Anda di halaman 1dari 6

KOMUNITI RUKUN TETANGGA

KERTAS KERJA

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA IMAM SHEIKH MALEK


YAMANI (YAMAN)

TARIKH
17/4/2022

TEMPAT
MASJID AS-SAADAH
KAMPUNG BANGGOL SENA

PENGANJUR

KOMUNITI RUKUN TETANGGA


KAMPUNG BANGGOL SENA

|Page
Tajuk
Majlis Berbuka Puasa Bersama Imam Sheikh Malek Yamani (Yaman)

Tujuan

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan dari pihak Pengarah Jabatan
Perpaduan Negara dan Integriti Nasional Negeri Perlis, bagi membolehkan Komuniti Rukun
Tetangga (KRT) Kampung Banggol Sena dapat menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama
Imam Sheikh Malek Yamani dari Yaman beserta penduduk. Diharapkan supaya program ini
dapat dipertimbangkan dengan peruntukan yang diusulkan dan seterusnya dapat
menganjurkan Majlis Berbuka Puasa ini.

Latarbelakang
Rakyat Malaysia sememangnya terkenal sebagai sebuah masyarakat yang sangat prihatin,
baik budi serta rajin meraikan tetamu yang bertandang. Justeru itu, dalam menjamin
kelangsungan ukhwah sesama masyarakat Islam yang merentasi antara negara, maka satu
aktiviti yang melibatkan penglibatan semua komuniti adalah perlu dilaksanakan demi
mencapai matlamat perpaduan dan kehormonian.

Matlamat
Program ini adalah merupakan salah satu pengisian dalam program tahunan KRT Kampung
Banggol Sena. Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, penduduk Kampung Banggol Sena
mendapat seorang jemputan imam berasal dari negara Yaman, bagi meraikan kedatangan
serta membuka peluang bagi penduduk kampung datang ke masjid serta mengimarahkan
masjid, KRT Kampung Banggol Sena berhasrat untuk menganJurkan Majlis Berbuka Puasa
Penduduk Kampung Banggol Sena Bersama Imam Sheikh Malek Yamani. Melalui program
ini, diharap seluruh komuniti KRT Kampung Banggol Sena akan dapat hadir dan
mengeratkan hubungan silaturrahim diantara penduduk.

|Page
Objektif
1. Memupuk semangat keluarga seislam

2. Memupuk semangat perpaduan, kasih sayang dan kerjasama antara komuniti.

3. Memperkasakan amalan gaya hidup bermasyarakat

4. Melahirkan generasi yang tahu menghargai dan sayang kepada bangsa, agama dan
negara.

Maklumat Program
1. Tarikh : 17/4/2022
2. Masa : 6.00 – 8.00 malam
3. Hari : Ahad
4. Tempat : Masjid Nur As-Saadah

Penyertaan

Terbuka kepada semua warga komuniti Kampung Banggol Sena serta penduduk setempat

|Page
Jawatankuasa Pelaksana

Penaung: Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional Negeri Perlis,
Tingkat 2, Bangunan Tun Abdul Razak,
01000 Kangar, Perlis.

Penasihat: Pegawai
Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional Negeri Perlis,
Tingkat 2, Bangunan Tun Abdul Razak,
01000 Kangar, Perlis.

Pengerusi: Sazali Bin Saad,


Pegerusi KRT Kampung Banggol Sena,
Mata Ayer, Perlis.

Timbalan Pengerusi: Omarhan Bin Ismail,


Pegerusi KRT Kampung Banggol Sena,
Mata Ayer, Perlis.

Setiausaha: Jamilah Binti Haji Ramli,


Setiausaha KRT Kampung Bangool Sena,
Mata Ayer, Perlis.

Ahli Jawatankuasa : Semua AJK KRT Kampung Banggol Sena


/Jawatankuasa Kerja

Aturcara Program
Tarikh Masa Aktiviti

6.00 Petang Majlis Berbuka Puasa Penduduk Kampung banggol Sena Bersama
16/4/2022 - Iman Sheikh Malek Yamani bersama penduduk kampung anjuran
8.00 Malam KRT Kampung Banggol Sena

|Page
Perbelanjaan

Bil Butiran Jumlah (RM)


1 Beras & bahan-bahan
80
• 20 Kg Beras
• Bahan-Bahan 320

400

(Ringgit Malaysia: Empat Ratus Ringgit Sahaja)

|Page
Penutup

Semoga kertas kerja penganjuran program ini mendapat kelulusan dari pihak Pengarah
Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasiona Negeri Perlis. Diharapkan dengan adanya program
seumpama ini dapat meningkatkan lagi semangat perpaduan antara komuniti serta setiap
lapisan peringkat umur dan berupaya memupuk semangat ukhwah yang tinggi dalam
kalangan penduduk Kampung Banggol Sena. Berbekal prinsip musyawarah, istiqamah,
samarata, saksama dan sederhana yang menunjangi KRT ini, diharapkan program ini
berupaya menjadi pemangkin kepada kelangsungan semangat Keluarga Malaysia

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

…………………………………………………..…… …………………………………………………..……
(........................................................) (........................................................)
Setiausaha, Pengerusi,
KRT Kampung Banggol Sena, KRT Kampung Banggol Sena,
Mata Ayer, Perlis. Mata Ayer, Perlis.

Tarikh: _____________________ Tarikh: _____________________

|Page

Anda mungkin juga menyukai