Anda di halaman 1dari 1

Mohamad Hairunnizam Bin Murad (MPP182005)

120 XB1, Kolej Dato Onn Jaafar,


Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Skudai, JOHOR.
012-4149635

Kepada Sesiapa yang berkenaan 10 Oktober 2019

MOHON PERSETUJUAN DAN KERJASAMA UNTUK MENDAPATKAN


MAKLUMBALAS

Perkara di atas adalah dirujuk

Saya sedang menjalankan satu kajian mengenai ‘Aplikasi Pembelajaran Berasaskan


Projek (PBP) menerusi kursus Projek Tahun Akhir (PTA) dalam Program Teknologi
Automotif di Kolej Vokasional’ dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) Program Teknologi. Kajian ilmiah ini bertujuan untuk memenuhi
sebahagian daripada beberapa syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjana Pendidikan (Master)
dalam bidang Pendidikan Teknik dan vokasional di Universiti Teknologi Malaysia, Johor
Bahru.

2. Salah satu instrumen yang saya gunakan adalah pemerhatian, senarai semak
dan dokumentasi bagi tujuan mendapatkan pernyataan masalah kajian ini. Oleh yang
demikian, saya mohon jasa baik dan persetujuan Tuan/Puan untuk mendapatkan
maklumbalas bagi mengukuhkan dan memantapkan lagi kajian yang ingin dilaksanakan.

3. Bagi tujuan itu, saya mohon kerjasama daripada Tuan/Puan untuk meluangkan
masa untuk berkongsi ilmu dan bai mendapatkan maklumbalas daripada tenaga pengajar
Program Teknologi Automotif. Saya difahamkan pada 16 Oktober 2019 pelajar Program
Teknologi Automotif akan membuat pembentangan PTA. Saya amat berbesar hati kiranya
Tuan/Puan dapat memberi jawapan kepada permohonan saya ini.

Saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Sekian, Terima Kasih

Yang benar,

(MOHAMAD HAIRUNNIZAM BIN MURAD)

Anda mungkin juga menyukai