Anda di halaman 1dari 15

Skema Jawapan Bahagian B

Latihan 1
Pada pendapat saya, saya akan meminjam pakaian yang cantik kepada kawan saya
atau membeli sepasang baju yang bergaya untuk dia. Selain itu, saya juga akan
menemani kawan saya untuk berlatih untuk meningkatkan keyakinan dia.

Latihan 2
Pada pendapat saya, saya akan menegur jiran saya dan menjelaskan tentang
kepentingan mengamalkan sikap kerjasama dalam kalangan jiran. Saya juga akan
memujuk dia supaya menyertai aktiviti bergotong-royong bersama-sama.

Latihan 3
Pada pendapat saya, saya akan menenangkan Julians supaya dia tidak berasa panik.
Seterusnya, saya akan mencadangkan Julians untuk menghantar anjing tersebut ke
klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan.

Latihan 4
Pada pendapat saya, saya akan segera melaporkan perkara ini kepada pihak
berkuasa tempatan supaya mereka boleh mengambil tindakan yang sewajarnya.
Selain itu, saya juga akan meletakkan sebuah papan tanda sebagai amaran di tepi
buaian tersebut.

Latihan 5
Pada pendapat saya, saya akan menegur sekumpulan murid lelaki itu supaya jangan
melakukan perbuatan yang tidak bermoral itu. Saya juga akan melaporkan kejadian
ini kepada guru disiplin.

Latihan 6
Pada pendapat saya, saya akan membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada Jefrey
semasa proses pembuatan kraf tangan. Selain itu, saya akan mencadangkan Jefrey
untuk menyertai kelas tuisyen seni untuk mempelajari ilmu pembuatan kraf tangan
dengan lebih baik.

1
Latihan 7

Pada pendapat saya, saya akan segera melaporkan kejadian ini kepada guru yang
berdekatan. Seterusnya, saya akan membawa Siew Ping ke bilik rehat dan
mendapatkan peti keselamatan di pejabat guru untuk mencuci dan membalut lukanya.

Latihan 8
Pada pendapat saya, Karen seharusnya menolak pelawaan Jasmine untuk
menghadiri majlis hari jadinya kerana dia perlu menjaga adiknya di rumah. Karen perlu
mendengar pesanan daripada ibunya. Karen boleh memberi hadiah kepada Jasmine
sebagai tanda keikhlasan.

Latihan 9
Pada pendapat saya, saya akan membawa kucing itu pulang ke rumah. Saya akan
memandikan kucing itu dan memberi makanan kepada dia. Seterusnya, saya akan
mencari tuan baharu untuk kucing tersebut.

Latihan 10
Pada pendapat saya, saya akan berhenti makan mi goreng itu. Saya akan segera
melaporkan kejadian ini kepada guru di sekolah supaya mereka boleh mengambil
tindakan yang sewajarnya supaya perkara ini tidak akan berulang.

Latihan 11
Pada pendapat saya, saya akan meminta maaf kepada adik saya dan berjanji tidak
akan melupakan hari jadinya lagi. Selain itu, saya juga akan membeli hadiah dan
membuat kad ucapan untuk dihadiahkan kepada adik saya.

Latihan 12
Pada pendapat saya, saya akan mempelawa datuk untuk menginap di rumah saya.
Seterusnya, saya akan membantu datuk bergotong-royong membersihkan kawasan
rumahnya dan membina sebuah rumah baharu untuk datuk saya.

Latihan 13
Pada pendapat saya, saya akan menegur dan menasihati adik supaya dia menjaga
postur semasa duduk di hadapan komputer. Selain itu, saya juga akan membeli baju
terapi penegak punggung untuk adik untuk memperbaiki postur badannya.

2
Latihan 14
Pada pendapat saya, saya akan menasihati Kelly untuk mengunyah makanan
sehingga lumat bagi memastikan proses pencernaan menjadi lebih mudah. Selain itu,
saya juga akan menasihati Kelly untuk minum air kosong secukupnya.

Latihan 15
Pada pendapat saya, saya akan menasihati kakak saya agar jangan minum minuman
bergas lagi kerana minuman itu tidak berkhasiat dan memudaratkan kesihatan kita.
Saya juga akan menggalakkan kakak untuk membuat senaman untuk menurunkan
berat badannya.

Latihan 16
Pada pendapat saya, saya akan menasihati ayah untuk berhenti merokok dan
kurangkan makan makanan yang berminyak. Selain itu, saya akan menggalakkan
ayah untuk makan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
serta membuat senaman secara berkala.

Latihan 17
Pada pendapat saya, saya akan menasihati Sandra untuk menggosok gigi sekurang-
kurangnya tiga kali sehari. Selain itu, saya juga akan menggalakkan Sandra untuk
memilih cecair pencuci mulut yang mengandungi klorin dioksida supaya bakteria
dalam mulut dapat dibersihkan.

Latihan 18
Pada pendapat saya, saya akan memujuk adik supaya dia tidak berasa sedih.
Seterusnya, saya akan membuat demostrasi mencuci pinggan mangkuk dengan
bersih di hadapan adik supaya dia dapat mempelajari cara mencuci pinggan yang
betul.

Latihan 19
Pada pendapat saya, saya akan melaporkan kejadian ini kepada Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) supaya mereka boleh membuat siasatan yang lebih lanjut
terhadap restoran tersebut. Saya juga akan lebih berhati-hati semasa memilih
restoran pada lain kali.

3
Latihan 20
Pada pendapat saya, saya akan beredar dari restoran tersebut dan mengajak ahli
keluarga saya untuk menjamu selera di tempat yang lain. Saya juga akan melaporkan
kejadian ini kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Latihan 21
Pada pendapat saya, saya akan menasihati kawan saya agar membersihkan halaman
rumah. Saya juga akan menasihati dia supaya mengitar semula barangan terpakai
yang bertimbunan di halaman rumahnya untuk mengelakkan daripada pembiakan
nyamuk Aedes.

Latihan 22
Pada pendapat saya, saya akan segera melaporkan kejadian ini kepada guru kelas.
Seterusnya, saya akan menghantar Aidil ke bilik rehat sekolah untuk mendapatkan
rawatan. Saya juga akan mendapatkan peti kecemasan dan menolong cikgu
membalut luka Aidil.

Latihan 23
Pada pendapat saya, saya akan mengajak kawan sekelas untuk bergotong-royong
membersihkan longkang ketika waktu lapang. Saya juga akan mencadangkan pihak
sekolah untuk menubuhkan jawatankuasa kebersihan bagi menjamin keceriaan
sekolah.

Latihan 24
Pada pendapat saya, saya akan menegur murid tersebut dan menasihatinya supaya
membuang sisa makanan di dalam tong sampah yang telah disediakan. Saya juga
akan melaporkan perkara ini kepada guru disiplin untuk tindakan selanjutnya.

Latihan 25
Pada pendapat saya, saya akan mengajak kawan sekelas untuk bergotong-royong
membersihkan kipas ketika waktu rehat. Saya juga akan mengingatkan rakan sekelas
agar sentiasa menjaga kebersihan kelas dan menjalankan tugas seperti yang
disenarikan dalam jadul bertugas kelas.

4
Latihan 26
Pada pendapat saya, saya akan mencadangkan Gunavam supaya mencatat pesanan
guru di dalam buku nota supaya tidak mudah lupa akan pesanan guru. Selain itu, saya
juga akan mengingati Gunavam untuk membawa buku yang diamanahkan oleh guru
setiap hari.

Latihan 27
Pada pendapat saya, saya akan melawat Hasnah di hospital. Saya juga akan
menasihati Hasnah agar jangan makan makanan yang mentah dan mesti mencuci
bahan masakan dengan bersih sebelum memasaknya.

Latihan 28
Pada pendapat saya, saya akan segera berlari ke sekolah untuk mendapatkan
pertolongan daripada pegawai keselamatan. Saya juga akan memaklumkan kejadian
ini kepada guru sekolah dan ibu bapa supaya mereka lebih peka dengan keselamatan
murid-murid.

Latihan 29
Pada pendapat saya, saya akan menasihati ayah supaya mematuhi peraturan di jalan
raya. Saya juga akan menjelaskan akibat sekiranya tidak mematuhi peraturan jalan
raya kepada ayah supaya dia insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan yang tidak
bertanggungjawab itu lagi.

Latihan 30
Pada pendapat saya, saya akan menasihati abang supaya memakai topi keledar
semasa menunggang basikal. Saya juga akan menjelaskan akibat sekiranya tidak
mematuhi peraturan jalan raya kepada abang supaya dia sentiasa peka terhadap
keselamatan diri dan orang lain.

5
Skema Jawapan Bahagian C
Latihan 1:

Pada pendapat saya, salah satu tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa ialah
membantu ibu bapa membuat kerja rumah. Dengan ini, bebanan ibu bapa dapat
diringankan. Ketika bercakap dengan ibu bapa, anak-anak harus menggunakan
bahasa yang sopan supaya tidak menyinggung perasaan mereka. Selain itu, anak-
anak perlu sentiasa mendengar nasihat ibu bapa dan belajar bersungguh-sungguh
untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Akhir sekali, anak-anak harus
sentiasa menggembirakan ibu bapa.
(54 patah perkataan)

Latihan 2:
Pada pendapat saya, kita haruslah menziarahi jiran tetangga terutamanya pada
musim perayaan bagi mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Selain itu, kita
perlu bertegur sapa dengan jiran tetangga apabila bertemu sebagai tanda hormat.
Seterusnya, kita wajar menolong jiran tetangga yang ingin berpindah rumah sebagai
tanda prihatin. Tuntasnya, kita perlu mengamalkan sikap saling menghormati sesama
jiran.
(52 patah perkataan)

Latihan 3:
Pada pendapat saya, jerebu akan menyebabkan seseorang itu mudah menghidapi
masalah kesihatan. Contohnya, masalah pernafasan, batuk dan asma akan
berlarutan. Selain itu, jerebu juga akan menjejaskan kualiti udara. Di samping itu,
jerebu mengganggu aktiviti harian kita kerana kita tidak digalakkan keluar dari rumah
akibat asap jerebu yang tebal. Jerebu juga menyebabkan pandangan pemandu kabur
dan mengehadkan jarak penglihatan pemandu.
(55 patah perkataan)
Latihan 4:

Pada pendapat saya, punca-punca berlakunya masalah ponteng sekolah ialah murid
kehilangan minat untuk belajar. Mereka berasa bosan akan proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, sikap ibu bapa yang kurang memberi perhatian kepada
anak-anak mereka juga mengakibatkan masalah ponteng sekolah berlaku. Di
samping itu, sikap guru yang sambalewa memburukkan lagi keadaan. Akhir sekali,
murid yang masih belum matang mudah terpengaruh oleh ajakan rakan sebaya.

(59 patah perkataan)

6
Latihan 5:
Pada pendapat saya, kita haruslah melakukan senaman atau beriadah seperti
berjoging, berenang dan berbasikal secara berkala untuk meningkatkan tahap
kecergasan badan. Selain itu, kita perlulah mengambil makanan yang seimbang untuk
mendapatkan khasiat dan vitaman. Akhir sekali, kita perlu menghindari gejala sosial
seperti merokok, menghisap dadah dan sebagainya untuk menjamin kesejahteraan
hidup.

(49 patah perkataan)


Latihan 6:
Pada pendapat saya, kita haruslah lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan
aktiviti di luar rumah. Selain itu, kita perlu banyakkan minum air kosong tanpa mengira
tahap jumlah aktiviti fizikal yang dilakukan. Di samping itu, kita perlu memakai pakaian
yang ringan, berwarna terang dan longgar. Akhir sekali, kita harus memakai topi atau
menggunakan payung untuk melindungi diri daripada pancaran matahari.
(56 patah perkataan)
Latihan 7:
Pada pendapat saya, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dapat mengeratkan
hubungan silaturahim antara bangsa. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat ahli
yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam kegiatan kokurikulum. Selain itu, insan
yang berkepimpinan dan berpotensi juga dapat dilahirkan menerusi aktiviti
kokurikulum. Akhir sekali, kita dapat menimba ilmu pengetahuan di luar sukatan
pelajaran.
(49 patah perkataan)
Latihan 8:
Pada pendapat saya, kita hendaklah bersukan dan beriadah untuk memastikan badan
sihat dan bertenaga. Selain itu, kita perlulah membaca bahan bacaan yang
bermanfaat supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Seterusnya, kita boleh
membantu ibu bapa di rumah untuk meringankan beban mereka. Akhir sekali, kita
boleh berkebun di kawasan rumah agar dapat menghijaukan halaman rumah.
(49 patah perkataan)
Latihan 9:
Pada pendapat saya, remaja perlu mempelajari mata pelajaran Sejarah. Dengan ini,
mereka dapat mengenali dan menghargai usaha tokoh-tokoh kemerdekaan dalam
perjuangan mereka. Seterusnya, pihak kerajaan perlu menganjurkan kempen untuk
mendedahkan fakta-fakta kemerdekaan kepada remaja. Akhir sekali, remaja boleh
melawat tempat-tempat bersejarah seperti melihat tugu-tugu negara untuk merasai
semangat patriotisme yang diwakili oleh tugu-tugu tersebut.
(51 patah perkataan)

7
Latihan 10:
Pada pendapat saya, Internet boleh membekalkan maklumat. Sebarang maklumat
yang kita perlukan dapat diperoleh dalam sekelip mata hanya dengan seklik tetikus.
Selain itu, Internet dapat meluaskan lingkungan sosial kita. Kita boleh berhubung
dengan individu lain tanpa mengira masa dan tempat. Akhir sekali, Internet juga
memudahkan urusan kehidupan. Kita boleh menjalankan urusan jual beli,
persidangan perniagaan, pembayaran bil-bil dan sebagainya.
(55 patah perkataan)

Latihan 11:
Pada pendapat saya, kita perlu memeriksa persekitaran rumah kita untuk memastikan
tiada air yang bertakung kerana nyamuk suka membiak di dalam air bertakung. Selain
itu, kita juga perlu menutup bekas yang berisi air dengan penutup untuk memastikan
nyamuk tidak dapat bertelur dalam air. Akhir sekali, kita harus membersihkan semua
bekas yang menakung air supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
(56 patah perkataan)
Latihan 12:
Pada pendapat saya, komputer membolehkan pelajar mendapat maklumat dengan
cepat. Mereka boleh menggunakan enjin pencarian Google semasa mencari
maklumat. Selain itu, pelajar tidak akan ketinggalan dengan adanya komputer dan
mengelakkan mereka menjadi “katak di bawah tempurung.” Akhir sekali, komputer
dapat mempercepat tugasan pelajar. Penggunaan komputer dapat menjimatkan masa
pelajar semasa menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

(51 patah perkataan)


Latihan 13:
Pada pendapat saya, punca pemanasan global ialah penebangan pokok di kawasan
hutan. Pokok yang ditebang tidak mampu mengeluarkan oksigen yang dapat
menyejukkan suhu bumi. Selain itu, penggunaan pendingin hawa juga akan
membebaskan kloroflurokarbon berbahaya yang akan menipiskan ozon dan
meningkatkan suhu dunia. Akhir sekali, pembangunan yang tidak dirancang
menyebabkan bangunan dibina dengan terlalu rapat dan menyebabkan suhu dunia
meningkat.

(55 patah perkataan)

8
Latihan 14:
Pada pendapat saya, kebaikan permainan tradisional ialah dapat mengisi masa
lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Selain itu, permainan tradisional dapat
mengekalkan warisan budaya negara. Oleh itu, kita dapat mengenali warisan budaya
yang semakin dipinggirkan oleh generasi muda. Seterusnya, hubungan kita dapat
dieratkan ketika bermain permainan tersebut. Akhir sekali, permainan tradisional
boleh dijadikan sebagai produk pelancongan yang dapat menarik minat pelancong.

(56 patah perkataan)


Latihan 15:
Pada pendapat saya, murid-murid tidak boleh berlari di sekitar kawasan sekolah untuk
mengelakkan daripada terjatuh. Selain itu, murid-murid seharusnya beratur dengan
tertib tidak berebut-rebut semasa membeli makanan di kantin. Murid-murid juga perlu
berwaspada kepada orang yang tidak dikenali. Murid-murid perlu berhati-hati dengan
benda yang tajam seperti gunting supaya tidak terluka. Akhir sekali, murid-murid perlu
menggunakan peralatan elektrik dengan cermat.
(56 patah perkataan)

Latihan 16:

Pada pendapat saya, usahawan yang berjaya selalu berhati-hati dalam semua
perkara. Mereka akan berfikir semasak-masaknya sebelum bertindak. Selain itu,
mereka juga tidak mudah berputus asa walaupun gagal berkali-kali. Usahawan yang
berjaya juga sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal. Mereka tidak akan
mengeluh kepenatan. Akhir sekali, mereka mempunyai sikap bertolak ansur dengan
pelanggan.

(49 patah perkataan)


Latihan 17:
Pada pendapat saya, warisan budaya ini perlu diperkenalkan kepada generasi
sekarang supaya mereka menghargai warisan bangsa ini. Selain itu, warisan ini dapat
membentuk jati diri bangsa Malaysia. Pembentukan jati diri akan melahirkan generasi
yang cinta akan tanah air. Seterusnya, warisan ini perlu dikekalkan untuk tatapan
generasi akan datang. Warisan bangsa penting untuk dijadikan tarikan pelancong dan
membantu meningkatkan ekonomi negara.
(57 patah perkataan)

9
Latihan 18:
Pada pendapat saya, air pokok kelapa sangat baik untuk diminum bagi merendahkan
suhu badan terutamanya ketika kita demam. Selain itu, daun pokok kelapa boleh
dianyam sebagai ketupat. Isi kelapa pula boleh diparut untuk dijadikan santan dan
digunakan untuk membuat pelbagai jenis makanan. Akhir sekali, sabut dan tempurung
kelapa boleh dijadikan berus dan kraf tangan yang menarik.
(51 patah perkataan)
Latihan 19:

Pada pendapat saya, buah kelapa sawit boleh diproses menjadi minyak sawit untuk
kegunaan isi rumah. Buah kelapa sawit juga digunakan untuk menghasilkan produk
makanan seperti marjerin. Sabun juga diproses daripada ekstrak buah sawit. Selain
itu, batang kelapa sawit boleh dijadikan papan lapis dan dibuat perabot. Banyak
industri perabot bergantung sepenuhnya kepada bekalan batang kelapa sawit yang
telah diproses.
(55 patah perkataan)
Latihan 20:
Pada pendapat saya, melancong di dalam negara dapat menjimatkan kos
perbelanjaan. Hal ini demikian kerana kebanyakan tempat pelancongan di dalam
negara lebih murah berbanding di luar negara. Selain itu, peluang pekerjaan di negara
kita dapat bertambah dan seterusnya mengurangkan pengangguran. Seterusnya,
pengaliran mata wang ke luar negara dapat dikurangkan dan sekali gus menjana
pertumbuhan ekonomi negara.

(53 patah perkataan)

10
Bahagian D: Karangan
Latihan 1:

Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga bercuti di kampung. Kami menaiki kereta
bapa pulang ke rumah datuk.

Di kampung, kami bergotong-royong membersihkan rumah datuk dan


menjamu selera bersama-sama.

Datuk membawa saya dan adik memancing ikan di tepi sungai. Ada banyak
ikan di dalam sungai. Kami memancing ikan sambil menikmati pemandangan yang
indah.

Selain itu, kami juga mengikut datuk ke dusun durian. Kami menolong datuk
mengutip durian yang gugur. Datuk mengopek durian lalu kami makan bersama-sama.

Selepas lima hari, kami sekeluarga pulang ke rumah dengan berat hati. Saya
berharap agar boleh bercuti di kampung lagi.

Latihan 2:

Pada 20 Februari 2023, sekolah saya telah mengadakan temasya sukan tahunan
sekolah. Temasya sukan ini diadakan di padang sekolah.

Pada hari sukan, semua murid dan guru berkumpul di padang sekolah. Acara
dimulakan dengan perbarisan lintas hormat. Guru besar menerima tabik hormat
daripada peserta perbarisan dan seterusnya merasmikan acara temasya sukan
tahunan sekolah.

Pelbagai acara sukan diadakan seperti lompat tinggi, lompat jauh, dan lumba
lari. Acara lari berganti-ganti menjadi acara kemuncak hari sukan. Para penonton turut
bersorak untuk memberi sokongan kepada peserta pasukan masing-masing.

Acara sukan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari dan rumah Merah muncul
sebagai juara keseluruhan. Guru besar berbesar hati menyampaikan piala kepada
para pemenang.

11
Latihan 3:

Tanggal 16 Mei merupakan Hari Guru. Sekolah saya telah mengadakan sambutan
Hari Guru di dewan. Sambutan ini diadakan sebagai tanda menghargai jasa guru.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar. Beliau turut


menyampaikan perutusan daripada Menteri Pendidikan Malaysia. Seterusnya,
seorang wakil murid menyampaikan ucapan penghargaan kepada guru-guru.

Majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian daripada guru-guru. Murid-


murid turut membuat persembahan seperti lakonan, deklamasi sajak, dan sebagainya.
Para guru dan murid terhibur dengan persembahan tersebut.

Sambutan Hari Guru tamat kira-kira pada pukul 12:00 tengah hari. Kami
memberikan hadiah kepada guru-guru yang kami sayangi.

Latihan 4:

Perpaduan amat penting dalam usaha membentuk masyarakat yang harmoni.

Antara usaha yang paling ampuh untuk membentuk perpaduan dalam


kalangan masyarakat adalah dengan mengamalkan budaya kunjung-mengunjung
atau mengadakan rumah terbuka terutamanya pada hari perayaan.

Kerajaan pula hendaklah mengadakan aktiviti seperti Hari Sukan Negara untuk
menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Rakyat Malaysia pula harus
menghormati adat resam, budaya dan agama sesuatu kaum supaya tidak berlaku
perselisihan faham.

Pihak sekolah pula perlu mengadakan sambutan Hari Kebangsaan setiap


tahun untuk menyemai rasa cinta akan negara dalam jiwa murid-murid di sekolah.

Kesimpulannya, perpaduan kaum dapat direalisasikan dengan kerjasama


semua pihak.

12
Latihan 5:

Pada hari Sabtu yang lepas, saya telah mengadakan majlis sambutan hari lahir yang
ke-15. Sambutan itu telah diadakan di rumah saya.

Pada pagi itu, kakak sibuk menghias dan menggantung belon yang berwarna-
warni di ruang tamu. Ramai kawan yang telah diundang hadir untuk memeriahkan
majlis hari lahir saya pada petang itu.

Masanya telah pun tiba. Ibu meletakkan kek di atas meja. Selepas itu, rakan-
rakan menyanyikan lagu ucapan selamat hari lahir untuk saya. Mereka turut
memberikan hadiah kepada saya.

Kemudian, kami pun menikmati juadah yang terhidang di atas meja. Antara
juadah tersebut seperti nasi beriani, ayam goreng, dan kuih-muih. Masing-masing
begitu berselera kerana perut pun sudah lapar.

Walaupun kepenatan melayan tetamu, saya berasa cukup gembira dengan


sambutan hari jadi yang diadakan ini.

Latihan 6:

Aku ialah sebuah basikal. Namaku BMX. Aku diperbuat daripada besi dan keluli yang
berkualiti. Badanku berwarna merah.

Setelah dilahirkan, aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah kedai


basikal di Kedah. Pekedai itu mempamerkan kami di hadapan kedai.

Pada suatu hari, seorang budak singgah di kedai basikal. Dia tertarik
dengan kecantikan aku. Selepas tawar-menawar hargaku dengan pekedai itu, dia pun
membeli aku dengan harga RM 250 lalu membawa aku pulang ke rumah.

Tuan aku bernama Fendi. Dia ialah murid tahun empat. Setiap hari, tuan
mengayuh aku ke sekolah. Pada sebelah petang, dia mengayuh aku ke taman
permainan bersama-sama kawannya.

Aku berasa bertuah kerana mempunyai tuan yang baik.

13
Latihan 7:

Pada pagi Sabtu yang lalu, saya telah mengikut ibu perg ike pasar. Kami pergi ke
sana dengan menaiki bas.

Setibanya di pasar, saya lihat ramai orang sedang membeli-belah. Ada yang
membeli ikan, ada yang membeli sayur-sayuran dan ada yang sedang membeli buah-
buahan.

Suasana di pasar begitu hingar-bingar. Pembeli dan penjual sedang tawar-


menawar harga barang. Ibu membeli ikan kembung dan sotong. Kemudian, ibu pergi
ke gerai menjual sayur. Di sana, ibu membeli sayur bayam dan kacang panjang.

Setelah membeli segala keperluan yang diinginkan, saya dan ibu segara pergi
ke perhentian bas yang berdekatan dengan pasar.

Latihan 8:

Pencemaran alam seperti pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran bunyi
yang membawa pelbagai akibat buruk semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan dan asap kilang-kilang


perusahaan pula menjadi punca kepada pencemaran udara. Asap yang mengandungi
karbon monoksida ini amat berbahaya kepada hidupan.

Sikap manusia yang gemar membuang sampah-sarap ke dalam sungai


menjadi punca kepada pencemaran air. Rumah-rumah kediaman dan kilang-kilang
yang terletak berhampiran sungai kebanyakannya mengambil langkah mudah
menyalurkan bahan buangan ke sungai-sungai. Hal ini menyebabkan berlakunya
pencemaran air yang memusnahkan hidupan akuatik.

Kesimpulannya, semua anggota masyarakat perlu peka sekiranya ingin


mengatasi masalah ini.

14
Latihan 9:

Pada hari Ahad yang lalu, bapa membawa saya memancing ikan di sebatang sungai.
Kami telah menyediakan peralatan memancing seperti joran, umpan, mata kail dan
sebagainya.

Selepas itu, kami mengayuh basikal ke destinasi. Kami duduk di bawah


sebatang pokok yang rendang. Selepas memasang umpan, kami pun mula
memancing ikan dengan sabar.

Tiba-tiba, joran saya bergerak dengan kuat. Bapa menolong saya menarik
joran itu. Saya berasa sangat gembira kerana mendapat seekor ikan yang besar

Pada waktu senja, kami pun pulang ke rumah. Ibu telah menggoreng ikan untuk
kami sekeluarga. Saya berasa gembira pada hari itu kerana telah memperluaskan
pengalaman hidup saya.

Latihan 10:

Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah menghadiri satu majlis
perkahwinan sepupu saya di kampung.

Pada awal pagi hari majlis perkahwinan itu berlangsung, kaum lelaki dan wanita
sibuk memasak makanan dan lauk-pauk yang akan dihidangkan kepada para
jemputan.

Pada pada pukul 3.00 petang, rombongan pengantin lelaki tiba. Ketibaan
mereka disambut dengan paluan kompang dan pertunjukan seni silat. Kemudian,
kedua-dua pengantin disandingkan di atas pelamin. Suasana ketika itu sungguh
meriah. Saya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar pengantin.

Menjelang senja, majlis persandingan pun tamat. Kami sekeluarga bertolak


pulang menjelang waktu malam. Walaupun letih, saya berasa seronok kerana dapat
menyaksikan satu majlis perkahwinan yang sangat meriah.

15

Anda mungkin juga menyukai