Anda di halaman 1dari 1

Nama: M.

Gantarupinei Tahun : 5

ULASAN

Himpunan Cerita Haiwan Teladan

Hi, kawan-kawan saya M.Gantarupinei berumur 11.Saya belajar di SJK(T) Bentong.


Hobi saya ialah membaca buku dan melukis. Saya berasa amat teruja untuk kongsikan
mengenai sebuah buku cerita yang telah saya baca. Ia itu buku cerita yang bertajuk Haiwan
Teladan.Di dalam buku cerita ini terdapat banyak isi menarik. Jom kita dengarkan. Buku ini
adalah hasil karya Encik Mohd Faizal bin Mohd Zulkifly. Ia diterbitkan pada tahun 2017 oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku menarik ini mempunyai 50 halaman bercetak dengan 10
cerita yang yang sangat menarik.Buku ini adalah salah satu koleksi cerita nilai-nilai murni a.
Ia juga mendorong pembaca menyedari betapa pentingnya nilai-nilai murni dalam kehidupan
sesorang..

Dalam 10 cerita yang diberikan saya ingin berkongsi cerita yang bertajuk ayam
kampung dengan ayam hutan. Ianya adalah ksah tentang dua ekor ayam hutan yang bernama
Kuning dan Hitam. Suatu hari Kuning dan Hitam berjalan sampai di hujung hutan dan
ternampak sebuah kampung. Mereka nampak padi yang telah mula masak da ada yang telah
dituai.

Kuning ajak Hitam untuk makan padi di kampung tersebut. Hitam tidak mahu berbuat
demikian dan mengingati nasihat ibubapa. Kuning tidak mendengar nasihat Kuning dan
menuju ke tempat simpanan padi.. Jadi Hitam terpaksa ikut Kuning. Mereka makan hasil padi
dengan kenyang.. Kuning dan Hitam berbuat demikian beberapa kali.Perkara ini telah
diketahui oleh petani dan mereka cuba tangkap dua ekor ayam ini. Suatu hari dua ekor ayam
ini cuba menikmati makanan di situ tiba-tiba Hitam termasuk dalam perangkap petani
manakala Kuning larikan diri.Petani cuba menangkap Kuning tetapi tidak berjaya.Dia
membaling sebatang kayu dan berjaya mengenai Kuning.Kaki Kuning cedera. Kuning
berusaha untuk bangun dan melarikan diri masuk ke dalam hutan tanpa Hitam.

Kisah Kuning dan Hitam selalu diceritakan kepada keturunan masing-masing sebagai
pengajaran.Saya sangat suka semua cerita di dalam buku ini. Semua cerita sangat seronok
untuk dibaca. Jom kita baca . Sekian,Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai