Anda di halaman 1dari 4

di ke dari pada

daripada oleh kepada tentang

Mira pergi ________ taman permainan ________ hari Sabtu yang lalu. Taman itu terletak

tidak jauh ________ rumahnya. Di situ, dia berjumpa dengan Asila dan beberapa orang

rakan sekolah yang lain. Asila bertanya ________ Mira tentang keadaan neneknya. Mira

memberitahu mereka bahawa neneknya sudah semakin sihat. Mira juga memuji baju yang

dipakai ________ Asila. Baju itu sangat cantik. Asila memberitahu Mira bahawa baju itu

merupakan hadiah ________ ibu saudaranya. Selepas itu, mereka bermain bersama-

sama dengan gembira. Mereka berhenti rehat apabila berasa penat. Mereka duduk

________ pondok rehat sambil berbual-bual ________ pelbagai perkara. Setelah hari

menjelang petang, mereka pun beredar untuk pulang ke rumah masing-masing.

masih sudah telah dapat


hendak pernah mesti sedang

Encik Kamal ________ terjumpa sebuah peti lama ketika dia ________ membersihkan

rumah pusaka. Dia mencuba untuk membuka peti itu dengan pelbagai cara tetapi peti itu

________ gagal dibuka. Dia termenung sambil berfikir. Dia ________ melakukan sesuatu.

Dia benar-benar ________ membongkar isi peti itu.

Encik Kamal teringat akan pesanan datuknya semasa dia kecil dahulu. Datuknya

bercerita bahawa di rumah pusaka itu terdapat sebuah peti rahsia. Dia tidak sempat

bertanya lanjut tentang peti rahsia itu kerana datuknya ________ meninggal dunia.

Akhirnya, dia terjumpa satu kata kunci. Dia ________ membuka peti itu menggunakan

kata kunci tersebut. Di dalam peti itu, terdapat surat-surat penting tentang sejarah

salasilah keluarga Encik Kamal.


masing-masing melonjak-lonjak berseri-seri jari-jemari
berpusu-pusu mengangguk-angguk peserta-peserta berdebar-debar

Pada malam ini, pertandingan tarian tradisional akan berlangsung di dewan bandaran.

Orang ramai __________________ datang untuk menyaksikan pertandingan itu.

__________________ pertandingan pula sedang bersiap sedia di belakang dewan.

Mereka __________________ faham ketika mendengar pesanan guru. Mereka kelihatan

__________________ dengan pakaian yang cantik.

Pertandingan pun dimulakan. Setiap kumpulan mempersembahkan tarian

__________________. Para penonton asyik melihat gerakan badan dan

__________________ yang lemah gemalai. Selepas itu, mereka menunggu keputusan

pertandingan dengan dada yang __________________. Kumpulan yang memenangi

pertandingan tersebut __________________ kegembiraan apabila keputusan

diumumkan.

tiga sesetengah setengah ribuan


beberapa setiap berminggu-minggu pelbagai

Encik Arif hendak membeli sebuah basikal untuk anaknya, Azam. Sudah

______________ Azam terpaksa berjalan kaki ke sekolah. ______________ hari lalu,

Encik Arif singgah di sebuah kedai basikal. Kedai basikal itu satu-satunya kedai yang

terdapat di bandar tempat mereka tinggal. Di kedai itu, terdapat ______________ jenis

basikal yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri. Harganya juga berbeza-

beza. Ada yang mencecah ______________ ringgit. Encik Arif mahu membeli sebuah

basikal untuk memudahkan Azam ke sekolah pada ______________ hari.

______________ murid di sekolah itu juga menunggang basikal ke sekolah.

Seorang jurujual menunjukkan sebuah basikal yang sesuai untuk kegunaan anak

remaja seperti Azam. Terdapat ______________ warna pilihan, iaitu hitam, biru dan

merah. Encik Arif mendapati ketiga-tiga warna itu sangat menarik dan sukar untuk
membuat pilihan yang tepat. Selapas fikiran selama hampir ______________ jam,

akhirnya Encik Arif memilih basikal yang berwarna biru untuk dihadiahkan kepada Azam.

sebatang sebuah ikat seorang


sebiji gugus sepasang keping

Harlina pergi ke pasar malam bersama dengan ibunya. Suasana di situ meriah dengan

para peniaga yang menjual pelbagai jenis barang. Ibu Harlina membeli dua __________

sayur bayam di gerai sayur dan beberapa __________ anggur di gerai buah-buahan.

Kemudian, ibu Harlina membeli __________ sudip bagi menggantikan sudip yang sudah

rosak di rumah.

Selepas itu, mereka singgah di gerai kuih untuk membeli kuih lapis yang dipesan

oleh nenek. Harlina pula memilih dua __________ apam balik. Ketika mereka memilih

kuih-muih, seorang pemuda yang memakai __________ cermin mata telah menyapa ibu

Harlina. Rupa-rupanya, pemuda itu ialah bekas murid ibu Harlina. Dia kini melanjutkan

pelajaran di __________ universiti awam di Lembah Klang. Sebelum pulang, Harlina

ternampak __________ penjual belon lalu memberitahu ibunya. Ibu Harlina

membelikannya __________ belon berwarna merah.

kotak muzik besar hati bertepuk tangan anak tunggal


jiran tetangga tingkah laku kad undangan hari lahir

Laila merupakan ______________ Encik Kasim dan Puan Shahirah. Dia akan menyambut

______________nya yang kesepuluh pada minggu hadapan. Encik Kasim dan Puan

Shahirah bersepakat untuk mengadakan majlis tersebut dengan meriah. Mereka sibuk

membuat persiapan dan menempah ______________. Selain ahli keluarga dan

______________, Laila juga mengundang beberapa orang rakan baiknya, termasuk

Raihan.

Raihan berasa ______________ apabila diundang ke majlis Laila itu. Dia mengajak

ibunya ke pekan untuk membeli hadiah yang istimewa untuk Laila, iaitu sebuah

______________. Pada hari tersebut, ibunya menghantar Raihan ke rumah Laila. Ibunya
berpesan supaya dia menjaga ______________ semasa berada dalam majlis itu. Ketika

Laila memotong kek coklat setinggi dua tingkat, para tamu ______________ sambil

menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Lahir’.

terpadam berdoa melelapkan bertiup


terkejut menggigil kedengaran berkelipan

Cuaca pada malam itu berangin dan gelap-gelita. Tidak ada sebutir bintang pun yang

_____________ di langit. Titis-titis hujan _____________ menimpa bumbung rumah.

Mula-mula perlahan dan makin lama makin lebat. Lamin _____________ kesejukan lalu

menarik selimut sampai dagunya. Dia ingin _____________ mata tetapi bunyi guruh yang

berdentam-dentum membuatkan dia _____________. Serentak dengan itu, lampu meja

_____________. Dia hampir menjerit kerana ketakutan.

Di luar rumah Lamin, angin _____________ kencang sehingga menumbangkan

sebatang pokok kelapa di luar rumah. Bunyinya sangat kuat bagaikan batu besar jatuh

dari gunung. Lamin dapat mengagak bahawa ribut sedang melanda kampungnya. Dia

_____________ agar dia dan keluarganya selamat.

Anda mungkin juga menyukai