Anda di halaman 1dari 4

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

HANISAH BINTI HARUN


1. Nama Guru
MEMBACA, MOTIVASI DAN
2. Judul KAEDAH 3. Bidang: UMUM

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini yang merupakan edisi ketiga, telah ditulis semula, diperbaharui kandungannya, dikemas
kini dan diberi tambahan bab serta kata pendahuluan baharu, dengan matlamat untuk membantu
anda mengatasi pelbagai masalah berkaitan membaca. Menerusi buku ini, penulis berazam
menjadikan pembaca lebih cemerlang, mahir menggunakan pelbagai kaedah pembacaan
berbeza, dan akhirnya berkeupayaan membaca lebih 30 buku setahun, selari matlamat digariskan
untuk penduduk sebuah negara maju.Buku ini mendedahkan tips berkaitan membaca, selain
berkongsi pelbagai teknik pembacaan, termasuk kaedah luncuran (skimming) serta imbasan
(scanning) yang akan membolehkan anda membaca sehingga 20,000 patah perkataan seminit.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Mempelajari teknik membaca yang baik dan berkesan supaya pembaca dapat mengaplikasikan
teknik bacaan yang terbaik untuk mempelbagaikan bahan bacaan sepanjang waktu. Motivasi dan
jenis judul buku yang sesuai juga diberikan keutamaan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Memupuk minat murid tentang kepentingan membaca buku melalui teknik bacaan yang baik dan
motivasi membaca yang tinggi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(HANISAH BINTI HARUN) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

HANISAH BINTI HARUN


1. Nama Guru
Rich Dad Poor Dad (Edisi Bahasa
2. Judul 3. Bidang: UMUM
Melayu)
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Rich Dad Poor Dad adalah buku kewangan terbaik yang sudah berjaya mengubah hidup jutaan
pembaca di seluruh dunia. Buku ini mengubah perspektif kita kepada wang dan mengeluarkan
kita daripada kitaran sia-sia Rat Race. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang.
Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Ramai orang terperangkap dalam kitaran
sia-sia ini. Buku Rich Dad Poor Dad membantu kita: Membina kekayaan berasaskan kewangan
yang kukuh Membezakan antara aset yang menambah kekayaan dengan liabiliti yang
menghabiskan wang Mencapai kebebasan kewangan dan kepuasan bekerja Menjadikan wang
bekerja untuk kita “Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak belajar apa-
apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita
hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk
kita.” 

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Mempelajari teknik pengurusan kewangan yang baik, mengenal pasti pengurusan aset dan liabiliti
dan peluang-peluang dalam bidang kewangan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Memupuk ilmu pengurusan duit kepada murid cara perbelanjaan dan keperluan simpanan untuk
masa depan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(HANISAH BINTI HARUN) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

HANISAH BINTI HARUN


1. Nama Guru
Strong Fathers Strong Daughters
2. Judul 3. Bidang: UMUM

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Dunia anak perempuan adalah lebih kecil dari dunia kita sebagai bapa, bukan hanya secara
fizikal, tetapi juga secara emosi. Ia lebih rapuh dan lembut kerana wataknya diuli seperti doh roti
di atas papan pemotong.
Kita tahu bahawa kita perlu menjadi seorang yang lebih menyayangi. Ataupun menjadi lebih
bersabar. Ataupun menjadi lebih berani, rajin, ataupun setia. Tetapi bolehkah kita? Ia adalah
sebahagian dari satu sudut perspektf. Untuk lebih mencintai anak perempuan, mungkin kelihatan
rumit pada kita, tetapi ia sangat mudah untuknya.
Menjadi seorang hero bagi anak perempuan mungkin menakutkan kita, tetapi sebenarnya ia
boleh menjadi mudah. Melindungi dan mengajarnya tentang Tuhan, pendidikan seks, dan
kerendahan hati tidak memerlukan ijazah dalam bidang psikologi. Ia hanya perlu menjadi seorang
ayah.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Mempelajari teknik pendidikan anak-anak perempuan dan kepentingan besar pendidikan bermula
daripada seorang bapa.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Memupuk nilai-nilai baik dalam pendidikan di dalam kelas dan membimbing akhlak yang baik
untuk anak-anak murid khususnya pelajar perempuan bagi mengelakkan mereka terdedah
dengan aktiviti yang tidak bermoral.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(HANISAH BINTI HARUN) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

HANISAH BINTI HARUN


1. Nama Guru

2. Judul Pahlawan Rimba Malaya 3. Bidang: UMUM

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Novel terawal karya Sasterawan Negara Keris Mas yang mempunyai kedudukan dan sejarah
tersendiri dalam dunia kesusasteraan tanah air. Pahlawan Rimba Malaya melukiskan sejarah
perjuangan anak bangsa mempertahankan maruah dan tanah air daripada belenggu penjajahan
tentera Jepun yang ganas dan tidak berperikemanusiaan. Tepatnya, Pahlawan Rimba Malaya
menampilkan tema revolusi bangsa-bangsa di Malaya sewaktu penjajah, tentang manusia dalam
perang, mempertahankan hak dan martabat bangsanya, kebangkitan nasionalisme dan
kesedaran akan pentingnya memiliki keperibadian sejati, dalam kalangan rakyat peribumi.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Menghayati kepentingan sejarah dan perjuangan pahlawan terdahulu semasa era awal
kemerdekaan negara.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Memupuk nilai-nilai kemerdekaan dan bersyukur kepada murid-murid dalam mengisi ruang
kermedekaan yang sedia ada dengan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh belajar mencapai
kejayaan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(HANISAH BINTI HARUN) ( )

Anda mungkin juga menyukai