Anda di halaman 1dari 18

BENGKEL BAHASA MELAYU

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 2023


BERSAMA CIKGU MD RAZMAN BIN SAMAON
_______________________________________________________

Bahasa Melayu ( 011 )


1 jam 15 minit
_______________________________________________________

Nama
Kelas
Sekolah

Untuk Kegunaan Pemeriksa

Nama Pemeriksa :
Bahagian Soalan Markah Markah Diperoleh
Penuh
A 1-10 10 6
B 1 5 4
2 5 4
C 1 10 8
D 1 20 18
JUMLAH 50 40/50

PENTING : Tuan – puan yang dihormati ,


Agar latihan serta nota ini lebih bermakna kepada anak-anak , selepas nota
dan latihan ini dicetak , simpanlah terlebih dahulu dan berikan nota serta
latihan ini kepada anak-anak sebaik sahaja kelas akan bermula . Ini adalah
kerana saya ingin melihat sejauh mana keupayaan mereka untuk menguasai
latihan -latihan yang disediakan tanpa bantuan sesiapa .
Kerjasama tuan puan amat saya hargai .
Md Razman Bin Samaon
Sejak 1986…
Bahagian A
( 10 markah )

Soalan 1 dan 2

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai .

1 . Kebanyakan petani menggunakan kaedah pertanian __________kerana dapat


menjaga kelestarian alam sekitar .

A . mudah alih ( dapat dibawa ke mana- mana )


B . pindah alih ( dipindahkan )
C . mesra alam ( tidak memudaratkan /merosakkan )
D . ramah mesra ( sangat rapat dalam pergaulan )

2 . Pemain badminton negara itu sentiasa peka akan ___________lawannya


sepanjang perlawanan tersebut berlangsung .

A . keluh – kesah ( menunjukkan kesedihan dengan kata-kata )


B . kelam – kabut ( tidak tentu arah )
C. tindak – tanduk ( segala tingkah laku / perangai )
D. lenggang – lenggok ( pergerakkan lemah lembut )

Soalan 3

3 . Pilih ayat yang betul .

A . Baju-baju yang dijual di kedai cantik-cantik .


B . Amin berasa marah kerana sudah tiga setengah jam menunggu tetapi
rakannya tetap belum tiba lagi .
C . Setelah penat berjalan kami beristirahat di pangkal sebatang pokok .
D . Kawasan lombong yang terbiar itu amat merbahaya kepada orang ramai.

(1)
Soalan 4 hingga 6

“Krriiiiiiiiinnggggg…..” Kedengaran loceng sekolah dibunyikan berturutan


dalam tempoh yang agak lama .

“ Ada kebakaran , cikgu ! Saya nampak asap di bangunan sebelah !” kata


Iqbal kepada Cikgu Farah dengan nada yang cemas .

“ Cepat beratur ! Bergerak mengikut pelan kecemasan kita ,” arah Cikgu


Farah dengan tenangnya . Kami segera menuruni bangunan kelas mengikut
arahan Cikgu Farah dan pergi ke kawasan lapang . Ketika kami tiba di kawasan
lapang itu sudah ada sebilangan murid yang sudah beratur mengikut kelas
masing-masing . Guru-guru pula sibuk memeriksa bilangan murid untuk
memastikan bilangannya mencukupi . Rupa-rupanya , sekolah kami hanya
mengadakan latihan kebakaran . Asap yang kelihatan itu merupakan usaha
Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mewujudkan suasana yang sama seperti
kebakaran sebenar .

4 . Mengapakah Iqbal kelihatan cemas ?

A . Ternampak asap di bangunan sebelah


B . Terdengar loceng dibunyikan
C . Terlibat dengan kebakaran
D . Terhidu bau asap

5 . Pilih penyataan yang benar tentang petikan .

A . Iqbal dan rakan-rakannya bergerak ke bangunan sebelah


B . Bangunan bersebelahan kelas Iqbal telah terbakar
C . Sekolah Iqbal mengadakan latihan kebakaran
D . Sekolah Iqbal terlibat dengan kebakaran

(2)
6 . Berikut ialah tindakan yang perlu dilakukan apabila latihan kebakaran
diadakan di sekolah berdasarkan petikan kecuali

A . loceng akan dibunyikan sekejap sebagai amaran


B . semua murid perlu ke kawasan yang lapang
C . guru-guru perlu memastikan semua murid berkumpul di kawasan lapang yang
ditetapkan .
D . semua bguru dan murid perlu meninggalkan kelas dengan segeranya apabila
loceng kebakaran dibunyikan .

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan telitinya , kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya.
BAHAN 1

BAHAN 2
Pada awal bulan Mei yang lalu , Sekolah Kebangsaan Puteri telah mengadakan
Pertandingan Reka Cipta . Dalam pertandingan itu , para peserta dikehendaki
untuk menghasilkan rekaan yang kreatif dan menarik . Mereka dibenarkan
untuk menyertai pertandingan itu secara individua tau berkumpulan . Setiap
kumoulan tidak boleh melebihi dua orang .

Ameena dan rakannya tidak melepaskan peluang tersebut . Mereka


mengambil bahagian dalam pertandingan itu dengan menghasilkan satu rekaan
yang menarik . Kumpulan mereka membuat model kereta kabel yang boleh
bergerak dengan kuasa bateri . Mereka menggunakan bahan seperti motor ,
bateri , takal , kayu , dan tali getah .
7 . Para peserta dibenarkan menyertai pertandingan itu secara

A . individu sahaja
B . berkumpulan sahaja
C . individu atau berkumpulan
D . berkumpulan dengan tiga orang anggota

Mereka menggunakan bahan seperti motor , bateri , takal , kayu , dan tali
getah .

8 . Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah

A . ulas ( isi buah yang boleh dipisahkan ) – durian


B . utas ( untuk benda yang berurai – benang , tali )
C . urat ( gelang / benda yang kecil dan halus )
D . helai ( benda yang tipis )

9 . Perkataan rekaan dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan


perkataan

A . bahan
B . ciptaan
C . tugasan
D . barangan

10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2

A . Ameena menyertai pertandingan itu secara individu


B . Pertandingan Reka Cipta itu diadakan pada hujung bulan Mei
C . Naib johan Pertandingan Reka Cipta itu akan menerima RM 800.00
D . Peserta perlu menghantar hasil rekaan mereka sebelum 26 Julai 2023 .

(4)
BAHAGIAN B
( 10 markah )

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya , kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya .

Encik Badrul membawa anak-anaknya ke pusat bandar raya Kuala Lumpur .


Mereka ke sana dengan menaiki Transit Laju Massa ( MRT ) . Semasa di stesen
MRT , Encik Badrul sentiasa mengingatkan anak-anaknya supaya mematuhi
peraturan keselamatan yang ditetapkan di stesen itu .

“ Jangan berdiri melebihi garisan kuning itu ,” kata Encik Badrul kepada
anak-anaknya . Garisan kuning di platform itu disediakan bagi menghalang orang
ramai berdiri terlalu hampir dengan tren .

Semasa tren sampai , Encik Badrul dan anak-anaknya berdiri di tempat


yang selamat . Mereka tidak berlari untuk mengejar tren kerana tindakan itu
amat berbahaya .

1 . ( a ) Encik Badrul membawa anak-anaknya menaiki Transit Laju Massa .(MRT )


( 1 markah )

( b ) Mengapakah Encik Badrul melarang anak-anaknya berdiri melebihi garisan


kuning di platform itu ?
Encik Badrul melarang anak-anaknya berdiri melebihi garisan kuning di
platform itu kerana tindakan itu berbahaya dan melanggar peraturan yang
ditetapkan di stesen MRT .
( 2 markah )

( c ) Gariskan kata bantu yang terdapat dalam ayat yang diberikan .

Dengan adanya perkhidmatan e-panggilan , kita dapat pergi ke mana-


mana destinasi dengan lebih mudah .

( 1 markah )

(5)
( d ) Pilih dan tandakan ( / ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang
diberikan .

“Jangan berdiri melebihi garisan kuning itu,” kata Encik Badrul kepada anak-
anaknya .

Encik Badrul memaksa anak-anaknya berdiri tidak melebihi


garisan kuning itu .

Encik Badrul melarang anak-anaknya berdiri melebihi /


garisan kuning itu .

( 1 markah )

Baca dan fahami situasi di bawah ini . Kemudian , berikan pendapat kamu
berdasarkan situasi tersebut .
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan .

2.
Seorang rakan kamu telah kehilangan buku yang dipinjamnya daripada pusat
sumber sekolah . Walau bagaimanapun , dia tidak mahu melaporkan perkara itu
kepada guru pusat sumber sekolah kerana takut dimarahi atau didenda .

Sebagai seorang rakan , apakah tindakan yang akan kamu lakukan ?

Sebagai rakan , saya akan menasihatinya supaya mencari buku itu terlebih
dahulu . Jika tidak menjumpai buku itu , dia perlu membuat laporan kepada
guru pusat sumber . Saya akan menyatakan kita harus bertanggungjawab
dengan kesalahan kita .
( 32 patah perkataan )

( 5 markah )

(6)
BAHAGIAN C ( TIDAK ADA PERENGGAN )
( 10 markah )

Gambar di bawah ini menunjukkan amalan yang dilakukan untuk menjaga


kebersihan makanan .
Tulis pendapat kamu tentang kebaikan amalan tersebut . ( Kepentingan
/faedah/maslahat )
Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan .
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan .
(7)

Jawapan :

Pada pendapat saya , amalan menjaga kebersihan makanan terdapat


banyak kebaikannya . Antaranya ialah basuh tangan sebelum
menyentuh makanan supaya tangan kita menjadi bersih dan tidak ada bakteria.
Selain itu , gunakan air yang bersih untuk mencuci makanan agar kita
terhindar daripada keracunan makanan . Akhir sekali , tutup makanan supaya
kita terhindar daripada pelbagai penyakit .

(50 patah perkataan )

(8)
BAHAGIAN D ( ada perenggan )
( 20 markah )

Teliti bahan grafik di bawah ini . Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk
karangan berformat atau karangan tidak berformat . ( Fakta / Cerita )
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan .

(9)
JAWAPAN

Hari Ahad yang lepas , saya pergi ke pasar raya bersama keluarga . Saya
sentiasa ingat pesanan ayah dan ibu agar utamakan keselamatan . ( 20 pp)

Ketika ibu dan ayah membeli barang , saya mengawasi dan memegang
tangan adik untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini . ( 38 pp )

Ayah dan ibu juga berpesan agar sentiasa peka akan keadaan sekeliling
seperti mesti sentiasa berhati-hati ketika melalui lantai yang licin di kawasan
barangan basah . ( 62 pp )

Ayah membuat pembayaran tanpa tunai dan tidak perlu membawa duit
tunai yang banyak untuk mengelakkan kecurian .
( 78 patah perkataan )

KELEMAHAN :
( a ) ia : singkatan dia dan hanya untuk manusia .
( b ) ianya : ( salah )
( c ) kk : mengeja perbuatan ( meletakkan )
( d ) Ejaan tempat jarak : di bawah
( e ) Ejaan perbuatan dekat : ( disepak )

( 10 )

SOALAN TAMAT
LATIHAN TAMBAHAN
Bahagian C
( 10 markah )

Grafik di bawah ini menunjukkan suasana semasa ahli Kelab Pertanian bercucuk
tanam di kebun sayur di sekolah .
Tuliskan pendapat kamu tentang faedah-faedah menyertai Kelab Pertanian
di sekolah .
Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan .
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan .
BAHAGIAN D
( 20 markah )
Teliti bahan grafik di bawah ini . Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk
karangan berformat atau karangan tidak berformat .
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan .

KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI


NOTA PENTING KESALAHAN DALAM AYAT

1. pecahan – ditulis di akhir ayat bukan di tengah


1. dua setengah kilogram ( X )
2. dua kilogram setengah (√ )
3. tiga setengah minit (X )
4. lima jam suku (√ )
5. tiga suku jam ( X )

2. ayat pasif (kata ganti nama 1,2) tiada oleh , di KGN 3 ada di..oleh

1. Roti itu dimakan oleh saya. ( X )

2. Roti itu saya makan . (√ )

3. Roti itu kamu makan. (√ )

4. Roti itu dimakan oleh mereka.( √ )

5. Roti itu mereka makan. ( X )

3. antara (bukan tempat) / di antara (tempat)

1. Antara hobi saya ialah membaca buku. (√ )

2. Di antara hobi saya ialah membaca buku. (X )

3. Rumah saya terletak di antara tingkat satu dengan tingkat tiga. (√ )

4. Fatihah duduk di antara Julia dengan Mariam. (√ )

5. Antara alat-alat tulis yang dibeli olehnya ialah pensel, pembaris, pen
dan pemadam. ( X )
4 . di dalam (lubang/ruang) / dalam (abstrak/tidak nampak)

1. di dalam ingatannya ( X )

2. dalam ingatannya (√ )

3. di dalam bilik ( √ )

4. dalam mesyuarat ( √ )

5. di dalam hatinya ( X )

5 . ialah (kata nama,kata kerja) / adalah (kata sendi,kata adjektif)

1. Ramli ialah abang saya. ( √ )

2. Ramli adalah abang saya. ( X )

3. Mesyuarat itu adalah dari pukul 8:00 pagi hingga 10:00 pagi. ( √ )

4. Punca pencemaran adalah seperti pembuangan sisa toksik oleh pihak

kilang. (√ )

5. Hobi saya adalah bermain badminton. ( X )

6 . meN-…-i (orang) / meN-…-kan (benda)

1. menasihati Ali (√ )

2. menasihatkan Ali (X )

3. menghidangkan tetamu ( X )

4. menghidangkan nasi lemak ( √ )

5. menaiki bendera ( X )

7 . (orang)di-…-i(benda) / (benda) di-…-kan (orang)

1. Pingat kecemerlangan dihadiahkan kepada Fatimah. (√ )

2. Fatimah dihadiahkan pingat kecemerlangan. ( X )

3. Fatimah dihadiahi pingat kecemerlangan. (√ )

4. Menteri itu dianugerahkan pingat kebesaran. ( X )

5. Pingat kebesaran dianugerahkan kepada menteri itu. (√ )


8 . memper (kata adjektif) / memper-…-kan (kata kerja)

1. memperdalamkan lubang itu ( x )

2. memperdalam lubang itu (√ )

3. mendalamkan lubang itu ( √ )

4. memperkatakan hal itu ( √ )

NOTA-NOTA PENTING

1 . Baju – baju yang dijual di kedai cantik-cantik . ( salah )


Kenapa Salah : Dalam satu ayat tidak boleh ada dua kata ganda bilangan
banyak kecuali kata ganda tunggal .

Ayat : Layang-layang yang dijual dikedai mahal-mahal belaka ( betul )

2 . tiga setengah jam ( salah )


Kenapa Salah : Kata bilangan tetap tidak boleh diikuti dengan kata bilangan
Separa .
Tiga jam setengah ( betul )

3 . merbahaya ( salah )
Berbahaya ( betul )

4 . catit ( salah )
Catat ( betul )

KATA BANTU

CONTOH : boleh / dapat / harus / mesti / patut / hendak / mahu /akan /


Baru / belum / masih / sedang / pernah / sudah / telah

Anda mungkin juga menyukai