Anda di halaman 1dari 2

Ruj.

Kami : SKTDH2 800-2/5/1 ( )


Tarikh : 05 Februari 2020

Kepada
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan,
Petaling Jaya.

Tuan,
MEMOHON PENGGUNAAN PADANG UNTUK LATIHAN SUKAN DAN
KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE -27 TAHUN 2020
SK TAMAN DATO’ HARUN (2) PETALING JAYA.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Pihak sekolah akan mengadakan kejohanan Sukan Olahraga Tahunan kali ke-27 mengikut
butiran berikut :-

Tarikh : 11 April 2020 ( Sabtu)


Masa : 7.30 pagi
Tempat : Padang SMK Taman Medan, Petaling Jaya

3. Sehubungan itu hari dan masa penggunaan untuk latihan sukan olahraga adalah seperti di
bawah :
Tarikh : 24 Mac 2020 hingga 27 Mac 2020 ( latihan rumah sukan)
31 Mac 2020 dan 01 April 2020 (Sukantara)
02 April 2020 dan 03 April 2020 (acara padang)
07 April dan 09 April 2020 ( raptai)
Hari : Selasa hingga Jumaat
Masa : 8.00 pagi 10.30 pagi
Tempat : Padang SMK Taman Medan, Petaling Jaya
4. Oleh yang demikian, besarlah harapan kami agar permohonan ini mendapat persetujuan
daripada pihak tuan. Kerjasama dan keperihatinan tuan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.
Sekian.

“BERHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankam amanah,

______________________
( ROSLAWATI BT NUZI )
Guru Besar

SK Taman Dato’ Harun (2)

46000 Petaling Jaya, Selangor

Anda mungkin juga menyukai