Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

‫هللا الرَّ حْ َم ِن الرَّ ِحي ِْم‬


ِ ‫ِبسْ ِم‬
َّ ‫ َوال َعاقِ َبة ل ِْل ُم َّتقِي َْن َوال‬, ‫العالَ ِمي َْن‬
‫صالَة َُوال َّسالَ ُم َعلَى َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه‬ ِ ‫اَ ْل َحمْ ُد‬
َ ِّ‫هلل َرب‬
‫َوَأصْ َح ِاب ِه َأجْ َم ِعي َْن‬
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk berada di
Dewan Ukhwah bagi menjayakan Hari Pelaporan dan Majlis Apresiasi Murid SK Pulau Sibu sesi
2022/2023
Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid
Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman
dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan
dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat
dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .
Disaat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau
teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik
mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami
kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-
masa akan datang.
Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,
Jadikanlah murid-murid yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini
sebagai murid-murid yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah
mereka murid-murid yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan
potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur.
Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini
akan menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada murid-murid lain supaya mereka sama-sama
mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi
mengharumkan nama sekolah ini.

َ ‫ار َنا َءا ِخ ُرهُ َو َخي َْر َأعْ َمالِ َنا َخ َوا ِت ُم ُه َو َخي َْر أيَّا ِم َنا َي ْو َم ْأل َق‬
‫اك فِ ْي ِه‬ ‫َأ‬
ِ ‫اللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َخي َْر عْ َم‬
َ ‫ان َوالَ َتجْ َع ْل فِيْ قـُلُ ْو ِب َنا غِ الًّ ِللَّ ِذي َْن َءا َم ُن ْوا َر َّب َناإ َّن‬
‫ك َرء ُْوفٌ َر ِح ْي ٌم‬ ِ ‫اغفِرْ لَ َنا ُذ ُن ْو َب َنا َوِإل ْخ َوا ِن َنا الَّ ِذي َْن َس َبقُ ْو َنا ِباِإل ْي َم‬
ْ ‫اللَّ ُه َّم‬

َ ‫ِ ر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح َس َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح َس َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬
‫اب ال َّنار‬ َ
‫ َو ْال َح ْم ُدهَّلِل ِ َربِّ ال َعالَ ِمي َْن‬، ‫صحْ ِب ِه َو َسلَّ َم‬
َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى م َُح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai