Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN E-SPORT MOBILE LEGENDS SK

LAKSAMANA DAERAH KOTA TINGGI

KELAYAKAN PEMAIN
1. Terbuka kepada murid yang bersekolah di SK Laksmana, Kota Tinggi Johor
sahaja.
2. Peserta perlu menggunakan nama dan no id yang telah didaftarkan.
3. Penyertaan terbatal secara automatik sekiranya peserta menukar nama dan no id
ML .

PERATURAN UMUM
1. Terbuka kepada murid yang bersekolah di SK Laksamana, Kota Tinggi Johor.
2. Semua pemain perlu menggunakan peranti dan data internet sendiri.
3. Semua perlawanan dijalankan secara dalam talian.
4. Semua pemain perlu mendapat kebenaran ibubapa/penjaga masing-masing.
5. Peserta perlu menggunakan nama dan no id yang telah didaftarkan. Penyertaan
terbatal secara automatik sekiranya peserta menukar nama dan no id ML .

FORMAT PERTANDINGAN
1. Multistage Tournament of ML
2. Pemilihan perlawanan kumpulan ADALAH BERDASARKAN UNDIAN
URUSETIA
3. Setiap pemain perlu menggunakan akaun sendiri sepanjang pertandingan.
4. Tiada had “level”, “hero”, dan “skin” untuk digunakan sepanjang pertandingan.
5. Hanya pemain berdaftar sahaja yang dibenarkan untuk bermain sepanjang
pertandingan.

PERATURAN DALAM PERMAINAN (IN-GAMERULES)


1. Konsep 3 heroes banned
2. In Game Name (IGN) semua pemain tidak dibenarkan menggunakan perkataan
yang membawa maksud lucah, perkauman danseumpamanya.
3. Multistage Tournament of ML

PERATURAN PERANTI
1. Hanya telefon pintar sahaja dibenarkan.
2. Penggunaan emulator atau tablet tidak dibenarkan.
3. Segala bentuk hack, 3rd party apps dan seumpamanya tidak dibenarkan.

SEBELUM MULA PERLAWANAN


1. Screenshot lobby perlawanan yang lengkap 10 pemain sebelum bermula
perlawanan.
2. Sekiranya terdapat perbezaan jumlah ahli kumpulan. Contoh kumpulan A ada 5
Pemain dan kumpulan B ada 4 pemain, perlawanan akan dijalankan secara 4 vs
4.
KETIKA PERLAWANAN
1. Seorang HAKIM perlu mencipta perlawanan dalam Mod Custom
(Draft Pick).
2. Hakim akan menjemput pemain ke dalam bilik(room).
3. Apabila kedua-dua pasukan sudah dijemput dan bersedia, setelah memberi
pengesahan, perlawanan akan dimulakan.
4. Rematch hanya dibenarkan apabila permainan bermula kurang dari 1
minit. Sebarang lag atau disconnecting selepas 1 minit adalah tanggungjawab
sendiri. Sila hubungi admin dengan kadar segera untuk rematch bagi
mengelakkan ketidakadilan.

AKHIR PERLAWANAN
1. Hakim perlu membuat tangkapan screen (screenshot/ screen capture) markah
akhir / keputusan perlawanan dan memuat naik keputusan tersebut ke dalam
Whatsapp/Telegram.

BANTAHAN
1. Sebarang bentuk bantahan tentang keputusan perlawanan tidak akan dilayan.
Keputusan adalah muktamad.
2. Sebarang komen yang berbaur lucah, negatif dan provokasi daripada pemain
akan menyebabkan pemain tersingkir (BANNED) secara automatik.

Anda mungkin juga menyukai