Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum Tuan,

Kpd,

Tuan Mohd Zuhaimi,

Radicare (M) Sdn. Bhd.

15200, Kota Bharu

Kelantan.

Permohonan Jawatan Penolong Jurutera/Jurutera di Radicare (M) Sdn,


Bhd Kelantan.

Selamat Sejahtera Tuan Mohd Zuhaimi, saya Muhammad Ammar Fathi Bin
Kamaruzaman, Jurutera Professional yang mempunyai hampir 5 tahun
pengalaman bekerja dalam berbagai sektor kejuruteraan.

Saya ingin menyatakan minat saya untuk memohon jawatan Penolong


Jururtera/Jurutera seperti yang diiklankan oleh syarikat Tuan

Saya merupakan graduan ijazah Kejuruteraan Mekanikal dan Diploma


Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan
percaya ilmu yang diperolehi boleh diaplikasikan di alam pekerjaan dengan
sebaiknya.

Paling penting sekali, saya berpeluang untuk bekerja dengan para


profesional yang berpengalaman. Mereka telah mengajar saya cara
memahami pengurusan pekerjaan dari segi pengurusan waktu, sumber
manusia dan pengurusan bahan.

Dengan surat permohonan ini, saya lampirkan resume dan sijil-sijil saya
untuk pertimbangan Tuan sepenuhnya. Terima kasih kerana meluangkan
masa untuk menyemak permohonan saya dan saya menantikan maklum
balas Tuanuntuk perbincangan lebih lanjut.

Sekian, terima kasih.

Ammar Fathi

011-294xxx28

Anda mungkin juga menyukai