Anda di halaman 1dari 2

Nama: M.

Gantarupinei Tahun : 5

ULASAN

Impian Seorang Jaguh

Hi, kawan-kawan saya M.Gantarupinei berumur 11 tahun. Saya belajar di SJK(T)


Bentong. Hobi saya ialah membaca buku dan melukis. Saya berasa amat teruja untuk
kongsikan mengenai sebuah novel yang telah saya baca. Tajuk novel tersebut ialah Impian
Seorang Jaguh Jom kita dengarkan.

Impian seorang jaguh ialah sebuah novel kontemporari yang merangkumi tema
berkaitan dengan motivasi untuk memburu kejayaan dalam kehidupan dengan menempuh
pelbagai kesukaran dan cabaran.Novel yang berunsurkan realiti kehidupan ini menyelitkan
unsur-unsur motivasi diri yang dapat dipraktikan dalam kehidupan remaja termasuklah berani
dan bercita-cita tinggi,tidak mudah berputus asa, gigih, bersemangat tinggi, tabah dan
sebagainya. Novel ini diharapakan dapat membina motivasi remaja kearah menjadi generasi
yang gigih bagi memburu kejayaan daam kehidupan.Novel ini adalah hasil karya
Puan.Suhaida Azmi. Ia diterbitkan pada tahun 2007 oleh Plasma Techfore Sdn.bhd. Novel ini
mempunyai 93 halaman bercetak dengan gambar. Novel ini mendorong pembaca menyedari
betapa pentingnya nilai-nilai murni dalam kehidupan seseorang..

Novel ini adalah kisah tentang seorang pelajar bernama Adam. Adam merupakan
seorang pelajar yang rajin dan pintar.Baik dalam akademik mahu pun sukan. Dia meminati
sukan bola sepak dan bercita-cita untuk memasuki sekolah Sukan Bukit Jalil sekaligus ingin
menjadi seorang pemain bola sepak professional. .Setiap petang Adam akan dibawa oleh
bapanya ke padang untuk bermain bola.

Adam mempunyai tiga sahabat rapat iaitu Faisal,Lim dan Linggam. Mereka berempat
sentiasa bersama. Walaupun Lim dan Linggam tidak beberapa meminati sukan bola sepak
tetapi mereka berdua sentiasa menyokong Adam dan Faisal untk menyertainya. Ibu Adam
pula diserang penyakit angin ahmar hampir dua tahun.Sebagai anak sulung sudah tentu
menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga emaknya yang lumpuh..Adik Siti yang
menguruskan segala keperluan mereka sekeluarga seperti memasak,mengemas rumah dan
sebagainya. Adam bersyukur kerana masih mampu hidup gembira walaupun pelbagai
masalah menimpa keluarganya.
Adam dan adiknya juga masih meneruskan perjalananannya untuk mencapai impian
masing-masing. Adam telah menyertai latihan dan pemilihan pemain bola sepak bagi pasukan
sekolahnya.Dia juga berjaya dipilih mewakili sekolah selepas 3 penilaian dijalankan oleh
cikgu Hamid.Pemilihan Adam sebagai pemain utama dalam pasukan sekolah telah dibenci
oleh pelajar bernama Rosli iaitu anak pengetua sekolahnya. Rosli dan kawan-kawannya
selalu mnenyindir Adam disebabkan ayahnya tukang kebun.Rosli juga tidak mahu Adam
bermain untuk pasukan sekolah. Dia cuba melakukan perkara yang tidak baik terhadap Adam
untuk menghalangnya.

Walaubagaimanapun Adam terus menunjukkan prestasi yang baik dan


memberangsangkan semasa semua perlawanan bola sepak.Terutamanya dalam perlawanan
separuh akhir peringkat daerah permainananya amat memberangsangkan.. Ini telah
menyebabhakan kebencian Rosli terhadap Adam semakin meningkat. Keadaan ini telah
menyebabkan Rosli semakin agresif dan bermain kasar semasa perlawanan separuh akhir
peringkat daerah.Pergaduhan kecil juga telah tercetus antara kedua-dua pasukan.Penonton
semakin tidak puas hati terhadap Rosli.

Setelah tamat perlawanan kebanyakkkan pemain pulang ke ruah masing-


masing.sementara itu, Rosli terpaksa pulang sendirian hari tu.Ketika melalui sebatang lorong
Rosli telah ditahan ole sekumpulan pelajar iaitu penonton yang tidak berpuas hati denganya
di padang tadi.Kumpulan pelajar itu terus memukul Rosli.Pada waktu itu Adam dan kawan-
kawannya lalu di kawasan lorong tersebut dan endengar bunyi bising seperti orang sedang
bergaduh. Mereka cuba menghalang kumpulan pelajar dari terus bergaduh tetapi akhirna
salah seorang pelajar mencapai sebatang kayu lalu memukul kaki Adam sehingga berdarah.

Adam tealah dimasukkan ke bilik ICU.Doktor yang merawat Adam menjelaskan


bahawa Adam tidak dapat bermain bola buat sementara waktu.Rosli berasa bersalah terhapa
Adam kerana dialah Adam jadi begitu. Dia telah terhutang budi kepada Adam. Rosli juga
meminta maaf kepada Adam dan ayahnya. Sejak kejadian itu juga hubungan antra Rosli dan
Adam bertambah baik. Perlawanan akhir bola sepak semakin hampir. Mampukah sekolahnya
berjaya tanpa kehadiran Adam dalam pasukannya? Berjayakah adam mencapai cita-citanya
memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Nak tahu keputusannya Jom baca bersama-sama.. Sekian,Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai