Anda di halaman 1dari 2

Laporan Program Panitia Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual

Tarikh : 21 Jun 2022


Hari : Selasa
Masa : 7.40 – 8.40 pagi
Peserta: Semua murid

Majlis dimulakan pada pukul 8.00 pagi setelah kehadiran diambil murid bergerak mengikut
kelas masing-masing. Murid mendengar penerangan tentang alat muzik yang disampaikan oleh
Cikgu Izwani kemudian murid menjawab soalan kuiz yang diajukan oleh Cikgu Izwani secara
spontan. Soalan kuiz yang diajukan juga mengikut tahap kebolehan murid tahap 1 dan tahap 2.
Seterusnya, Cikgu Izwani membuat pertandingan ‘sambung lirik lagu sekolah dan lagu
patriotik’. Pertandingan ini juga dibahagikan kepada dua kategori iaitu tahap 1 dan tahap 2.
Murid yang Berjaya menyambung lirik dengan betul dikira sebagai pemenang.
Aktiviti disambung semula selepas rehat dengan aktiviti mencipta alat muzik. Rekacipta alat
muzik ini berkonsepkan ‘Bebas, Praktikal dan Recycle’. Murid bebas menggunakan apa-apa
bahan serta bebas mencipta sebarang alat muzik ataupun alat yang menghasilkan bunyi yang
menarik. Murid menyediakan bahan dan alatan yang akan digunakan. Murid mula membuat alat
muzik mengikut kreativiti masing-masing.
Acara kemuncak bagi aktiviti hari ini ialah murid memainkan alat muzik yang telah dihasilkan
di atas pentas. Alat muzik yang praktikal, cantik dan berfungsi dengan baik dikira sebagai
pemenang. Majlis berakhir dengan sesi bergambar bersama alat muzik yang dihasilkan.
Semoga dengan aktiviti ini dapat memupuk minat murid dalam menghasilkan alat muzik yang
lebih kreatif serta dapat mencungkil bakat terpendam murid dalam bidang muzik.

Disediakan oleh:

………………………………
(ZALINA BT GHAZALI)
SU Panitia Muzik,
SK Bagan Tuan Kechil.
LAPORAN BERGAMBAR

Aktiviti menghasilkan alat muzik menggunakan balang plastik

Gambar kenangan Bersama Ketua Polis dan barisan pentadbir

Anda mungkin juga menyukai