Anda di halaman 1dari 9

5 Subjek SPM Wajib Skor Aliran Sastera Kalau Nak

Senang Masuk Universiti


FACEBOOK TWITTER GOOGLE+

Peperiksaan SPM akan bermula, sudah bersediakah anda?. Terdahulu


kami kongsikan 5 subjek SPM yang wajib pelajar aliran sains skor kalau
hendak mudah diterima masuk ke mana-mana kursus pengajian di Institut
Pengajian Tinggi (IPT) kelak. Seperti mana yang dijanjikan, menerusi
artikel ini kami kongsikan 5 subjek SPM aliran sastera yang wajib pelajar
skor. 

Kenapa 5 subjek ini wajib skor?. Untuk makluman, 5 subjek yang ingin
dikongsikan ini penting kerana termasuk dalam kiraan markah merit bagi
kemasukan ke IPTA bagi pelajar aliran sastera. Jumlah markah merit inilah
yang akan digunakan oleh universiti untuk menyaring permohonan pelajar
seterusnya menentukan siapakah yang layak ditawarkan ke sesebuah
kursus, tak kiralah sama ada di universiti, matrikulasi, politeknik atau IPTS
sekalipun. 5 subjek wajib skor berkenaan adalah seperti berikut :

 
 

Untuk contoh pengiraan markah merit bagi aliran sastera, sila rujuk
dibawah :

Pengiraan Merit Aliran Sastera 

90 markah dari 5 mata pelajaran berikut :

 Bahasa Melayu
 Matematik
 Sains
 Sejarah
 Pendidikan Islam / Pendidikan Al–Quran dan As-Sunnah /
Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral
 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.

 
Contoh Langkah Pengiraan 

Langkah pertama, andaikan keputusan peperiksaan pemohon aliran


sastera yang mengambil 9 mata pelajaran:

 Bahasa Melayu (A+)


 Bahasa Inggeris (A+)
 Pengetahuan Islam/moral (B+)
 Sejarah (C+)
 Matematik (B)
 Sains (B)
 Perdagangan (C+)
 Ekonomi Asas (C)
 Ekonomi Rumah Tangga (A)

 Langkah kedua, kira markah akademik untuk 5 mata pelajaran


utama (Aliran Sastera):

 Bahasa Melayu A+ = 18
 Matematik B = 10
 Sains B = 10
 Sejarah C+ = 8
 Pengetahuan Islam/moral B+ = 12
 JUMLAH 5

Langkah ketiga, kira markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik


SPM lain yang diambil (Aliran Sastera):

 Bahasa Inggeris A+ = 18
 Ekonomi Rumah Tangga A = 16
 Sejarah C+ = 8
 JUMLAH 42

 
Langkah keempat, campur markah keseluruhan seperti berikut :

 Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata


Pelajaran Utama Aliran Terbaik
 Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (58 x 90)/90 = 58
 Markah Mata Pelajaran Terbaik = (42 x 30)/54 = 23.3
 Jumlah Markah Akademik

= (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)/120 x 90

= (58 + 23.3)/120 x 90 = 60.9

Jadi, kepada pelajar aliran sastera, kalau dah susah sangat nak perah otak
ingat semua benda, tolong fokus pada 5 subjek ini. Kalau boleh pastikan
dapat A atau sekurang-kurangnya B pun dah cukup baik. Kalau tak mampu
juga pastikan dapat kredit C. Kalau anda skor A dalam 5 subjek yang kami
kongsikan ini, anda tak perlu risau gagal dalam permohonan ke universiti
kelak. Tak kira dalam kursus apa sekalipun yang dipohon, anda pasti akan
berjaya melainkan kalau salah isi borang permohonan.
5 Subjek Wajib Skor Aliran Sains SPM Kalau Nak
Mudah Masuk Universiti
FACEBOOK TWITTER GOOGLE+

5 subjek SPM manakah yang wajib difokuskan untuk memudahkan laluan


pelajar dalam permohonan ke kursus pilihan masing-masing di IPTA
kelak?. Kenapa subjek-subjek ini sangat penting?. 5 subjek yang ingin
dikongsikan ini penting kerana ianya termasuk dalam kiraan markah merit
bagi pemilihan kemasukan ke IPTA bagi pelajar aliran sains mengikut
kaedah meritokrasi. Jumlah markah merit inilah yang akan digunakan oleh
universiti untuk menyaring permohonan pelajar seterusnya menentukan
siapakah yang layak mengisi tempat bagi sesebuah kursus yang
ditawarkan, tak kiralah sama ada di universiti, matrikulasi, politeknik atau
IPTS sekalipun. 5 subjek wajib skor berkenaan adalah seperti berikut :

 
 

Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan 1 subjek lain contohnya


Biologi atau boleh rujuk senarai subjek lain diatas. 5 subjek ini penting
seperti mana yang kami terangkan kerana ianya termasuk dalam
pengiraan merit iaitu 90% markah akademik dan ditambah lagi dengan
30% markah, diambil dari 3 subjek terbaik bagi semua subjek SPM yang
diambil. berikut dikongsikan contoh subjek dan kaedah kiraan markah merit
pelajar kelak :

 
Pengiraan Merit  Aliran Sains 

 90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:


 Matematik
 Matematik Tambahan
 Fizik
 Kimia
 Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut: Pengajian
Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik /
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan
Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Pengajian
Agro Teknologi /Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat /
Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains
Sukan.
 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil.

 Contoh Langkah Pengiraan

Langkah pertama, andaikan keputusan peperiksaan korang yang


mengambil 9 mata pelajaran:

 Bahasa Melayu A+
 Bahasa Inggeris A+
 Pendidikan Islam A+
 Sejarah A+
 Matematik A+
 Matematik Tambahan A
 Fizik A-
 Kimia A
 Biologi A

 
Langkah kedua, kira markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama
(Aliran Sains):

 Matematik A+ = 18
 Matematik Tambahan A = 16
 Fizik A- = 14
 Kimia A = 16
 Biologi A- = 14 
 JUMLAH 78

Langkah ketiga, kira markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM
lain yang diambil, contohnya:

 Bahasa Melayu A+ = 18
 Bahasa Inggeris A+ = 18
 Pendidikan Islam A+ = 18 
 JUMLAH 54

Langkah keempat, campur markah keseluruhan seperti berikut :

 Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata


Pelajaran Utama Aliran Terbaik
 Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (78 x 90)/90 = 78
 Markah Mata Pelajaran Terbaik = (54 x 30)/54 = 30
 Jumlah Markah Akademik = (Markah MP Utama Aliran + Markah MP
Terbaik) 120 x 90 = (78 + 30)/120 x 90 = 81

Jadi, apa yang hendak ditekankan menerusi artikel ini, tak kiralah pelajar
mendapat berapa A sekalipun tetapi  jika 5 subjek ini mereka tidak skor,
keseluruhan markah merit yang terkumpul akan menjadi rendah dan
kemungkinan yang tinggi, pelajar akan gagal merebut tempat untuk kursus
pengajian pilihan di universiti kelak.
 

Anda mungkin juga menyukai