Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN
Tel : 04-9148300 Fax: 04-9175492

MEMO DALAMAN

Kepada : Ketua Jabatan Tarikh : 06 Februari 2023


Akademik
Perkara : PENGGUBALAN SOALAN
Pengerusi Pasukan PEPERIKSAAN MEI 2023
Pemeriksa Dalam (PD) INSTITUT PENDIDIKAN
Setiausaha Pentaksiran GURU MALAYSIA,
Jabatan KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
Daripad : Timbalan Pengarah s.k. : 1. Unit Surat
a 2. KJ JKA
Ruj. : IPGKDA 700/1 (95) 3. KU UPP
Kami

Dengan hormatnya saya merujuk surat IPGM Ruj. Kami: KPM.IPGM.S.600-9/12/1


JLD10 (53) bertarikh 1 Februari 2023 tentang perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Pendidikan Guru Malaysia akan


mengadakan peperiksaan akhir pada bulan Mei Tahun 2023 yang akan melibatkan
program pengajian PPISMP, PISMP, PDP dan PDPP.

3. Sehubungan dengan itu, IPG Kampus Darulaman dikehendaki menggubal


soalan peperiksaan, skema pemarkahan dan rubrik bagi 68 kursus yang ditawarkan
seperti di Lampiran 1.

4. Berikut adalah panduan yang perlu dipatuhi semasa proses penggubalan soalan
peperiksaan dan skema pemarkahan serta rubrik:

4.1. digubal berdasarkan Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) yang telah


dikemas kini, Maklumat Kursus (MK) dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
terkini yang sedang berkuat kuasa;

4.2. penggunaan Templat Soalan IPG (Versi 4.0) yang dimuat turun daripada
sistem iTEMS berdasarkan surat KPM. 600-7/1/1 Jld. 19 (46) bertarikh 31
Januari 2023.

4.3. penyemakan item soalan yang teliti oleh pakar bidang dan ketua
jabatan/unit, pembetulan dan pemurnian sekiranya perlu oleh penggubal
dan pengsahan oleh Pemeriksa Dalam (PD) setelah mematuhi standard;

4.4. berdasarkan Buku Panduan Pentaksiran IPG KPM, Kemas kini Januari
2023 dan Prosedur Kualiti Teras IPG-PPK-PT-04 – Pentaksiran Pelajar;

.../2
IPGKDA 700/1 (95)

4.5. penyediaan skema pemarkahan:


4.5.1. salin semula soalan,
4.5.2. catatkan arahan Rubrik Pemarkahan, dan
4.5.3. tuliskan semua isi (point) dan kemungkinan jawapan menggunakan
bullet library dan huraian yang bersesuaian;

4.6. penyediaan soalan bagi bidang Asas Pendidikan (EDUP), bagi IPG
kampus berkaitan mestilah disediakan dalam dua versi (Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris);

4.7. penyediaan soalan bagi bidang Sains dan Matematik bagi IPG kampus
berkaitan mestilah dalam Bahasa Inggeris;

4.8. penghantaran draf kertas soalan ke IPGM adalah seperti berikut;


4.8.1. satu salinan kertas solan dalam bentuk hardcopy yang diletakkan di
dalam satu sampul yang berlabel kursus berkaitan
4.8.2. menghantar salinan kertas soalan, skema, rubrik dan borang LAM-
PT-04-05 dalam bentuk softcopy.

5. Oleh itu, YBrs. Dr./ tuan/ puan dikehendaki melaksanakan proses penggubalan
tersebut berdasarkan carta alir dan jadual proses kerja penggubalan soalan seperti
yang dilampirkan dalam Memo Dalaman IPGKDA 700/1 (93) bertarikh 26 Januari 2023.

6. Kertas soalan yang telah siap digubal hendaklah diserahkan ke Unit


Peperiksaan dan Penilaian selewat-lewatnya pada 26 Februari 2023.

7. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, YBrs. Dr./ tuan/ puan boleh
merujuk kepada Penyelaras Penggubal Soalan (PPS) JKA, Pn. Nor Syahrul Bariyah
binti Johari di talian 012-4911437 atau melalui e-mel jka@ipgkda.edu.my dan Ketua
Unit Peperiksaan dan Penilaian, En. Mohd Ashraf bin Mohamad di talian 013-4926757.

Kerjasama dan perhatian YBrs. Dr./ tuan/ puan berkaitan perkara ini amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(DR. WAN FADZLI BIN WAN HARON)


Timbalan Pengarah

Anda mungkin juga menyukai