Anda di halaman 1dari 2

IMBUHAN AKHIRAN (-kan, -an & -i)

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. (Kombinasi Soalan Semua Pelajar)

1. Tolong _____________________ (letak) beg ini di atas meja itu.

2. Jangan ___________________ (dekat) pemuda itu kerana dia kepala angin.

3. __________________________ (pamer) itu akan diadakan selama sebulan.

4. Tolong _____________________ (pamer) lukisan itu di ruang tamu.

5. ______________________ (latih) yang diberi oleh Cikgu Ismail sangat merunsingkan.

6. Abang saya sedang menyiapkan ___________________ (tugas) yang diberikan oleh guru.

7. Bapa saya menerima ______________ (rawat) di klinik kesihatan.

8. Kos ____________________ (rawat) penyakit kanser dianggarkan di antara RM40, 000 hingga
RM300, 000.

9. Sesiapa yang berminat menyertai _______________ ( lawat) itu, sila beritahu guru kelas.

10. Saya telah _______________ (serta) acara lumba lari pada Hari Sukan yang lalu.

11. ______ (Ajar) ibu bapa harus kita patuhi selalu.

12. “Tolong ______ (sampai) salam saya kepada keluarga kamu, “kata Rosana kepada Faiza.

13. Tanah Tinggi Cameron pernah saya _____ (lawat) pada tahun lepas.

14. Pelbagai jenis alat _____ (main) kanak-kanak dijula di kedai itu.

15. Persembahan artis yang terkenal itu mendapat _____ (tepuk) yang gemuruh daripada para
penonton.

16. _____ (Semak) keputusan peperiksaan itu boleh dibuat melalui internet.

17. “______ (Hentak) kaki kamu mengikut muzik yang dimainkan ,” kata Cikgu Nazira kepada murid-
muridnya.

18. “Tolong _____ (kacau) kopi itu untuk adik kamu,” kata emak kepada Hezma.

19. “Mimpi yang saya ______ (alam) itu sungguh menakutkan,” kata Chin Sue kepada Rajan.

20. ______ (Cadang) Kumpulan Bestari memang bernas dan sesuai dengan terma.

21. _______ (Kutip) derma yang dilakukan oleh badan kebajikan itu bertujuan untuk membantu anak
yatim.

22. Tolong ____ (catat) perkara-perkara penting yang disampaikan oleh guru kelas.
23. ______ (Hadap) cabaran itu dengan hati yang cekal.

24. Acara yang kami _____ (serta) semasa Hari Sukan ialah lompat tinggi.

25. Kita menempuh beberapa ______ (halang) sebelum berjaya menamatkan perlumbaan.

26. Radio yang rosak itu telah abang saya ____ (baik).

27. “_____ (Cantum) titik-titik itu supaya menjadi satu bentuk,” kata Selina kepada kawannya.

28. “____ (Lukis) satu gambaran haiwan yang kamu sukai,” kata Cikgu Phang kepada Qi Rui.

29. Murid-murid membaca petikan yang terdapat dalam buku teks dengan ______ (sebut) yang betul.

30. Ahli keluarga yang paling saya _____ (sayang) ialah nenek.

31. _____ (Bantu) kemanusiaan itu disalurkan kepada mangsa-mangsa tsunami di Jepun.

32. Ada banyak bahan __________ (baca) di perpustakaan.

33. Makanan manis perlu kita _________ (hindar).

Anda mungkin juga menyukai