Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN AKTIVITI PRA BESTARI TAHUN 2022

Nama Program: Temu Murni Ibu bapa dan Guru 2022

Tarikh: 01.09.2022

Masa: 9:00 pagi hingga 12.30 tengahari

Tempat: Kelas PraBestari

1.0 Pendahuluan
Program ini dibuat bagi membentangkan prestasi pencapaian semasa murid dan menyeru
ibubapa untuk memastikan pembelajaran berterusan hingga ke rumah.

2.0 Matlamat:
Matlamat program ini adalah untuk bersuai kenal dan merapatkan silaturrahim antara ibubapa
dan guru serta pentadbir serta membentangkan proses pencapaian pembelajaran anak-anak
prasekolah.
3.0 Huraian Penilaian:
Program ini mendapat sambutan yang baik dari ibubapa. Persediaan guru dari segi dokumentasi
dan penerangan tentang aktiviti dan pencapaian anak-anak juga dapat difahami oleh ibubapa.
Perbincangan tentang pencapaian anak-anak secara personal dan guru mendapat maklom balas
yang positif untuk perancangan akan datang.

4.0 Pencapaian Aktiviti:


65% dari 25 orang ibubapa hadir temu murni.

5.0 Cadangan:
Adalah dicadangkan agar aktiviti ini dijalankan pada setiap tahun dan ibubapa dapat melibatkan
diri dalam lebih banyak aktiviti dan program prasekolah.

6.0 Laporan Kewangan;


Tiada.
Jamuan makan minum RM5 X 25 =RM125.00.

7.0 Penutup
Guru berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan dan akan dibuat penambahbaikan pada masa
akan datang.

8.0 Lampiran
(mukasurat sebelah)
LAPORAN AKTIVITI PRA BESTARI TAHUN 2022

Nama Program: Seminar Ibu Bapa Prihatin SIBP

Anjuran: Anjuran Bersama PIBG SK Kg Baru Kuala Abang

Tarikh: 16/09/2022

Masa: 8:00 pagi hingga 12.30 tengahari

Tempat: Dewan Serba Guna Kampung Baru Kuala Abang

1.0 Pendahuluan
Program yang julung kali diadakan dengan kerjasama PIBG dan Sk Kg Baru ini melibatkan
ibubapa dan guru SK Kg Baru Kuala Abang. Ia diadakan secara forum dengan ahli panelnya terdiri
daripada Dr Badariah selaku guru besar SKKB, Yang Dipertua PIBG dan pakar motivasi, Ust
Wahairy.

2.0 Matlamat:
Matlamat program ini adalah untuk memberi motivasi dan bimbingan tentang pendidikan anak-
anak serta pendedahan tentang scenario perubahan pembelajaran masakini.

3.0 Huraian Penilaian:


Program ini mendapat sambutan menggalakkan dari ibubapa. Ibubapa seronok menghadiri
program ini kerana ia memberi ilmu baru serta tips motivasi dari ahli panel. Lebih menarik ada
juga yang mendapat hadiah cabutan bertuah.

4.0 Pencapaian Aktiviti:


65% dari 25 orang ibubapa hadir seminar ini.

5.0 Cadangan:
Adalah dicadangkan agar aktiviti ini dijalankan pada setiap tahun dan ibubapa dapat melibatkan
diri dalam lebih banyak aktiviti dan program prasekolah.

6.0 Laporan Kewangan;


Tiada.
Perbelanjaan dibawah PIBG dan NGO.

7.0 Penutup
Guru berpuas hati dengan penglibatan ibubapa dalam program ini.

8.0 Lampiran
(mukasurat sebelah)
Di antara ibubapa murid-murid pra Bestari yang hadir

Anda mungkin juga menyukai