Anda di halaman 1dari 11

Page |1

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK - BAHASA MELAYU TAHUN 4

Facebook 专页:AMJ BOOK 卓越书局(https://facebook.com/amjbook)


Page |2
UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK - BAHASA MELAYU TAHUN 4

Bahasa Melayu Tahun 4


Ujian Akhir Sesi Akademik

Bahagian A
(10 markah)
Soalan 1 hingga 4
Pilih jawapan yang paling sesuai.
1. Encik Kumala menyambut tetamu yang datang ke rumahnya pada Hari
Deepavali dengan _______.
A mesra B sibuk C rapat D meriah

2. Brian menggunakan sebilah _______ yang tajam.


A pembaris B gunting C pisau D parang

3. Aina rindu _______ kucingnya yang sudah sebulan hilang.


A di B ke C dari D akan

4. Saya berasa bangga kerana negara kita mempunyai _______ yang hebat.
A jati diri B ulang tahun C papan tanda D mercu tanda

Soalan 5
Pilih ayat yang betul.
5. A Jemput beratur dalam satu barisan.
B Cis, comelnya adik kamu yang baru lahir!
C Lawatan itu murid-murid tahun empat sertai.
D Afiz dan Lai Keong membantu Cikgu Helmi di dewan.

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Terdapat pelbagai jenis permainan di dunia. Antara permainan yang terkenal
adalah bola jaring. Bola jaring merupakan acara sukan berpasukan yang terhasil
daripada permainan bola keranjang. Bola jaring berasal dari Amerika Syarikat
dan mula diperkenalkan pada tahun 1895.
Bola jaring merupakan satu-satunya jenis sukan di dunia yang khusus
dimainkan oleh golongan wanita. Permainan ini dicipta oleh Clara Gregory
Baer dan dikenali sebagai “bola keranjang wanita”. Bola jaring mudah
dimainkan dan tidak memerlukan kawasan yang luas seperti bola keranjang.
Gelanggang ini dibahagikan kepada tiga kawasan yang sama besar dengan satu
bulatan pusat yang terdapat di tengah gelanggang, manakala ruangan separa
bulat untuk menjaringkan gol terdapat di kedua-dua bahagian hujung

Facebook 专页:AMJ BOOK 卓越书局(https://facebook.com/amjbook)


Page |3
UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK - BAHASA MELAYU TAHUN 4

gelanggang.
Peralatan utama yang digunakan dalam permainan ini ialah bola. Bola
tersebut diperbuat daripada kulit atau getah. Selain itu, permainan ini
memerlukan sebatang tiang gol dan jaring berat dan yang saiznya lebih besar
berbanding dengan pemain junior. Para pemain juga harus memakai kasut
yang sesuai, iaitu kasut yang mampu menyerap hentakan serta menyokong
tapak kaki ketika bermain.
Di negara kita, bola jaring diminati oleh semua golongan wanita. Pelbagai
kejohanan bermula dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat negeri
diadakan dari semasa ke semasa.

6. Berikut merupakan perkara yang berkaitan dengan bola jaring, kecuali...


A antara permainan yang terkenal di dunia
B dimainkan oleh kaum lelaki
C berasal dari Amerika Syarikat
D berasal dari permainan bola keranjang

7. Siapakah yang mencipta permainan bola jaring?


A Clara Gregory Baer C Clara Brovy Baer
B 1895 D Myra Gregory Baer

8. Apakah ciri-ciri gelanggang bola jaring?


A sama seperti padang bola sepak.
B permukaan yang berlopak dan besar.
C dibahagikan kepada empat kawasan yang sama besar dengan satu
bulatan.
D dibahagikan kepada tiga kawasan yang sama besar dengan satu
bulatan pusat yang terdapat di tengah gelanggang.

9. Rangkai kata pemain junior membawa maksud


A pemain yang kuat berlatih C pemain yang lebih tua
B pemain yang lebih muda D pemain yang mahir

10. Peralatan yang berikut digunakan dalam permainan bola jaring, kecuali
A bola B tukul besi C tiang D jaring

Facebook 专页:AMJ BOOK 卓越书局(https://facebook.com/amjbook)


Page |4
UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK - BAHASA MELAYU TAHUN 4

Bahagian B
(10 markah)

Soalan 11 hingga 12
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Gurindam ini saya persembahkan,
Beritahu tentang pentingnya keselamatan.

Apabila kita berhati-hati,


Kemalangan pasti dapat dijauhi.

Apabila kamu pergi ke sekolah,


Janganlah leka awasi jenayah.

Apabila kamu sedang bersukan,


Berhati-hati menggunakan alatan.

Apabila kamu menaiki tangga sekolah,


Berhati-hati mengatur langkah.

Apabila kamu bermain di padang,


Patuhi arahan dan undang-undang.

11. Kemalangan dapat dielakkan jika _______________________________.


[1 markah]

12. Jika kita bermain di padang, kita perlu ____________________________


___________________________________________________________
[1 markah]

Facebook 专页:AMJ BOOK 卓越书局(https://facebook.com/amjbook)


Page |5
UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK - BAHASA MELAYU TAHUN 4

Soalan 13
Pilih dan tandakan (√) bagi kata hubung yang paling sesuai berpandukan gambar.
Ai Ling memakai pakaian renang _______
berenang di kolam.

apabila
supaya
jika
[1 markah]

Soalan 14
Pilih dan tandakan (√) bagi ayat yang betul.
Cis, ini merupakan pengalaman pertama saya menaiki penerbangan
M’sia!
Aduhai, banyaknya pilihan kasut rekaan Dato’ Jimmy Choo!

Jangan ketinggalan menikmati harga potongan di kedai Yamaha.


[1 markah]

Soalan 15
Tandakan (√) bagi kata adjektif yang paling sesuai berpandukan gambar yang
diberikan.

gemuk
kurus
tinggi

[1 markah]

Facebook 专页:AMJ BOOK 卓越书局(https://facebook.com/amjbook)


Page |6
UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK - BAHASA MELAYU TAHUN 4

Soalan 16
Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu
berdasarkan situasi tersebut.
Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan dengan menggunakan
ayat yang lengkap.

Mengapakah kamu
membubuh minyak pada ……
rantai basikal kamu?

Bagaimanakah
tindakan itu dapat
mencegah karat? ……

Apakah kebaikannya ……
jika rantai basikal kamu
tidak berkarat?

[5 markah]

Facebook 专页:AMJ BOOK 卓越书局(https://facebook.com/amjbook)


Page |7
UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK - BAHASA MELAYU TAHUN 4

Bahagian C
(10 markah)
Soalan 17
Grafik di bawah menunjukkan maklumat tentang kegunaan buah durian.
Tulis rumusan kamu tentang kegunaan buah durian itu.
Jawapan rumusan kamu itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.

Facebook 专页:AMJ BOOK 卓越书局(https://facebook.com/amjbook)


Page |8
UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK - BAHASA MELAYU TAHUN 4

Bahagian D
(20 markah)

Soalan 18
Tulis karangan berdasarkan bahan grafik dan maklumat yang disediakan di
bawah ini.
Panjangnya karangan kamu itu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

 hobi – memelihara ikan hiasan


 hari jadi ke-10 – bapa menghadiahkan – ikan emas – akuarium
 memasukkan air – menitiskan – antiklorin – penapis dan pam – tumbuhan
tiruan – merendam plastik berisi ikan – 20 minit – membuka plastik –
keluar
 menjaga – rapi – memberikan makanan – membersihkan akuarium –
menukar air
 membaca majalah ikan – menambah pengetahuan – menghidapi penyakit
– membubuh ubat
 suka melihat ikan – berenang-renang – kawan-kawan – datang ke rumah
– melihagt ikan

Facebook 专页:AMJ BOOK 卓越书局(https://facebook.com/amjbook)


Page |9
UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK - BAHASA MELAYU TAHUN 4

Facebook 专页:AMJ BOOK 卓越书局(https://facebook.com/amjbook)


P a g e | 10
UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK - BAHASA MELAYU TAHUN 4

Facebook 专页:AMJ BOOK 卓越书局(https://facebook.com/amjbook)


P a g e | 11
UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK - BAHASA MELAYU TAHUN 4

Bahagian A
1 A 2 C 3 D 4 D 5 D
6 B 7 A 8 D 9 B 10 B

Bahagian B
11 kita berhati-hati
12 patuhi arahan dan undang-undang
13 apabila
14 Jangan ketinggalan menikmati har potongan di kedai Yamaha.
15 gemuk
16 Saya membubuh minyak pada basikal supaya rantai basikal saya tidak
berkarat. Tindakan itu dapat mencegah karat kerana minyak dapat
menghalang rantai basikal saya daripada terdedah kepada air dan udara.
Jika rantai basikal saya tidak berkarat, rantai basikal saya akan tahan lama
dan tidak putus. Selain itu, basikal saya dapat bergerak dengan lancarnya.

Bahagian C
Soalan 17
Buah durian mempunyai banyak kegunaan. Misalnya, isi buah boleh dimakan
mentah, rasanya sungguh enak. Selain itu, buah durian boleh diproses menjadi
dodol. Isi buah durian juga dijadikan jem untuk dimakan bersama dengan roti.
Isi buah durian juga boleh diproses menjadi aiskrim yang sedap.

Bahagian D
Soalan 18
Hobi Kim Sheng memelihara ikan hiasan. Semasa hari jadi Kim Sheng yang
ke-10, bapanya telah menghadiahkan lima ekor ikan emas dan sebuah akuarium
kepada Kim Sheng.
Setelah memasukkan air ke dalam akuarium, Kim Sheng menitiskan
beberapa titis antiklorin ke dalam air akuarium. Akuarium itu juga dilengkapi
penapis dan pam serta tumbuhan tiruan. Selepas itu, Kim Sheng merendam
plastik berisi ikan emas di dalam akuarium. 20 minit kemudian, Kim Sheng
membuka plastik itu dan membiarkan ikan emas keluar dari plastik.
Kim Sheng menjaga ikan peliharannya dengan rapi. Tiap-tiap hari, dia
memberikan makanan kepada ikan-ikannya. Dia akan membersihkan akuarium
dan menukar air pada setiap minggu.
Kim Sheng selalu membaca majalah ikan untuk menambah pengetahuan
memelihara ikan supaya ikannya sihat dan cantik. Apabila ikan peliharannya
menghidapi penyakit, Kim Sheng akan membubuh ubat ke dalam air akuarium.
Kim Sheng suka melihat ikan berenang-renang di dalam akuarium.
Kadangkala, kawan-kawan Kim Sheng akan datang ke rumahnya untuk melihat
ikannya.

Facebook 专页:AMJ BOOK 卓越书局(https://facebook.com/amjbook)

Anda mungkin juga menyukai