Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENDAHULUAN :

Kerepek adalah sejenis produk makanan ringan yang berkembang dalam industri kecil
dan sederhana. Industri kerepek terus berkembang di negara kita sehingga ianya kini
telah melepasi pasaran domestik dan eksport. Syarikat yang mengeluarkan produk
kerepek kebiasaannya menggunakan teknologi dan mekanisasi berskala besar
supaya mereka dapat menyediakan kerepek secara cepat dan kuantiti yang banyak
dengan menggunakan pelbagai alat seperti mesin penghiris kerepek dan mesin
penggoreng automatik.

Industri ini berkembang dengan nilai jualan yang melebihi RM150 juta kerana
permintaan yang banyak terutama untuk pasaran eksport dengan produk lebih
berkualiti dan merupakan penyumbang jualan terbesar dalam pertumbuhan industri
itu dengan sasaran jualan sebanyak RM102.1 juta dalam setahun yang terus
meningkat.

2.0 MATLAMAT :

Matlamat kami adalah untuk meluaskan pengetahuan dan memanfaatkan sumber


bahan mentah tempatan disamping dapat memberi peluang pekerjaan kepada
penduduk setempat.

3.0 OBJEKTIF :

i. Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.

ii. Menyumbang kepada ekonomi penduduk tempatan dan negara.

iii. Meningkatkan sektor pertanian dan perladangan.

iv. Mempromosikan produk keluaran tempatan ke seluruh dunia.

4.0 TEMA :

Nyam Nyam Kerepek

1
5.0 KUMPULAN SASARAN :

Pameran ini mensasarkan kepada para pelajar dan juga para pensyarah Kolej
Vokasional Sungai Buloh.

6.0 TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN :

Tarikh : 14 Mac 2023

Tempat Pelaksanaan : Di Dewan Inovatif Kolej Vokasional Sungai Buloh

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN :

Pameran Nyam Nyam Kerepek akan dibuat pada waktu pembentangan Penilaian
Berterusan yang akan dinilai oleh pensyarah bagi mengambil markah pelajar. Di
samping itu, pameran ini juga dapat berkongsi cita rasa setiap pelajar dan pensyarah
bagi merasai kesedapan kerepek yang dipamerkan. Justeru, perkara ini merupakan
satu pameran yang baik selaras dengan konsep pembentangan Penilaian Berterusan
yang diberikan oleh pensyarah.

Dalam merencanakan pameran ini, kami semua telah diberi tugas masing - masing
mengikut jawatankuasa yang diberikan oleh pengerusi. Oleh yang demikian, kami
telah melaksanakan kerja – kerja yang telah diberi mengikut jawatankuasa tersebut
agar pameran ini dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa apa – apa sebarang
halangan.

Dalam melaksanakan pameran ini, beberapa perbincangan telah dijalankan bagi


merangka kerja yang telah diberikan. Ini bertujuan agar setiap ahli jawatankuasa
dapat mendalami ilmu dan idea baharu tanpa sebarang masalah.

2
8.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK DAN AJK KECIL BERSERTA
BIDANG TUGAS :

JAWATAN NAMA
Penaung PUAN SARIWATI BINTI MOKHTAR

Pengerusi/Pengarah MUHAMMAD FARHAT QAYYIM BIN MOHD FAIRUDZ


Projek

Setiausaha RAHMADATUL SYAKINAH BINTI ABD HAMID

Bendahari MUHAMMAD DINIE SYAHMI BIN ABDUL HANIF

AJK Induk MUHAMMAD ARIFF BIN HASSAN (PERMAINAN)

ARIF ISKANDAR BIN KAMARUL AZMAN (IKS)

NIK AMIRUL AMEEN BIN NIK AB HALIM (MAKANAN)

MUHAMMAD ADAM SYAHMI BIN ALIZAN (PAKAIAN)

AJK Permainan ADAM HAFIEZ BIN NORAZIZAN

ARIEF SHAH PUTRA BIN AMINUDDIN

MUHAMMAD ADIB IRFAN BIN HAMZAH

MUHAMMAD ARIFF BIN HASSAN

MUHAMMAD NAJMIL AEIMAN BIN KHAIRUL ANUAR

AJK IKS AUFA HAMIZA BINTI ROSLAN

MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD ZURAIDI

AJK Makanan EYMAN BIN MOHD ZOOL KHAZRIN

WAN MUHAMMAD ARIF ZAKWAN BIN WAN MAZUKI

MUHAMMAD AFEEQ AIMAN BIN AZHAMBREE

AQIL SYAHMI BIN AZIZUL IKRAM

AJK Pakaian NIK MUHAMMAD BYHAKIM BIN NIK UFFANDI

MUHAMMAD AIDIL IRSHAD BIN HELMEY

NUR AIMAN NABIL BIN AIDIL ASHAR

3
9.0 JADUAL AKTIVITI PROGRAM :

MASA AKTIVITI

8.00 pagi - 9.00 pagi Setiap Ahli Jawatankuasa akan hadir


untuk mula menyusun dan bersiap
sedia untuk membentangkan bahan
pameran di tapak pameran.
9.00 pagi – 1.00 petang Aktivti pameran berlangsung.

1.00 petang – 2.00 petang Para pelajar dan pensyarah diberi ruang
untuk rehat dan mengerjakan solat.

2.00 petang – 5.00 petang Pameran bersambung semula selepas


rehat dan akan tamat sehingga lewat
petang. Para pelajar dan pensyarah
bersurai untuk pulang.

10.0 SUMBER KEWANGAN :

BIL SUMBER KEWANGAN JUMLAH

1. Ahli kumpulan Industri Kecil Dan Sederhana RM 6.00


(IKS) x 5 Orang

JUMLAH KESELURUHAN RM 30.00

4
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN :

BIL PERKARA UNIT JUMLAH

1. Kerepek Pedas Kering RM 6.30 X 1 Bungkus RM 6.30


(450 Gram)
2. Kerepek Pisang Manis RM 8.50 X 1 Bungkus RM 8.50
(200 Gram)
3. Kerepek Ubi Masin (190 Gram) RM 3.50 X 1 Bungkus RM 3.50

4. Kerepek Ubi BBQ (190 Gram) RM 4.50 X 1 Bungkus RM 4.50

5. Kerepek Belinjau (400 Gram) RM 6.00 X 1 Bungkus RM 6.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 28.80

12.0 PENUTUP :

Secara lazimnya, kami bersyukur kerana kertas kerja ini dapat diselesaikan dengan
jayanya. Kesimpulannya, banyak kelebihan yang kita boleh perolehi daripada produk
Industri Kecil dan Sederhana (kerepek) ini. Diantaranya, negara dapat
mempromosikan produk keluaran tempatan menjadi sebagai salah satu produk yang
perlu diperkenalkan kepada pelancong-pelancong luar yang datang ke Malaysia. Oleh
itu, masyarakat haruslah menyokong dengan cara membeli produk keluaran tempatan
agar dapat meningkatkan taraf hidup para peniaga disamping dapat meningkatkan
ekonomi negara.

Anda mungkin juga menyukai