Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

‘PROGRAM BANTU BACA’


Pengenalan:

Program Bantu Baca yang akan dijalankan adalah kesinambungan daripada program Bantu Baca
2022/2023 yang dijalankan oleh JPN Selangor. Program ini diteruskan pada tahun 2023 adalah
untuk meningkatkan penguasaan murid-murid dalam kemahiran asas membaca dan mengeja.

Rasional

Melalui program ‘Bantu Baca’ ini diharapkan pada akhir bulan September 2023, 50% murid-
murid yang terlibat akan dapat membaca dengan lancar dan melepasi ujian saringan pemulihan
khas.

Matlamat

Program ini diharap dapat memberi pengukuhan kepada murid-murid pemulihan dan murid-
murid yang tidak lancar membaca dalam meningkatkan kemahiran membaca dan mengeja. Latih
tubi membaca yang dijalankan akan dapat membantu murid untuk mempercepatkan proses sifar
buta huruf dan dapat menanam sikap suka membaca di waktu senggang di kalangan murid-
murid.

Objektif

Program Bantu Baca ini diharapkan akan:

1. Meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran 2M (membaca dan mengeja)


2. Membantu murid menguasai kemahiran pemulihan Bahasa Melayu dengan lebih baik.
3. Memupuk sikap suka membaca dikalangan murid-murid.

Kumpulan Sasaran

TAHUN KELAS LELAKI PEREMPUAN BILANGAN JUMLAH


2 MAHABBAH 7 7 14 29
HASANAH 11 4 15
3 HIDAYAH 5 1 6 17
MAHABBAH 8 3 11
4 MAHABBAH 3 3 6 6
5 MAHABBAH 1 1 2 2
6 MAHABBAH 2 0 2 2
JUMLAH 56

Hari, Masa dan tempat dijalankan

Program Bantu Baca diadakan seperti ketetapan berikut:

PELAKSANAAN Tahap 1 Tahap 2


HARI Isnin, Selasa, Khamis Isnin, Selasa, Khamis
MASA 12.30 – 12.50 tengah hari 10 minit waktu PdP BM
TEMPAT Dewan Kelas
BAHAN BACAAN Kad bacaan dan Buku Bacalah Kad bacaan dan Buku Bacalah
Anakku. Anakku.

Jawatankuasa Pelaksana
Program ini dilaksanakan oleh semua guru sesi petang dan guru matapelajaran Bahasa Melayu
tahap 2.

Anggaran Perbelanjaan.
Disediakan oleh;

Nurul Hidayat Bt Ibrahim


Guru Pemulihan

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ ABU BAKAR BAGINDA


43000 KAJANG, SELANGOR

KERTAS KERJA
program
‘BACAAN MANJA’
HARI : ISNIN- JUMAAT (MEI HINGGA NOVEMBER)
MASA : SETIAP MALAM/ WAKTU SENGGANG
TEMPAT : KEDIAMAN SENDIRI

Anda mungkin juga menyukai