Anda di halaman 1dari 1

iTaLiiC 2023

International Teaching and Learning Invention Innovation Competition

Soccer Goal Post Movement JIG


* Mohamad Haziq Haikal Zainuri1, Muhamad Azim Mohd Shakiri2, Muhamad Naim Muhamad
Roshidi3 , Muhammad Farhan Mohd Azizul4, Mohd Dinie Hafiq Adam5
1
Mohamad Haziq Haikal Bin Zainuri / Kolej Vokasional Batu Pahat
hhaikal0908@gmail.com
2
Muhamad Azim Bin Mohd Shakiri / Kolej Vokasional Batu Pahat
azimshakiri2020@gmail.com
3
Muhammad Farhan Bin Mohd Azizul / Kolej Vokasional Batu Pahat
paanazizul@gmail.com
4
Muhamad Naim Bin Muhamad Roshidi / Kolej Vokasional Batu Pahat
muhamadnaim190604@gmail.com
5
Mohd Dinie Hafiq Adam / Kolej Vokasional Batu Pahat
diniehafiq93@gmail.com

Abstract

Mereka bentuk “Soccer Goal Post Movement Jig” ini merupakan idea yang tercetus bedasarkan
permasalahan yang berlaku di kalangan warga Kolej Vokasional Batu Pahat (KVBP) iaitu ketika ingin
menggunakan padang sukan kolej bagi acara-acara lain selain sukan bola sepak. Proses memindahkan
gawang goal bola sepak amat sukar kerana saiz yang besar serta sangat berat. Kaedah lama iaitu
mengangkat secara beramai-ramai sangat merisikokan. Proses memindahkan gawang gol bola sepak
dengan kaedah lama ini boleh mengakibatkan kecederaan dan kemalangan kepada manusia disamping
merosakkan struktur bentuk gawang gol bola sepak tersebut. Oleh itu, idea mereka bentuk “Soccer Goal
Post Movement Jig” ini adalah jalan penyelesaian yang sangat baik. Bedasarkan tujuan utama projek ini
adalah untuk membantu mengurangkan risiko kecederaan dan kemalangan semasa proses memindahkan
gawang gol bola sepak. Selain itu, mengurangkan tenaga manusia untuk untuk proses permindahan
gawang gol bola sepak. Dan mengurangkan kerosakan dan penyelengaraaan terhadap gawang gol bola
sepak tersebut. Objektif projek ini adalah mereka bentuk “Soccer Goal Post Movement Jig”, seterusnya
membangunkan “Soccer Goal Post Movement Jig” yang mesra pengguna dan menguji projek ini untuk
diguna pakai kususnya kepada warga KVBP. Akhir sekali, ia memudahkan semua warga KVBP untuk
memindahkan gawang gol bola sepak tanpa melibatkan kaedah lama yang merisikokan. Kesimpulannya,
“Soccer Goal Post Movement Jig” ini merupakan projek inovasi yang sesuai dipasarkan di mana-mana
tempat yang melibatkan padang dan acara kesukanan kerana banyak manfaat dan kemudahan yang boleh
diperolehi daripada kebaikkannya.

Anda mungkin juga menyukai