Kucing Baka Maine Coon & Harganya

Previous Post

Next Post

Related Posts

Air Kelapa Untuk Kucing Selsema

3 Cara Merawat Kucing Sakit Di Rumah

Cara Tradisional Merawat Kucing Demam

Khasiat Air Garam Untuk Kucing

Copyright © 2022 Semuanya Tentang Kucing

Exit mobile version

Anda mungkin juga menyukai