Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN SATU MUKA SURAT

NAMA PROGRAM: English Public Speaking Competition 2019


GURU BERTANGGUNGJAWAB: Puan Kelly Damian Jusun
TARIKH: 17 Oktober 2019
TEMPAT: Bilik Pemulihan SK Basi
SASARAN: Murid-murid Tahun 3 hingga 5
RUMUSAN: English Public Speaking Competition 2019 telah diadakan bagi mencungkil bakat baru untuk menjadi
calon public speaker yang akan mewakili sekolah di peringkat Zon Lubok Antu untuk tahun 2020. Seramai 5 orang
peserta telah mengambil bahagian di dalam pertandingan yang dijalankan bermula pukul 8.30 hingga pukul 10.00
pagi.
REFLEKSI: Di dalam acara ini, semua peserta telah sedaya upaya mencuba bersungguh-sungguh untuk
menyampaikan syarahan masing-masing. Memandangkan ini kali pertama murid-murid SK Basi didedahkan
dengan penyampaian pidato, maka diharapkan semoga para peserta khasnya dan semua murid amnya dapat
mempelajari serba sedikit gaya pemidatoan. Dicadangkan juga agar acara ini diadakan lebih awal untuk tahun
hadapan (dalam bulan Jun/Julai) supaya tidak mengganggu persiapan murid-murid terutama dari segi penghafalan
memandangkan pada hujung tahun ada banyak acara lain yang dijalankan yang memerlukan penglibatan murid,
seperti perkhemahan, pertandingan karaoke, lawatan, majlis perpisahan dan majlis penyampaian hadiah.

GAMBAR:

DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

________________________ ________________________
PUAN KELLY DAMIAN JUSUN, EN. NERU ANAK SETU
PANITIA BAHASA INGGERIS, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN,
SK BASI. SK BASI.

Anda mungkin juga menyukai