Anda di halaman 1dari 2

Tarikh : 06 SEPTEMBER 2022

Ahmaddi Bin Norin


Lot 5405 Kampung Bukit Napi
Jalan Lubuk Kawah
28000 Temerloh, Pahang ( Tel : 010-3168841 )

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong
Felda Mempaga, 28600 Karak, Pahang
U/P : Ketua Warden Asrama Putera

Tuan,
PERMOHONAN KEBENARAN UNTUK MEMBAWA KOMPUTER RIBA (LAPTOP)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya dengan rendah hati, ingin membuat permohonan kebenaran untuk anak jagaan saya
membawa komputer riba( laptop) bagi tujuan menyediakan bahan-bahan untuk majalah sekolah.
Maklumat anak jagaan dan laptop adalah seperti berikut :

Nama : Alif Syahmi Bin Ahmaddi ( 4 Ibn Nafis ) IC : 060923-06-0533


Jenis Laptop : Asus
3. Untuk makluman pihak tuan, saya membuat permohonan ini adalah kerana anak saya telah
dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Majalah Rasmi Sekolah bermula September 2022. Komputer riba
ini akan disimpan oleh guru pembimbing iaitu Ustazah Sharifah Satrah Binti Syed Mashhor .
Manakala penggunaannya adalah mengikut keperluan tugasan yang telah diberikan dari masa ke
semasa. Dengan adanya laptop ini akan memudahkan kerja-kerja untuk penyediaan bahan terbitan
bagi majalah sekolah akan datang.

4. Harapan saya agar permohonan saya ini dipertimbangkan oleh pihak tuan. Kerjasama yang
diberikan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. Terima Kasih.

Yang Benar,

………………………………….

(AHMADDI BIN NORIN)

Anda mungkin juga menyukai