Anda di halaman 1dari 7

NO TEL: 019-8810074 EMAIL: kafamar17@gmail.

com

Ruj. Kami : KAFA/MAR/01/06-2021


Tarikh : 20 OKTOBER 2021

Kepada :
YB DATUK SERI RINA BINTI MOHD HARUN
PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT
PARLIMEN TITIWANGSA
DESA PANDAN KUALA LUMPUR

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

YBHG DATUK SERI,

MEMOHON DANA PROJEK TULISAN KHAT / KALIGRAFI PADA DINDING BANGUNAN SEKOLAH
Dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas,

Sukacita ingin memaklumkan bahawa Pihak Sekolah KAFA Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan
bercadang untuk menambah-baik atau mencantikkan lagi bangunan Sekolah dengan menambah tulisan
Khat / Kaligrafi pada dinding bangunan Sekolah supaya dapat menambahkan lagi suasana yang lebih ceria
kepada Murid-murid disamping dapat menggalakkan budaya membaca dalam kalangan orang dewasa dan
anak-anak. Hal ini juga adalah kerana Bangunan Sekolah berada didalam pagar Masjid menyebabkan orang
ramai tidak tahu bahawa didalam Kawasan Masjid juga terdapat sebuah Sekolah.

2. Sehubungan itu Pihak sekolah ingin memohon kepada YBHG Datuk Seri sekiranya sudi menghulurkan sedikit
sebanyak bantuan disamping dapat meringankan beban Pihak Sekolah . Jumlah dana yang diperlukan adalah
sebanyak RM23,520.00 .

3. Seterusnya , Kami lampirkan kertas kerja Bersama dengan sebut harga ( jumlah keseluruhan Projek Tulisan
Khat / Kaligrafi pada dinding bangunan Sekolah) .

Kerjasama dan keprihatinan YBHG Datuk Seri berhubung perkara di atas amatlah dihargai Sekian,Wassalam.

“KECEMERLANGAN ANAK-ANAK TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

Saya Yang Menjalankan Amanah

-----------------------------------------------------
ABDUL MATIN BIN ABDULLAH SANI
(KETUA GURU KAFA MASJID AR-RAHIMAH)
KERTAS KERJA

HIASAN DINDING TULISAN KHAT-KALIGRAFI

SEKOLAH KAFA MASJID AR RAHIMAH KAMPUNG PANDAN 55100


KUALA LUMPUR

PENDAHULUAN
Kaligrafi merupakan salah satu bentuk kesenian dan kebudayaan islam yang
memartabatkan islam dari sudut kemahiran penulisan,ianya mendedahkan
berkaitan seni dan kebudayaan penulisan menurut perspektif islam,secara tidak
langsung ianya juga dapat memberi pengetahuan kepada murid-murid dalam
penulisan jawi dan al-quran

OBJEKTIF
i. Memberikan pendedahan tentang jenis tulisan dan gaya khat dan jawi.
ii. Memberikan pendedahan teknik yang betul tentang kaedah asas
penulisan khat
iii. Belajar menulis dan menghayati keindahan tulisan khat
iv. Menyemai semangat cintakan seni khat dan jawi
v. Mencapai ketenangan jiwa melalui seni khat

TARIKH PERLAKSAAN
November 2021

KONTRAKTOR
NORMOHAMAD RIZALMAN ENTERPRISE (003330986-D)
CONTOH HASIL KERJA SENI KALIGRAFI DARI NORMOHAMAD RIZALMAN
ENTERPRISE

2
3
4
KOS PERLAKSANAAN

No Item Kuantiti Ukuran Total Harga sekaki Harga keseluruhan (rm)

Rm10.00
1 Blok Pagar Besar 22 15 x 6 kaki 90 kaki persegi 19800.00
sekaki

Rm10.00
2 Blok Pagar Kecil 2 9 x 6 kaki 54 kaki persegi 1080.00
sekaki

Rm10.00
3 Pentas Perhimpunan 1 12 x 7 kaki 84 kaki persegi 840.00
sekaki

Rm10.00
4 Bilik Guru 2 15 x 6 kaki 90 kaki persegi 1800.00
sekaki

Jumlah Keseluruhan (rm) 23520.00

PENUTUP
Adalah menjadi harapan kepada para pelajar-pelajar agar lebih mendalami
kesenian dan keindahan tulisan khat dan melengkapkan diri dengan kemahiran
berkaitan tulisan khat,Selain itu para pelajar dapat mencungkil bakat-bakat yang
terpendam melalui pengenalan asas tulisan khat dan dipaktikkan di dalam
pembelajaran seharian.

5
SEKIAN TERIMA KASIH,

YANG BENAR,

........................................
(PENYELARAS PROJEK)
NAMA : NORMOHAMAD RIZALMAN BIN NOKMAN
NAMA PERNIAGAAN : NORMOHAMAD RIZALMAN ENTERPRISE
NO PENDAFTARAN : (00330986-D)

Anda mungkin juga menyukai