Anda di halaman 1dari 6

KOMUNITI RUKUN TETANGGA

KERTAS KERJA

HARI SUKANEKA KRT BANGGOL SENA 2022

TARIKH
28/8/2022

TEMPAT
MASJID AS-SAADAH
KAMPUNG BANGGOL SENA

PENGANJUR

KOMUNITI RUKUN TETANGGA


KAMPUNG BANGGOL SENA

|Page
Tajuk
Hari Sukaneka KRT Banggol Sena 2022

Tujuan

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan dari pihak Pengarah Jabatan
Perpaduan Negara dan Integriti Nasional Negeri Perlis, bagi membolehkan Komuniti Rukun
Tetangga (KRT) Kampung Banggol Sena dapat menganjurkan Hari Sukaneka KRT Banggol
Sena 2022 bersama penduduk. Diharapkan supaya program ini dapat dipertimbangkan
dengan peruntukan yang diusulkan dan seterusnya dapat menganjurkan Majlis Berbuka
Puasa ini.

Latarbelakang
Rakyat Malaysia sememangnya terkenal sebagai sebuah masyarakat yang sangat aktif, hidup
bermasayarakat, majmuk serta saling hormat menghormati. KRT berpeluang menjadi
platfom bagi masyarakat meneruskan kehidupan yang bermasyarakat sesuai dengan
kelaziman rakyat Malaysia, maka satu aktiviti yang melibatkan penglibatan semua komuniti
perlu dilaksanakan demi mencapai matlamat perpaduan dan kehormonian.

Matlamat
Program ini adalah merupakan salah satu pengisian dalam program tahunan KRT Kampung
Banggol Sena. Diharapkan program seperti in dapat memupuk keyakinan dan sikap tidak
berputus asa dalam diri para peserta, mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta dan
membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif. Members peluang kepada peserta dalam
menunjukkan bakat masing masing. Selain itu, memberi AJK KRT Banggol Sena untuk
mencorakkan idea melalui aktiviti-aktiviti sukaneka yang dijalankan dan melahirkan nilai-
nilai murni dalam diri separate bekerjasama, rajin dan bertanggungjawab. Program ini juga
memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi, memperoleh
pengalaman dan memperkembang kemahiran, pengetahuan dalam sukan tradisional yang
terdapat dalam aktiviti sukaneka yang dijalankan. Melalui program ini, diharap seluruh
komuniti KRT Kampung Banggol Sena akan dapat hadir dan mengeratkan hubungan
silaturrahim diantara penduduk.

|Page
Objektif
Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama,
persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti permainan
sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif dikalangan peserta
dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu, sukaneka ini juga secara tidak
langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut aktif dan seronok menjalankan aktiviti
yang menarik dan produktif.

Maklumat Program
1. Tarikh : 28/8/2022
2. Masa : 8.00 pagi– 7.00 petang

3. Hari : Ahad
4. Tempat : Masjid Nur As-Saadah, Kg. Banggol Sena.

Penyertaan

Terbuka kepada semua warga komuniti Kampung Banggol Sena serta penduduk setempat

|Page
Jawatankuasa Pelaksana

Penaung: Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional Negeri Perlis,
Tingkat 2, Bangunan Tun Abdul Razak,
01000 Kangar, Perlis.

Penasihat: Pegawai
Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional Negeri Perlis,
Tingkat 2, Bangunan Tun Abdul Razak,
01000 Kangar, Perlis.

Pengerusi: Sazali Bin Saad,


Pegerusi KRT Kampung Banggol Sena,
Mata Ayer, Perlis.

Timbalan Pengerusi: Omarhan Bin Ismail,


Pegerusi KRT Kampung Banggol Sena,
Mata Ayer, Perlis.

Setiausaha: Jamilah Binti Haji Ramli,


Setiausaha KRT Kampung Bangool Sena,
Mata Ayer, Perlis.

Bendahari: Mohamad Khudri Bin Moahamd Jelanan,


Bendahari KRT Kampung Bangool Sena,
Mata Ayer, Perlis.

Ahli Jawatankuasa : Semua AJK KRT Kampung Banggol Sena


/Jawatankuasa Kerja

Aturcara Program

|Page
Tarikh Masa Aktiviti

8.00 Pagi - Pendaftaran


28/8/2022 - - Minum pagi
7.00 Petang
Acara Sukaneka Bermula
- Pertandingan Mewarna kanak-kanak
- Game Online ‘Mobil Legend’
- Aspek Wanita (Garam belacan)
- Bowling Kelapa
- ‘Mengai’ Botol
- Bomba Span
- Tiup Belon
- Kutip Coklat
- Mengai Ikan Puyu

- Penyampaian hadiah

- Bersurai

Perbelanjaan

Bil Butiran Jumlah (RM)


1 Hadiah 1300

2 Makan & Minum


- Sarapan Pagi 250

- Makan Tengah Hari


1000
- Minum Petang 250
3 Alat tulis / perbelanjaan lain. 200

JUMLAH 3000

(Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Ringgit Sahaja)

|Page
Penutup

Semoga kertas kerja penganjuran program ini mendapat kelulusan dari pihak Pengarah
Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasiona Negeri Perlis. Diharapkan dengan adanya program
seumpama ini dapat meningkatkan lagi semangat perpaduan antara komuniti serta setiap
lapisan peringkat umur dan berupaya memupuk semangat ukhwah yang tinggi dalam
kalangan penduduk Kampung Banggol Sena. Berbekal prinsip musyawarah, istiqamah,
samarata, saksama dan sederhana yang menunjangi KRT ini, diharapkan program ini
berupaya menjadi pemangkin kepada kelangsungan semangat Keluarga Malaysia

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

…………………………………………………..…… …………………………………………………..……
(........................................................) (........................................................)
Setiausaha, Pengerusi,
KRT Kampung Banggol Sena, KRT Kampung Banggol Sena,
Mata Ayer, Perlis. Mata Ayer, Perlis.

Tarikh: _____________________ Tarikh: _____________________

|Page

Anda mungkin juga menyukai