Anda di halaman 1dari 1

Ini adalah kali keempat kita berkumpul sebagai satu keluarga besar melalui Persidangan

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin. Untuk edisi kali ini sudah pastinya ianya akan lebih
istimewa dan penuh bermakna kerana ini adalah persidangan terakhir kita kerana selepas ini akan
diadakan pemilihan parti.

Pasti ada yang terpaksa melepaskan jawatan atas faktor umur dan terpaksa meninggalkan dunia
Pemuda UMNO yang penuh dengan warna-warni. Namun inilah kehidupan dan ianya perlu kita
teruskan. Gunakanlah hikmah semasa kita di zaman Pemuda UMNO bagi meneruskan perjalanan
hidup kita di dalam parti.

Pergerakan Pemuda UMNO sesi ini terlalu sungguh terlalu istimewa buat kita semua.

Kita bermula sebagai pembangkang. Kita bergerak sebagai pembangkang tetapi dengan acuan
UMNO yang tersendiri. Kita teruskan kerja hakiki UMNO, membantu rakyat dan tempuh
pelbagai dugaan dan cabaran. Sedikit pun semangat kita tak pernah luntur.

Sesi kita ini adalah yang paling istimewa. Kita adalah Pemuda UMMO pertama yang menjadi
pembangkang semenjak UMNO ditubuhkan. Kitalah kelompok pertama yang tidak merasa
berkerajaan namun itu bukan alasan untuk kita lari dari paksi perjuangan parti keramat orang
Melayu ini. Kita tidak lari dan apatah lagi berpaling tadah meninggalkan parti di saat yang getir
pada ketika itu malah kita teruskan perjuangan parti dengan cara kita yang tersendiri.

Buktinya, hari ini kita di sini tegak berdiri, dengan roh serta jasad penuh nurani dan gagah berani
sebagai Pemuda UMNO yang menjadi asbab Kerajaan Negeri Melaka kembali ke pangkuan kita.
Semoga semangat ini terus kekal di dada menjadi azimat dalam usaha kita merampas semula
Putrajaya.

Dalam persidangan kali, ambilah masa untuk memandang ke kiri kanan kita dan tenunglah wajah
sahabat-sahabat kita semua. Kenanglah mereka sebagai insan yang akan terus kekal di ingatan
serta di hati sampai bila-bila. Sampaikanlah pada anak cucu kita nanti bahawa kita pernah
bersama dan akan terus bersama di dalam perjuangan parti ini, parti UMNO, parti keramat Orang
Melayu.

Selamat Bersidang.

Anda mungkin juga menyukai