Anda di halaman 1dari 15

Topik 6 Penghasilan

Karya
HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Menjelaskan proses pengurusan dan perlaksanaan penghasilan karya;
2. Mengenal pasti proses kreativiti dan proses artistik; dan
3. Mengaplikasikan kemahiran dan strategi-strategi dalam
mempersembahkan karya-karya seni.

! PENGENALAN
Keperluan manusia untuk mengungkapkan perasaan keindahan (estetik) melalui
penghasilan karya (seni) berlaku secara universal dan fenomena ini berlangsung
sejak sekian lama. Berdasarkan kajian-kajian ilmiah yang telah dijalankan,
mendapati bahawa biarpun sederhananya kehidupan manusia, mereka sentiasa
mencari sedikit ruang untuk memenuhi hasrat dalam mengungkapkan serta
memanfaatkan keindahan (Baddock,1983 dan Boas, 1955).

Penghasilan karya-karya seni jika kita meneliti pandangan daripada Croce, yang
turut dipersetujui oleh Samuel Alexander dan R.G. Collingwood dinyatakan
bahawa karya-karya seni sebenarnya terhasil daripada pemikiran (mental),
bukan entiti material, objek-objek imaginasi (an imaginary object) yang wujud
di dalam pemikiran seseorang pengkarya atau seniman (lihat Osborne, 1970,
ms.166). Selamat Belajar!
TOPIK 6 PENGHASILAN KARYA " 65

6.1 PENGENALAN AKTIVITI

6.1.1 Definisi Penghasilan Karya


Penghasilan karya bermaksud suatu proses penyelesaian masalah visual yang
memerlukan kita merancang, menganalisa, menjana idea, membuat pemilihan,
melaksana dan melakukan penilaian untuk menghasilkan sesuatu karya. Dalam
konteks ini, karya yang dimaksudkan adalah karya berbentuk 2-Dimensi dan
3- Dimensi (Seni Visual dan Kraf). Bagi memastikan proses penghasilan karya
berjalan dengan lancar dan tersusun, amatlah perlu bagi kita untuk memahami
kaedah-kaedah yang bersesuaian agar karya yang dihasilkan mempunyai nilai
estetika serta menepati sesuatu objektif yang direncanakan.

6.1.2 Pengurusan dan Perlaksanaan


Proses menghasilkan karya (Seni Visual atau Kraf) ada yang ringkas dan ada
yang kompleks. Proses yang ringkas mungkin sama seperti kita membuat
pemilihan warna dan yang kompleks adalah seperti kita menghasilkan
komposisi, reka letak, corak dan konsep bagi sesebuah hasil karya.

Proses penghasilan karya bermula dari pemilihan alat, media dan teknik yang
akan digunakan. Dalam proses ini, kita mungkin menghadapi beberapa masalah
yang perlu diselesaikan. Setiap masalah mempunyai perbezaan yang tertentu.
Oleh itu, cara penyelesaiannya juga berbeza dan proses yang digunakan juga
berbeza-beza.

Terdapat beberapa jenis model proses penghasilan karya yang digunakan oleh
artis atau seniman dalam menghasilkan sesebuah karya. Model-model ini dapat
membantu kita menyusun strategi tertentu bagi menyelesaikan masalah visual
yang mempunyai pelbagai cara penyelesaian.

Salah satu faktor penting dalam penghasilan karya ialah pengembangan idea.
Proses pengembangan idea, khususnya di dalam bidang seni visual dan reka
bentuk, melibatkan beberapa proses yang kritikal dan sistematik agar kualiti
dan nilai sesuatu produk visual yang kita hasilkan benar-benar bermutu. Proses
penghasilan karya seni visual dan reka bentuk yang kreatif seharusnya melalui
proses:
(i) Penerangan (brief) iaitu mengetahui sesuatu keperluan;
(ii) Membuat Spesifikasi (specification) terhadap sesuatu kriteria;
(iii) Melakukan Kajian (research) terhadap produk, material dan proses;
66 TOPIK 6 PENGHASILAN KARYA

(iv) Proses penjanaan Idea (design ideas), berfikir di luar kotak terhadap
kemungkinan-kemungkinan rekaan;
(v) Pembangunan (development) iaitu mencari penyelesaian dan membuat
pilihan terbaik;
(vi) Produksi hasil Karya Akhir (final design);
(vii) Membuat Perancangan (planning); dan
(viii) Melakukan proses Penilaian (evaluation) iaitu menguji sama ada karya
yang dihasilkan memenuhi sesuatu spesifikasi atau tidak. Proses ini dapat
membantu kita menjadi lebih kreatif dan inovatif (Hancock, 2000).

Rajah 6.1: Model ringkas bagaimana proses penjanaan idea bagi penghasilan sesuatu
karya seni (visual atau kraf)
TOPIK 6 PENGHASILAN KARYA " 67

Rajah 6.2: Model proses penghasilan karya, diadaptasi daripada Geoff Hancock (2000)

6.1.3 Pemilihan Satu Jenis Aktiviti


Anda telah didedahkan dengan sedikit informasi berkenaan pengurusan dan
perlaksanaan penghasilan karya seni secara sistematik. Anda boleh memilih
satu jenis aktiviti, sama ada menghasilkan karya seni dalam bentuk visual atau
menghasilkan karya-karya kraf.

Kaedah-kaedah yang telah dihuraikan diharap dapat menjadi panduan untuk


anda menghasilkan karya-karya yang menjadi kecenderungan dan pilihan anda
pada topik seterusnya.

AKTIVITI 6.1

Anda dikehendaki mengadakan perbincangan berkumpulan dan cuba


membina sendiri model proses penyelesaian masalah; sumbang saran
(brainstorming), peta minda, carta, rajah dan sebagainya. Sumber:
carian internet, buku-buku rujukan, jurnal-jurnal berkaitan.
68 TOPIK 6 PENGHASILAN KARYA

6.2 SENI VISUAL ATAU KRAF

6.2.1 Jenis Aktiviti


Aktiviti yang akan anda jalankan memberi pilihan sama ada anda ingin
menghasilkan karya dalam bentuk seni visual ataupun menghasilkan produk
kraf. Bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan aktiviti yang akan
dijalankan, beberapa panduan yang berkaitan dengan proses kreativiti dan
artistik akan dijelaskan pada sub topik berikutnya agar pemahaman anda
terhadap proses-proses ini dapat difahami dengan menyeluruh.

(i) Penghasilan karya seni visual


Karya-karya 2-Dimensi yang menekankan aspek sensitiviti dan literasi
visual agar pengetahuan dan pemahaman anda terhadap elemen dan
prinsip rekaan dapat diaplikasikan melalui karya-karya seni visual yang
akan anda hasilkan.
Contoh-contoh karya seni visual seperti catan cat air, cat minyak atau
akrilik, kolaj, ilustrasi potret atau landskap, media campuran (mix
media), poster, risalah, reka bentuk simbol atau logo dan karya-karya
menggunakan aplikasi perisian komputer (grafik).

(ii) Penghasilan kraf


Karya-karya 3-Dimensi yang menekankan kemahiran dan kecekapan
tangan dalam memanipulasi bahantara atau medium untuk menghasilkan
kraf. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat menyuburkan domain
psikomotor menjadikan anda lebih sensitif dan menghargai bakat yang
telah dikurniakan. Contoh-contoh karya kraf adalah seperti lukisan batik,
ukiran atau larik kayu, penghasilan seramik, anyaman dan arca.
TOPIK 6 PENGHASILAN KARYA " 69

Rajah 6.3: (Karya seni visual) Catan


cat minyak “Odisi” Jaffri Hanafi,
( 1998 )
Media: Cat minyak di atas kanvas
Sumber: Koleksi pelukis

Rajah 6.4: (Karya seni visual) Poster keluarga “Anakanda” ( 2007 ),


Media: Manipulasi komputer (grafik), Adobe Photoshop dan Illustrator CS
Sumber: Koleksi penulis
70 TOPIK 6 PENGHASILAN KARYA

Rajah 6.5: (Karya produk kraf-anyaman) Bakul bemban


Sumber: http//www.malaysiana.pnm.my/.../dapur_bakul.htm

AKTIVITI 6.2

Anda dikehendaki memilih untuk menghasilkan satu karya seni,


sama ada karya seni visual atau karya kraf. Pemilihan penghasilan
karya adalah berdasarkan kecenderungan, kemahiran dan minat anda
terhadap karya yang akan anda hasilkan.

6.2.2 Proses Kreativiti: Portfolio


Portfolio dilihat sebagai satu medium yang memudahkan kita dalam mengumpul
setiap gerak kerja dalam satu tempoh masa tertentu. Portfolio kadangkala
dibandingkan dengan Buku Skrap. Walaupun peranan dalam kedua-duanya
dilihat hampir sama dalam konteks pengumpulan artifak, portfolio memainkan
peranan yang lebih penting kerana ia dibangunkan untuk menilai kemahiran
supaya satu standard dapat diberikan agar mencapai matlamat dan objektif
terhadap apa yang kita pelajari dan fahami.
TOPIK 6 PENGHASILAN KARYA " 71

Melalui pengumpulan artifak (karya-karya Seni Visual), yang merupakan contoh


konkrit kerja-kerja atau karya yang kita hasilkan, portfolio mengandungi bukti
pengetahuan (evidence of knowledge), penyusunan (disposition) dan kemahiran
(skill) (Brown & Irby, 2001 dalam Shirley–Dale Easley, Kay Mitchell, 2003).

Portfolio bolehlah dianggapkan satu kaedah untuk mengumpulkan segala


hasil-hasil kerja yang kita hasilkan baik yang sudah siap mahupun di peringkat
perlaksanaan (in progress) sebagai memenuhi keperluan kesedaran terhadap
eksplorasi, sumber rujukan, ulang kaji serta proses formatif artistik.

Portfolio dilihat sebagai budaya seseorang seniman yang pada kebiasaannya


mengumpul hasil-hasil kerja seni untuk tujuan memasuki pertandingan, ke
sekolah atau untuk dipamerkan di galeri-galeri. Melalui kaedah ini, kebiasaannya
dalam seni visual, kita akan menyediakan portfolio untuk memuatkan lakaran-
lakaran awal kerja seni, draf-draf pada peringkat permulaan dan hasil-hasil
kerja yang di dalam perancangan. Kaedah ini juga dilihat amat penting dalam
mendisiplinkan kita seterusnya dapat menghasilkan produk-produk seni yang
bermutu dan tinggi nilai estetiknya (lihat Brown, 1988 dalam Gardner, 1990).

Rajah 6.6: “Wolf & Robot


Dog” (Benjamin Hitmar)
Contoh portfolio sebagai
salah satu kaedah proses
kreativiti seorang seniman/
artis.
Sumber: http://www.
pittsburghartistregistry.org/
media/benjaminhitmar/
72 TOPIK 6 PENGHASILAN KARYA

6.2.3 Proses Artistik: Hasil Karya


Kita telah sedia maklum bahawa pembangunan dan penggunaan portfolio amat
signifikan bagi seseorang seniman atau artis dalam mendokumenkan hasil-
hasil karya seni. Namun bagi memastikan agar karya seni yang kita hasilkan
mempunyai sentuhan kreatif dan nilai artistik, pertimbangan-pertimbangan
berikut perlu diambil kira:

(i) Mengorganisasi idea (olahan atau gagasan idea yang terbaik)


Amat perlu bagi kita mengorganisasi idea. Kita mungkin boleh berdiam
diri sejenak agar idea tercetus. Tujuan kita berdiam diri supaya kita
boleh berfikir dan biarkan otak kanan memproses idea. Anda mungkin
mendapat banyak idea.

(ii) Merancang bagaimana idea terbaik itu dapat dikeluarkan


Anda perlu mengambil kira dari pelbagai arah (direction) serta
kemampuan anda untuk mengeluarkan idea-idea yang kreatif dan
artistik. Hasilkan karya yang anda minat dan anda mempunyai kelebihan
dalam menghasilkan karya tersebut.

(iii) Memilih material (alatan atau media) yang bersesuaian


Pelbagai jenis material dengan tujuan dan kegunaan yang berbeza-beza.
Pastikan material anda bersesuaian dengan penghasilan karya yang akan
anda hasilkan.

(iv) Menyusun bahagian


Susunan bahagian merujuk kepada komposisi, corak dan bentuk karya
yang akan anda hasilkan. Proses ini membolehkan karya dihasilkan
dengan sempurna, misalnya aspek keseimbangan dalam sesuatu hasil
karya seni visual.

(v) Penggunaan garisan, bentuk, rupa, warna, nilai dan ruang


Proses ini bermaksud adakah anda mengaplikasikan elemen seni
reka dengan efektif? Penggunaan elemen seni reka yang efektif akan
membentuk kesatuan, yang merupakan prinsip seni reka. Elemen seni
reka diibaratkan ‘batu-bata’ manakala prinsip seni reka berperanan
sebagai ‘simen’ yang membolehkan ia berpegang di antara satu sama
lain.
TOPIK 6 PENGHASILAN KARYA " 73

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Jelaskan mengapa portfolio dianggap penting bagi seseorang


artis atau seniman.
2. Jelaskan mengapa kita perlu memahami proses penghasilan
sesuatu karya seni.
3. Mengingati kembali elemen dan prinsip seni reka agar karya
yang kita hasilkan benar-benar menepati sesuatu kriteria.

6.3 PERSEMBAHAN KARYA

6.3.1 Pameran dan Ekspresif Diri


Pameran sesebuah karya seni merupakan satu pendekatan yang membolehkan
kita berkongsi idea, pandangan, kritikan dan penghargaan dengan orang
lain. Pameran bertujuan menjadikan kita lebih yakin dan berketrampilan
untuk mengekspresi diri bila mana karya-karya yang telah kita hasilkan
dipersembahkan untuk tontonan orang ramai.

Pameran boleh diadakan di kawasan yang lapang seperti di kafetaria, studio,


dewan dan galeri-galeri seni. Dengan adanya aktiviti pameran, kejayaan sesuatu
karya seni yang anda usahakan terbukti.

Rajah 6.7: Pameran seni visual dan kraf (Kem Seni Sonneratia II, Oktober 2003 )
Sumber: http://www.artgallery.gov.my
74 TOPIK 6 PENGHASILAN KARYA

6.3.2 Kemahiran Mengaplikasikan Alatan, Media


dan Teknik
Kemahiran menggunakan alatan, media dan teknik dalam sesuatu aktiviti
penghasilan karya seni amat perlu bagi memastikan kelancaran proses berkarya.
Kemahiran ini membolehkan kita merancang serta melaksanakan sesuatu karya
dengan berkesan. Pengetahuan serta kemahiran kita sebenarnya bergantung
kepada sejauh mana kita dapat mengaplikasi alatan, media dan teknik seperti
berikut:
(i) Minat dan kecenderungan terhadap alatan, media dan teknik;
(ii) Pengetahuan kita menggunakan alatan dan media;
(iii) Pengalaman dan perasaan (terutamanya dalam penghasilan karya-karya
kraf seperti membatik, menganyam dan mengukir);
(iv) Bakat dan kecerdasan; dan
(v) Apresiasi terhadap karya yang dihasilkan.

Contoh-contoh penggunaan alatan, media dan kepelbagaian teknik dalam


penghasilan karya-karya seni (visual):

Cat air Akrilik


Sumber: http://www.artforms.com Sumber: http://www.artforms.com
TOPIK 6 PENGHASILAN KARYA " 75

Cat Minyak Gauche


Sumber: http://www.artforms.com Sumber: http://www.artforms.com

Pastel
Sumber: http://www.artforms.com
76 TOPIK 6 PENGHASILAN KARYA

6.3.3 Kekemasan
Antara aspek terpenting sewaktu anda mempersembahkan karya-karya anda
adalah kekemasan (finishing). Kekemasan amatlah dititikberatkan agar karya
yang anda hasilkan menepati standard atau kriteria tertentu, mempamerkan
sikap profesionalisma dalam berkarya serta membuktikan kualiti dan nilai
estetika di setiap karya yang kita hasilkan.

Sering terjadi fenomena di mana hasil karya seseorang itu, baik karya seni visual
atau kraf memang menarik dan mempunyai nilai estetika, tetapi disebabkan
kurangnya perhatian terhadap aspek kekemasan, persembahan sesuatu karya itu
menjadi tidak menarik, bosan dan tiada keistimewaan yang dapat ditonjolkan.
Berikut adalah panduan mengenai kekemasan sesuatu hasil karya:

ELEMEN KRITERIA KEKEMASAN

Persediaan terhadap 1. Memastikan karya telah sempurna (cat telah


karya akhir (seni visual kering, teks dan ilustrasi yang betul, ketetapan
atau kraf) saiz dan format karya telah dipastikan).
2. Alatan atau media presentasi telah dikenal
pasti dengan nyata (bingkai, art gum, mounting
board, alatan memotong contohnya cutters
atau gunting, cutting board, pembaris besi dan
sebagainya).
3. Anda boleh mendapatkan pandangan rakan,
pengajar atau konsultan bagi memastikan
kekemasan sesuatu karya yang ingin
dipersembahkan.
4. Memastikan anda peruntukkan masa yang
mencukupi (ample time). Persediaan awal dan
bersistematik amat perlu agar anda tidak
tergesa-gesa menyiapkan sesuatu karya.
5. Bahan atau alatan yang dipilih bersesuaian
dengan karya yang anda hasilkan (misalnya
karya kraf anyaman memerlukan mengkuang
sebagai bahan utama).
6. Pastikan anda hadir awal ke tempat karya
anda dipamerkan agar anda mempunyai ruang
dan waktu sekiranya berlaku perkara-perkara
di luar jangkaan.
TOPIK 6 PENGHASILAN KARYA " 77

SEMAK KENDIRI 6.2

1. Jelaskan kepentingan pameran dalam memproduksikan sesuatu


karya seni.
2. Nyatakan kenapa perlunya kemahiran dalam menggunakan alat,
media dan teknik sewaktu berkarya.
3. Apakah fungsi dan peranan aspek kekemasan sewaktu
menghasilkan karya?

RUMUSAN

• Secara keseluruhannya, dalam topik 6 ini anda telah dijelaskan tentang


bagaimana penghasilan sesuatu karya seni atau kraf memerlukan penelitian
dan kefahaman yang mendalam terhadap proses-proses yang sistematik
sewaktu menghasilkan karya.
• Model-model penyelesaian masalah dapat membantu kita menjana idea
dengan lebih komprehensif. Penjanaan idea dalam menghasilkan karya-
karya bermutu dan kreatif boleh dijalankan melalui beberapa pendekatan
seperti pembangunan portfolio dan proses artistik.
• Amatlah penting sekiranya kita dapat menitikberatkan aspek kekemasan
sewaktu mempersembahkan sesuatu hasil karya agar kualiti karya yang
dihasilkan mempunyai nilai estetika dan bermutu tinggi.

Estetik Proses Artistik


Proses Penyelesaian Masalah Kemahiran mengguna alat, media
dan teknik
Penjanaan Idea
Pameran Seni
Model-model
Kekemasan
Kreativiti
Portfolio
78 TOPIK 6 PENGHASILAN KARYA

RUJUKAN

Baddock,C.R (1987). Kegiatan dan modernitas: Kajian dalam psikoanalis sosial.


Terjemahan. Jakarta : ARCAN

Boas, F. (1955). Primitive art. New York: Dover Publications, Inc.

Geoff Hancock (2000). Skills in graphic products. UK: Heinemann Educational


Publisher.

Harold Osborne (1970). The art of appreciation. London: Oxford University Press

Howard Gardner (1990). Art education and human development. Los Angeles:The
Getty Education Institute for the Arts.

Md. Nasir Ibrahim, Prof Madya Iberahim Hassan (2003). Pendidikan seni untuk
maktab dan universiti. Bentong:PTS Publications and Distributors.

Shirley –Dale Easley, Kay Mitchell (2003). Portfolios matter: What, where, when, why
and how to use them. Ontario : Pembroke Publisher.

Anda mungkin juga menyukai