Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

LAWATAN PRASEKOLAH KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT TUMPAT

TARIKH:
5 NOVEMBER 2019 (SELASA)

TEMPAT:
BALAI BOMBA TUMPAT DAN PENYELAMAT, TUMPAT

ANJURAN:
PRASEKOLAH SJK (C) YUK TZE,
16200 TUMPAT, KELANTAN
KERTAS KERJA
“LAWATAN KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT TUMPAT”

1.0 PENGENALAN
“Lawatan Prasekolah ke Balai Bomba dan penyelamat Tumpat” adalah
bertujuan memberi pendedahan kepada semua murid prasekolah tentang
tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran. Latihan
kebakaran ini dapat memberi gambaran sebenar kepada murid prasekolah
sekiranya kebakaran berlaku dan murid prasekolah mempunyai
pengetahuan asas untuk menghadapi kebakaran.

2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah memberi pendedahan kepada semua murid
prasekolah tentang pentingnya kesedaran dan pengetahuan asas untuk
menyelamatkan diri daripada kebakaran.

3.0 OBJEKTIF
Objektif kursus ini adalah untuk:
3.1 Memberi pendedahan asas untuk menyelamatkan diri sekiranya
kebakaran berlaku.
3.2 Memberi pengetahuan kepada semua murid prasekolah tentang tugas-
tugas pekerjaan seorang ahli bomba ketika berlaku kebakaran.

4.0 TEMA
‘KESELAMATAN KUNCI KESEJAHTERAAN’

5.0 TARIKH
5 November 2019 (Selasa)
6.0 MASA
8.00 pagi – 12.00 tengah hari

7.0 TEMPAT
Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Kelantan

8.0 ANJURAN
Prasekolah SJK (C) Yuk Tze

9.0 PENYERTAAN
Murid prasekolah : 50 orang
Guru pengiring : 2 orang
Pembantu Pengurusan Murid : 2 orang
(Sila rujuk Lampiran A)

10.0 KERJASAMA
Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Kelantan

11.0 ANGGARAN BELANJAWAN


Rujuk Lampiran B.

12.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk Lampiran C.
13.0 KESIMPULAN
Harapan program yang dirangka dan dirancang ini dapat berjalan dengan
lancar dan mencapai matlamatnya. Kami juga berharap agar kami mendapat
pengetahuan yang baru dan dapat digunakan dalam kehidupan seharian.

Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

................................................... ...................................................
(MICHELLE YONG SUEK JUN) (LOO AI CHENG)
Guru Prasekolah Guru Besar
SJK (C) Yuk Tze SJK (C) Yuk Tze,
16200 Tumpat, 16200 Tumpat,
Kelantan. Kelantan.

Disediakan oleh,

...................................................
(YEW HOOI KHENG)
Guru Prasekolah
SJK (C) Yuk Tze
16200 Tumpat,
Kelantan.

Anda mungkin juga menyukai