Anda di halaman 1dari 2

Jangan Batalkan Pahala Puasa Dengan Bersalaman Dengan Bukan Mahram

Nama : Amirul Syafiq Bin Shaiful Hisham


No. Matriks : A172406

Sambutan hari Raya Aidilfitri menandakan akhirnya bulan Ramadan dan merupakan
satu perayaan yang tidak asing lagi di Malaysia. Ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran saudara
mara dan rakan-rakan. Namun begitu, sebahagian daripada masyarakat kita terlupa atau
memandang remeh berkenaan isu pergaulan semasa hari raya. Bersentuhan dan bersalaman
antara bukan mahram sudah menjadi kebiasaan bagi sebahagian masyarakat dan ini dilihat
sebagai satu perkara yang perlu dilihat dan dinilai semula.

Segala penat lelah kita boleh disia-siakan begitu sahaja apabila batas-batas pergaulan
tidak dijaga berlandaskan syarak Islam. Kita haruslah berhati-hati terutamanya ketika
menyambut Aidilfitri di kampung halaman bersama keluarga besar. Harus kita ketahui bahawa
sepupu adalah golongan bukan mahram bagi kita dan kita sama sekali dilarang untuk
bersalaman dengan mereka. Tidak dilupakan pakcik dan makcik yang tidak mempunyai talian
darah dengan ibu dan bapa kita. Mereka juga tergolong dalam golongan bukan mahram. Oleh
itu, dalam dunia yang rata-ratanya mengamalkan sikap terbuka ini kita seharusnya lebih peka
dengan batas pergaulan kita.

Hal ini sering terjadi apabila masyarakat sudah terbiasa dengan didikan bahawa ahli
keluarga tidak menjadi masalah ketika bersalaman. Lebih-lebih lagi sesi bersalaman meminta
maaf antara saudara mara. Hal ini berpunca daripada kurangnya didikan agama dalam institusi
kekeluargaan ataupun persekitarannya yang mengambil mudah isu ini. Bukan itu sahaja, isu
aurat antara saudara mara turut dipandang remeh.

Selain itu, dalam bulan Syawal yang mulia ini rakyat Malaysia telah melazimkan
sambutan hari raya selama sebulan dengan menganjurkan rumah terbuka. Walaupun perkara
ini tiada dalam tuntutan agama, namun ini dapat membuka pintu dalam bersedekah dan
memberi makan kepada kenalan dan saudara mara. Adapun begitu, dalam kita bergembira
menikmati juadah dan menjalinkan silaturahim, ada antara kita yang mengabaikan batasan
antara ajnabi. Antara situasi yang sering kita lihat apabila berlakunya gurauan dan tamparan
antara rakan-rakan dianggap biasa.

Allah SWT telah menjelaskan melalui kitabnya dalam surah An-Nur ayat 31 berkenaan
mahram yang boleh bersentuhan dan bukan mahram. Selain itu, Rasulullah SAW telah
menggariskan beberapa larangan bagi mengelakkan berlakunya fitnah serta menjaga batasan
antara lelaki dan perempuan di dalam beberapa buah hadis.

ُ‫وم قَا َل ابْن‬َ ُ‫يرا قَ ْب َل أ َ ْن يَق‬


ً ‫َث يَ ِس‬َ ‫ضي ت َ ْسلِي َمهُ َو َمك‬ ِ ‫سا ُء حِ ينَ يَ ْق‬ َ َ‫سله َم ق‬
َ ِ‫ام الن‬ َ ‫سله َم إِذَا‬ َ ‫علَ ْي ِه َو‬ ‫صلهى ه‬
َ ُ‫َّللا‬ َ ‫َّللا‬ ُ ‫َكانَ َر‬
ِ ‫سو ُل ه‬
‫ف مِ ْن ْالقَ ْو ِم‬َ ‫ص َر‬ َ ‫سا ُء قَ ْب َل أ َ ْن يُدْ ِر َك ُه هن َم ْن ا ْن‬ ‫ب فَأ ُ َرى َو ه‬
َ ِ‫َّللاُ أ َ ْعلَ ُم أ َ هن ُم ْكثَهُ ِل َك ْي يَ ْنفُذَ الن‬ ٍ ‫ِش َها‬

“Rasulullah SAW akan duduk seketika setelah memberikan salam setelah selesai solat. Para
wanita akan bangun setelah baginda memberi salam”

Dalam hadis ini menjelaskan kepada kita terdapat batas-batas yang perlu dijaga antara lelaki
dan perempuan yang bukan mahram. Dalam urusan beribadah lagi Rasulullah sudah
menggariskan berkenaan batasan antara ajnabi, apatah lagi dalam urusan seharian.

Antara langkah yang boleh diambil adalah dengan menekan pendidikan ini dari
peringkat kanak-kanak. Selain itu, ibu bapa juga harus mengambil bahagian dalam penjagaan
ikhtilat ini agar dapat menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak. Hasil daripada didikan ini
maka akan terbentuklah generasi baharu yang menitik beratkan pergaulan yang mengikut
syarak.

Akhir kata, amalan bulan Ramadan merupakan satu usaha kita dalam menggarap semua
kebaikannya dan ganjaran yang telah Allah berikan. Oleh itu, sebaknya kita menjaga dan
memelihara amalan mulia bulan Ramadan ini sebaik mungkin dan tidak mencemarkannya
dengan bersalaman dan bergaul dengan bukan mahram tanpa mengira batas.

Anda mungkin juga menyukai