Anda di halaman 1dari 2

T

TEMA : SABAR DAN TABAH

ADIWIRA NEGARA

Adiwiraku

Kau ibarat lilin menerangi insan lain

Kau sanggup berkorban tanpa takut hilang nyawa

Kau sedia berperang walaupun kau akan terkorban

Kau sentiasa sabar dan tabah dalam menjalankan amanah

Adiwiraku,

Kau mampu menahan kepanasan, keperitan tanpa rintihan

Berjuang dan terus berjuang tanpa keluhan

Tanpa diberitahu bila pengakhiran

Kau terima sahaja setiap cemuhan, hinaan, cacian

Kau cekal tabah hadapi masalah mendatang

Ajal maut di tangan sang pencipta ,

Kau tetap berusaha selagi terdaya hingga takdir atasi segala

Adiwiraku,

Biar si kancil dengar ceritanya

Biarlah si gagak terus dirimba

Biar si belang terus di belantara

Tapi kau terus setia berbakti pada negara


T

Adiwiraku

ikrarmu terpahat di sukma

ikrar pada bangsa agama dan nusa

ikrarmu pada qalam fardu kifayah

ikrarmu pada pahala yang menanti di alam barzah

Teruskan langkahmu walaupun lesu

Keranamu sirna hilang derita terima kasih adiwiraku….

Farihah 28/05/ 2022

Anda mungkin juga menyukai