Anda di halaman 1dari 20

Pintu Nombor Empat

Perjanjian Keempat dengan Musa (AS)


“Mereka berkata: ‘Wahai Musa, serulah untuk kami Tuhanmu dengan perjanjian-Nya
bersamamu’”

Banyak perkara telah berlaku di antara Perjanjian Ibrahim dan Musa (AS) dan
firman-firman Tuhan mengenai anak-anak Ibrahim telah dipenuhi: “Kemudian Tuhan
berfirman kepada Abram, “Jangan ragu bahawa keturunanmu akan hidup sebagai
pendatang di satu tanah yang bukan milik mereka, di mana mereka akan menjadi hamba
yang tertindas selama empat ratus tahun.” 1 Yaakub dan Yusuf (AS) memasuki Mesir dan
mereka membawa bersama mereka keluarga mereka dan setelah Yusuf wafat, anak-anak
Israel menjadi hamba di Mesir selama empat ratus tahun sehingga penyelamat yang
dijanjikan, Musa (AS) muncul. Sebab perhambaan bani Israel adalah kerana mereka
melanggar Perjanjian Ibrahim. Mereka telah hidup dalam keberkahan yang besar di Mesir
pada zaman Yusuf semasa pemerintahan Akhenaten (AS) raja monoteistik pada zaman Yusuf,
tetapi selepas kematian Raja Akhenaten, anaknya, Raja Tut memerintah pada usia muda iaitu
sembilan tahun. Saudara-mara isterinya dan pendeta-pendeta pada masa itu mengawalnya dan
membuat dia menarik balik keputusan-keputusan bapanya dan mengembalikan agama
kerajaan itu kepada kesyirikan yang mereka amalkan sebelum ini dan mereka kemudiannya
membunuh Tut.

Bani Israel pada masa itu kekal berdiam diri dan tidak membantah apa-apa dan
menerima pengembalian semula Tuhan-tuhan palsu dan agama-agama palsu Mesir kerana
kurangnya iman mereka, takutkan mati dan cintakan kepada dunia. Bani Israel bahkan
meninggalkan agama Ibrahim (AS) dan mula menyembah berhala-berhala palsu dan
Tuhan-tuhan Mesir sehingga melanggar Perjanjian Ibrahim dan membawa ke atas diri mereka
pembalasan dan azab Ilahi. Oleh itu Tuhan menyerahkan bani Israel kepada orang Mesir yang
seterusnya memperhambakan mereka. Hukuman bagi melanggar Perjanjian Adam adalah
pengusiran dari Taman Eden dan kemudian Tuhan mengampuni Adam (AS) setelah beliau
bertaubat dan menetapkan semula Perjanjian tersebut. Kemudian selepas manusia melanggar
Perjanjian Adam sekali lagi, Tuhan menghukum mereka dengan banjir. Apabila Namrud dan
generasi-generasi selepas Nuh melanggar Perjanjian Nuh, Tuhan menghukum mereka dengan
menyebarkan, menyerakkan dan mengelirukan bahasa mereka. Apabila anak-anak Ibrahim
(AS) melanggar Perjanjian Ketiga, Tuhan menghukum mereka dengan perhambaan selama
empat ratus tahun dan Dia menubuhkan satu Perjanjian baru dengan Musa (AS), dan Tuhan
menetapkan peraturan dan undang-undang Perjanjian baru di dalam Kitab Keluaran Bab
19-24:

Bab 19:
3 Lalu Musa pergi menghadap Tuhan, dan Tuhan memanggilnya dari gunung itu dan
berkata, “Inilah apa yang harus kamu katakan kepada keturunan Yaakub dan apa yang
harus kamu beritahukan kepada bani Israel:
4 ‘Kamu sendiri telah melihat apa yang telah aku lakukan kepada Mesir, dan bagaimana aku
membawa kamu di atas sayap burung helang dan membawa kamu kepada diriku.
5 Sekarang jika kamu taat kepadaku sepenuhnya dan memelihara perjanjianku, maka
daripada semua bangsa, kamulah yang akan menjadi kepunyaanku yang bernilai. Walaupun

1
AlKitab Yang Suci, Kitab Kejadian, Bab 15, Ayat 13
seluruh bumi adalah milikku,
6 kamu akan menjadi bagiku sebuah kerajaan dari para pendeta dan satu bangsa yang
suci.’” 2

Bab 20:
1 Dan Tuhan telah berfirman segala firman ini:
2 “Akulah Tuhan, Tuhanmu yang telah membawa kamu keluar dari Mesir, dari tanah
perhambaan.
3 Kamu mestilah tidak mempunyai tuhan-tuhan lain melainkan aku.
4 Janganlah kamu membuat bagi dirimu sendiri satu imej di dalam bentuk apa-apa pun di
langit atas atau pada bumi di bawah atau di dalam air di bawah.
5 Janganlah kamu sujud kepada mereka atau menyembah mereka; kerana aku, al-Rabb,
Tuhan kamu, adalah Tuhan yang cemburu, yang menghukum anak-anak kerana dosa ibubapa
hingga ke generasi ketiga dan keempat dari mereka yang membenci aku,
6 tetapi menunjukkan kasih sayang kepada seribu generasi mereka yang mengasihiku dan
memelihara perintah-perintahku.
7 Janganlah kamu menyalahgunakan nama al-Rabb, Tuhanmu, kerana Tuhan tidak akan
menganggap sesiapa pun tidak bersalah akan mereka yang menyalahgunakan namanya.
8 Ingatlah hari Sabat dengan memelihara kesuciannya.
9 Enam hari lamanya kamu harus bekerja dan melakukan semua pekerjaanmu,
10 tetapi hari ketujuh ialah hari Sabat bagi al-Rabb, Tuhanmu. Padanya kamu tidak boleh
melakukan apa-apa pekerjaan, baik kamu, mahupun anak lelaki atau anak perempuan kamu,
mahupun hamba lelaki atau perempuan kamu, mahupun haiwan-haiwan kamu, mahupun
mana-mana warga asing yang tinggal di bandar kamu.
11 Kerana dalam enam hari Tuhan telah jadikan langit dan bumi, lautan, dan segala isi di
dalamnya, tetapi dia berehat pada hari ketujuh. Oleh itu, Tuhan memberkati hari Sabat dan
menjadikannya suci.
12 Hormatilah ayahmu dan ibumu, supaya kamu dapat hidup lama di tanah yang al-Rabb,
Tuhanmu akan kurniakan kepada kamu.
13 Janganlah kamu membunuh.
14 Janganlah kamu melakukan zina.
15 Janganlah kamu mencuri.
16 Janganlah kamu berikan kesaksian palsu terhadap tetanggamu.
17 Janganlah kamu dambakan rumah tetanggamu. Janganlah kamu dambakan isteri
tetanggamu, atau hambanya, lelaki atau perempuan, lembu atau keldainya, atau apa sahaja
kepunyaan tetanggamu.”
18 Apabila orang ramai melihat guruh dan kilat dan mendengar sangkakala dan melihat
gunung itu berasap, mereka menggeletar dengan ketakutan. Mereka kekal berjauhan
19 dan berkata kepada Musa, “Cakaplah kepada kami sendiri dan kami akan mendengar.
Tetapi jangan bagi Tuhan bercakap dengan kami atau kami akan mati.”
20 Musa berkata kepada kaum itu, “Jangan takut. Tuhan telah datang untuk menguji kamu,
supaya ketakutan kepada Tuhan akan berada bersama kamu untuk mencegah kamu daripada
berbuat dosa."
21 Kaum itu tetap menjauhi, sementara Musa menghampiri kegelapan pekat di mana Tuhan
berada.
22 Kemudian Tuhan berfirman kepada Musa, “Beritahulah kepada bani Israel hal ini: 'Kamu
telah melihat sendiri bahawa aku telah berfirman kepadamu dari syurga:
23 Jangan jadikan mana-mana tuhan sebagai sekutuku; jangan jadikan untuk diri kamu

2
AlKitab Yang Suci, Kitab Keluaran, Bab 19, Ayat 3-6
tuhan-tuhan dari perak atau tuhan-tuhan dari emas.
24 Buatkan sebuah mazbah dari tanah untukku dan korbankan di atasnya korban bakaranmu
dan korban rakan sekutumu, kambing biri-biri dan kambing dan lembumu. Di mana sahaja
aku sebabkan namaku dimuliakan, aku akan datang kepadamu dan berkatimu.
25 Jika kamu membuat sebuah mazbah dari batu untukku, janganlah kamu membinanya
dengan batu berhias, kerana kamu akan mengotorinya jika kamu menggunakan alatan
padanya.
26 Dan jangan naik ke mazbahku dengan anak tangga, atau alat sulitmu mungkin akan
terdedah.’” 3

Bab 21:
1 Inilah hukum-hukum yang harus kamu tetapkan ke atas mereka:
2“Jika kamu membeli seorang hamba Ibrani, dia harus berkhidmat kepadamu selama enam
tahun. Tetapi pada tahun ketujuh, dia akan bebas pergi, tanpa membayar apa-apa.
3 Jika dia datang seorang diri, dia akan dibebaskan pergi sendirian; tetapi jika dia
mempunyai isteri apabila dia datang, isterinya harus pergi bersamanya.
4 Jika tuannya memberinya seorang isteri dan isterinya melahirkan anak lelaki atau
perempuan baginya, perempuan itu dan anak-anaknya akan menjadi milik tuannya, dan
hanya lelaki itu sahaja yang akan dibebaskan pergi.
5 Tetapi jika hamba itu membuat pengakuan, ‘Saya sayangkan tuan saya dan isteri serta
anak-anak saya dan tidak mahu dibebaskan pergi ,'
6 maka tuannya perlu membawakannya ke hadapan para hakim. Dia hendaklah
membawanya ke pintu atau tiang pintu dan menebuk telinganya dengan alat penebuk telinga.
Maka dia akan menjadi hambanya seumur hidup.
7 Jika seorang lelaki menjual anak perempuannya sebagai seorang hamba, dia tidak boleh
dibebaskan sepertimana hamba lelaki.
8 Jika dia tidak berkenan kepada tuan yang telah memilih dia untuk dirinya sendiri, tuannya
mesti membiarkannya ditebus. Tuannya tidak mempunyai hak untuk menjualnya kepada
orang asing, kerana tuannya telah melanggar kepercayaan dengannya.
9 Jika tuannya memilihnya untuk anak lelakinya, tuannya mesti memberikannya hak sebagai
seorang anak perempuan.
10 Jika si anak lelaki itu berkahwin dengan wanita lain, dia tidak boleh menafikan yang
pertama dari segi makanan, pakaian dan hak dalam perkahwinan.
11 Jika si anak lelaki itu tidak berikan kepadanya akan tiga perkara ini, dia boleh pergi
dengan bebas, tanpa sebarang bayaran wang.
12 Sesiapa yang memukul seseorang dengan pukulan yang membawa maut hendaklah
dihukum mati.
13 Walau bagaimanapun, jika ianya dilakukan dengan tidak sengaja, tetapi Tuhan yang
membiarkan hal itu terjadi, mereka harus melarikan diri ke tempat yang aku akan tentukan.
14 Tetapi jika seseorang merancang dan membunuh seseorang dengan sengaja, orang itu
mesti diambil dari mazbahku dan dibunuh.
15 Sesiapa yang menyerang bapa atau ibunya mesti dihukum mati.
16 Sesiapa yang menculik seseorang mestilah dihukum mati, sama ada mangsa telah dijual
atau masih dalam simpanan penculik.
17 Sesiapa yang melaknat ayah atau ibunya harus dihukum mati.
18 Jika orang bergaduh dan seseorang memukul yang lain dengan sebiji batu atau dengan
penumbuk mereka dan mangsa tidak mati tetapi tersadai di katil,
19 orang yang memukulnya tidak akan dipertanggungjawabkan jika yang dipukul dapat
bangun dan berjalan-jalan di luar dengan tongkat; Walaubagaimanapun, pihak yang
3
AlKitab Yang Suci, Kitab Keluaran, Bab 20, Ayat 1-26
bersalah mesti membayar orang yang tercedera itu bagi sebarang kerugian masa dan
memastikan bahawa mangsa telah sembuh sepenuhnya.
20 Sesiapa yang memukul hamba lelaki atau perempuan mereka dengan batang kayu mesti
dihukum jika hamba itu mati sebagai akibat langsung,
21 tetapi mereka tidak akan dihukum jika hamba itu sembuh selepas satu atau dua hari,
kerana hamba itu adalah harta milik mereka.
22 Jika orang bergaduh dan memukul seorang wanita hamil dan dia bersalin pramatang
tetapi tiada kecederaan serius, pesalah mesti didenda dengan apa sahaja tuntutan suami
wanita itu dan mahkamah membenarkannya.
23 Tetapi jika ada kecederaan yang serius, kamu hendaklah mengambil nyawa sebagai ganti
nyawa,
24 mata dengan mata, gigi dengan gigi, tangan dengan tangan, kaki dengan kaki,
25 melecur dengan melecur, luka dengan luka, lebam dengan lebam.
26 Pemilik yang memukul mata hamba lelaki atau perempuan dan merosakkannya mesti
membebaskan hamba itu sebagai bayaran ganti rugi untuk mata tersebut.
27 Dan pemilik yang menyebabkan tercabutnya gigi hamba lelaki atau perempuan mesti
membebaskan hamba itu untuk sebagai bayaran ganti rugi gigi tersebut.
28 Jika seekor lembu jantan menanduk seorang lelaki atau perempuan sehingga mati, lembu
jantan itu hendaklah direjam hingga mati, dan dagingnya tidak boleh dimakan. Tetapi
pemilik lembu jantan itu tidak akan dipertanggungjawabkan.
29 Walaubagaimanapun, jika lembu jantan itu mempunyai tabiat suka menanduk dan
pemiliknya telah diberi amaran tetapi masih tidak mengikatkannya dan ia membunuh
seorang lelaki atau wanita, lembu jantan itu hendaklah direjam dan pemiliknya juga akan
dihukum mati.
30 Namun, jika bayaran dituntut, pemilik boleh menebus nyawanya dengan membayar apa
sahaja yang dituntut.
31 Undang-undang ini juga terpakai jika lembu jantan menanduk anak lelaki atau anak
perempuan.
32 Jika lembu jantan itu menanduk hamba lelaki atau perempuan, pemiliknya harus
membayar tiga puluh keping perak kepada tuan hamba tersebut, dan lembu jantan itu
hendaklah direjam dengan batu sampai mati.
33 Jika seseorang membuka lubang atau menggalinya dan tidak menutupnya dan seekor
lembu atau keldai jatuh ke dalamnya,
34 orang yang membuka lubang harus membayar kerugian kepada pemiliknya dan
mengambil binatang yang mati itu sebagai pertukaran.
35 Jika lembu jantan seseorang mencederakan lembu jantan orang lain dan mati, kedua-dua
pihak hendaklah menjual yang hidup. dan bahagikan kedua-dua wang dan haiwan yang mati
itu sama rata.
36 Namun, jika diketahui bahawa lembu jantan itu mempunyai tabiat menanduk, namun
pemiliknya tidak mengikatnya, pemiliknya harus membayar, binatang dengan binatang, dan
mengambil binatang yang mati sebagai gantiannya.” 4

Bab 22:
1 “Sesiapa yang mencuri lembu atau biri-biri dan menyembelihnya atau menjualnya
hendaklah membayar balik lima ekor lembu untuk lembu dan empat biri-biri bagi biri-biri.
2 Jika seorang pencuri ditangkap menceroboh masuk pada waktu malam dan terkena
pukulan maut, orang yang mempertahankan diri itu adalah tidak bersalah di atas
pertumpahan darah tersebut;
3 tetapi jika ia berlaku selepas matahari terbit, orang yang mempertahankan diri itu adalah
4
AlKitab Yang Suci, Kitab Keluaran, Bab 21, Ayat 1-36
bersalah kerana menumpahkan darah. Sesiapa yang mencuri sudah tentu mesti membayar
balik, tetapi jika mereka tidak mempunyai apa-apa, mereka mesti dijual untuk membayar
bagi pencurian mereka.
4 Jika haiwan yang dicuri itu didapati masih hidup dalam simpanan mereka—sama ada
lembu atau keldai atau biri-biri—mereka mesti membayar balik dua kali ganda.
5 Jika seseorang menggembalakan ternakan mereka di ladang atau kebun anggur dan
membiarkan mereka tersesat dan mereka merumput di padang orang lain, pesalah mesti
mengganti semula dengan memberikan ladang terbaik mereka sendiri atau ladang anggur.
6 Jika api menyala dan merebak ke semak berduri sehingga membakar berkas biji-bijian
atau gandum yang hidup ataupun seluruh ladang, orang yang menyalakan api harus
membayar ganti rugi.
7 Jika sesiapa memberi jirannya perak atau barang-barang untuk disimpan dan ianya dicuri
daripada rumah jiran, pencuri, jika ditangkap, mesti membayar balik dua kali ganda.
8 Tetapi jika pencuri itu tidak dijumpai, pemilik rumah itu mesti menghadap hakim, dan
mereka mesti menentukan sama ada pemilik rumah itu telah mengambil harta orang tersebut.
9 Dalam semua kes pemilikan haram lembu, keldai, biri-biri, pakaian, atau sebarang
kehilangan harta benda lain yang mana seseorang berkata, ‘Ini milik saya,’ kedua-dua pihak
hendaklah membawa kes mereka ke hadapan hakim. Orang yang hakim isytiharkan bersalah
mestilah membayar balik dua kali ganda kepada yang lain.
10 Jika seseorang memberikan seekor keldai, lembu, biri-biri atau binatang lain kepada
jirannya untuk disimpan dan ia mati atau cedera atau dibawa pergi ketika tiada siapa yang
melihat,
11 isu di antara mereka ini akan diselesaikan dengan bersumpah di hadapan Tuhan bahawa
jiran itu tidak menyentuh harta orang tersebut. Pemilik harus menerima ini, dan tidak
dikenakan ganti rugi.
12 Tetapi jika haiwan itu dicuri daripada jiran, bayaran balik mesti dibuat kepada
pemiliknya.
13 Jika ianya dirobek oleh binatang buas, jiran itu hendaklah membawa cebisan-cebisan itu
sebagai bukti dan tidak perlu membayar untuk haiwan yang dirobek itu.
14 Jika seseorang meminjam seekor binatang daripada jirannya dan haiwan itu cedera atau
mati semasa pemiliknya tiada, mereka mesti membuat pembayaran ganti rugi.
15 Tetapi jika pemiliknya ada bersama dengan haiwan itu, si peminjam tidak perlu
membayar. Jika haiwan itu disewa, wang yang telah dibayar sebagai sewaan itu adalah
dikira untuk menanggung kerugian tersebut.
16 Jika seorang lelaki menggoda seorang anak dara yang tidak dijanjikan untuk dikahwini
dan tidur dengannya, dia mesti membayar mahar pengantin perempuan, dan gadis itu akan
menjadi isterinya.
17 Jika bapanya benar-benar enggan memberikan gadis itu kepadanya, dia tetap harus
membayar mahar pengantin perempuan untuk dara tersebut.
18 Jangan biarkan ahli sihir hidup.
19 Sesiapa yang bersetubuh dengan binatang mestilah dibunuh.
20 Sesiapa yang mempersembahkan korban kepada tuhan lain selain daripada Tuhan mesti
dimusnahkan.
21 Jangan menganiaya atau menindas orang asing, kerana kamu dulunya adalah orang
asing di Mesir.
22 Jangan mengambil kesempatan terhadap janda atau anak yatim.
23 Jika kamu berbuat demikian dan mereka merintih kepadaku, aku pasti akan mendengar
rintihan mereka.
24 Kemarahanku akan bangkit, dan aku akan membunuhmu dengan pedang; isteri kamu
akan menjadi janda dan anak-anak kamu tidak berbapa.
25 Jika kamu meminjamkan wang kepada salah seorang daripada umatku yang miskin di
antara kamu, janganlah memperlakukannya sebagai satu urusan perniagaan jangan kenakan
sebarang faedah.
26 Jika kamu mengambil jubah jiranmu sebagai gadaian, pulangkanlah ia sebelum matahari
terbenam,
27 kerana jubah itu adalah satu-satunya pelindung yang jiranmu ada. Dengan apa lagi yang
mereka boleh tidur di dalamnya? Bila mereka merintih kepadaku, aku akan mendengar,
kerana aku berbelas kasihan.
28 Jangan menghujat Tuhan atau mengutuk penguasa kaummu.
29 Janganlah kamu menahan korban dari jelapang-jelapangmu atau tong-tongmu. Kamu
mesti berikan kepadaku anak sulung dari anak-anakmu.
30 Lakukan perkara yang sama dengan lembu dan biri-biri kamu. Biarlah mereka tinggal
bersama ibunya selama tujuh hari, tetapi berikan kepadaku pada hari kelapan.
31 Kamu perlu menjadi umatku yang suci. Maka janganlah kamu memakan daging binatang
yang dirobekkan oleh binatang buas; lontarkanlah ia kepada anjing” 5

Bab 23:
1 “Jangan menyebarkan berita palsu. Jangan menolong orang yang bersalah dengan
menjadi saksi yang berniat jahat.
2 Jangan mengikut orang ramai dalam melakukan kesalahan. Apabila kamu memberi
kesaksian dalam tuntutan mahkamah, jangan menyeleweng dari keadilan dengan berpihak
kepada orang ramai,
3 dan jangan pilih kasih kepada orang miskin dalam tuntutan mahkamah.
4 Jika kamu terserempak dengan lembu atau keldai musuhmu yang merayau, pastikan kamu
mengembalikannya.
5 Jika kamu melihat keldai orang yang membenci kamu rebah kerana bebannya, jangan
tinggalkan ia di sana; pastikan kamu membantu mereka dengannya.
6 Jangan menafikan keadilan kepada orang miskin di kalangan kamu dalam tuntutan
mahkamah mereka.
7 Jangan ada kaitan dengan pertuduhan palsu dan jangan bunuh orang yang tidak bersalah
atau jujur, kerana aku tidak akan membebaskan orang yang bersalah.
8 Jangan menerima rasuah, kerana rasuah membutakan orang yang melihat dan
memutarbalikkan perkataan orang yang tidak bersalah. Raikan Perayaan Pengumpulan
pada akhir tahun, apabila kamu mengumpulkan hasil tuaianmu di ladang.
9 Jangan menindas orang asing; kamu sendiri tahu bagaimana rasanya menjadi orang
asing, kerana kamu dulunya adalah orang asing di Mesir.
10 Selama enam tahun kamu harus menyemai ladangmu dan menuai hasil tanamanmu,
11 tetapi pada tahun ketujuh hendaklah tanah itu tidak dibajak dan tidak digunakan.
Kemudian orang-orang miskin di antara kamu boleh mendapat makanan daripadanya, dan
binatang buas boleh makan apa yang tersisa. Lakukan perkara yang sama dengan kebun
anggur dan kebun zaitunmu.
12 Enam hari lakukanlah pekerjaanmu, tetapi pada hari ketujuh jangan bekerja, supaya
lembu dan keldaimu boleh berehat, dan supaya hamba yang lahir dalam rumahmu dan orang
asing yang tinggal di kalangan kamu boleh menjadi segar kembali.
13 Berhati-hatilah dalam melakukan segala yang telah aku katakan kepadamu. Jangan
menyebut nama tuhan lain; jangan biarkan mereka didengari di bibirmu.
14 Tiga kali setahun kamu harus meraikan perayaan untukku.
15 Raikan Perayaan Roti Tidak Beragi; selama tujuh hari makan roti yang dibuat tanpa ragi,
5
AlKitab Yang Suci, Kitab Keluaran, Bab 22, Ayat 1-31
sebagaimana aku perintahkan kamu. Lakukan ini pada waktu yang ditetapkan dalam bulan
Aviv, kerana dalam bulan itu kamu keluar dari Mesir.
Tiada sesiapapun yang akan tampil di hadapanku dengan tangan kosong.
16 Raikan Perayaan Menuai dengan hasil pertama yang kamu semai di ladang kamu.
17 Tiga kali setahun semua lelaki harus menghadap Tuhan Yang Berdaulat.
18 Jangan mempersembahkan darah korban kepadaku bersama apa-apa jua yang
mengandungi ragi. Lemak persembahan perayaanku tidak boleh disimpan sehingga pagi.
19 Bawalah yang terbaik dari hasil pertama tanahmu ke rumah Tuhanmu. Jangan memasak
anak kambing di dalam susu ibunya.
20 Lihat, aku mengutuskan seorang malaikat mendahului kamu untuk menjaga kamu di
sepanjang jalan dan untuk membawa kamu ke tempat yang aku telah sediakan.
21 Berikan tumpuan kepadanya dan dengarkan apa yang dia katakan. Jangan memberontak
kepadanya; dia tidak akan memaafkan pemberontakanmu, kerana Namaku ada di dalamnya.
22 Jika kamu mendengar dengan teliti apa yang dia katakan dan melakukan semua yang aku
katakan, aku akan menjadi musuh kepada musuh-musuhmu dan akan menentang orang yang
menentang kamu.
23 Malaikatku akan pergi mendahului kamu dan membawa kamu ke negeri orang Amori,
orang Het,orang Feriz, orang Kanaan, orang Hewi dan orang Yebus, dan aku akan
menghapuskan mereka.
24 Jangan sujud kepada tuhan mereka atau menyembah mereka atau mengikuti amalan
mereka. Kamu mesti musnahkan mereka dan menghancurkan batu-batu suci mereka.
25 Sembahlah al-Rabb Tuhanmu dan keberkahannya akan berada pada makanan dan airmu .
Aku akan menghilangkan penyakit dari kalangan kamu,
26 dan tidak seorang pun akan keguguran atau menjadi mandul di negerimu. Aku akan
berikan kamu jangka hayat yang penuh.
27 Aku akan menghantar kegerunan terhadapku mendahului kamu dan mengelirukan setiap
bangsa yang kamu akan hadapi. Aku akan buat semua musuhmu berpaling ke belakang dan
lari.
28 Aku akan menghantar tebuan mendahului kamu untuk mengusir orang Hewi, Kanaan dan
Het daripada laluan kamu.
29 Tetapi aku tidak akan mengusir mereka dalam satu tahun, kerana negeri itu akan menjadi
sunyi sepi dan haiwan liar menjadi terlalu banyak untuk kamu.
30 Sedikit demi sedikit aku akan mengusir mereka dari hadapanmu, sehingga kamu telah
bertambah ramai untuk mengambil pemilikan tanah itu.
31 Aku akan menetapkan sempadanmu dari Laut Merah hingga ke Laut Mediterranean, dan
dari padang gurun ke Sungai Furat. Aku akan menyerahkan ke tanganmu orang-orang yang
tinggal di negeri itu, dan kamu akan mengusir mereka di hadapan kamu.
32 Jangan membuat Perjanjian dengan mereka atau dengan tuhan mereka.
33 Jangan biarkan mereka tinggal di negerimu atau mereka akan menyebabkan kamu
membuat dosa terhadapku, kerana penyembahan tuhan-tuhan mereka pasti akan menjadi
jerat bagimu.” 6

Bab 24:
1 Kemudian Tuhan berfirman kepada Musa, “Naiklah kepada Tuhan, engkau dan Harun,
Nadab dan Abihu, dan tujuh puluh orang-orang tua Israel. Hendaklah kamu menyembah
dari jauh,
2 tetapi hanya Musa sahaja yang boleh mendekati Tuhan; yang lain tidak boleh datang
mendekat. Dan orang ramai tidak boleh datang bersamanya.”
3 Apabila Musa pergi dan memberitahu orang ramai semua firman dan hukum Tuhan,
6
AlKitab Yang Suci, Kitab Keluaran. Bab 23, Ayat 1-33
mereka menjawab dengan satu suara, “Segala yang telah difirmankan Tuhan akan kami
lakukan.”
4 Kemudian Musa menuliskan segala yang difirmankan Tuhan. Beliau bangun awal pagi
keesokan harinya dan mendirikan sebuah mazbah di kaki gunung itu dan mendirikan dua
belas tiang batu yang mewakili dua belas suku Israel.
5 Kemudian beliau menghantar lelaki muda bani Israel, dan mereka mempersembahkan
korban bakaran dan mengorbankan lembu jantan muda sebagai korban bersekutu kepada
Tuhan.
6 Musa mengambil separuh daripada darah itu dan mengisinya ke dalam mangkuk-mangkuk,
dan separuh lagi beliau memercikkannya ke atas mazbah.
7 Kemudian beliau mengambil Kitab Perjanjian dan membacakannya kepada orang ramai.
Mereka menjawab, “Kami akan lakukan segala yang Tuhan telah berfirman; kami akan
patuh.” 7

Perjanjian Keempat dengan Tuhan adalah lebih terperinci dengan lebih banyak
undang-undang dan arahan. Ini kerana keperluan manusia telah berubah dan undang-undang
yang lebih kompleks diperlukan untuk menguruskan hal ehwalnya. Apabila Perjanjian
Pertama turun, hanya ada Adam dan Hawa dan apabila Perjanjian Kedua ditubuhkan tidak
ada seorang pun selain Nuh (AS) dan keluarganya yang bersamanya di dalam Bahtera. Dan
apabila Perjanjian Ketiga ditetapkan, tidak ada seorang pun yang termaktub dalam Perjanjian
itu kecuali Ibrahim dan keluarganya (AS) dan mereka yang bersamanya, tetapi pada masa ini,
terdapat Musa (AS) dan enam ratus ribu bani Israel, jadi sudah tentu ada keperluan untuk
undang-undang dan ketetapan yang lebih kompleks. Setiap Perjanjian terikat dengan tanah.
Di dalam Perjanjian Adam Tuhan memberikan Adam (AS) Taman Eden (di Iraq zaman
moden). Di dalam Perjanjian Kedua Tuhan memberikan Nuh (AS) seluruh Bumi. Di dalam
Perjanjian Ketiga Tuhan memberikan Ibrahim (AS) tanah yang dijanjikan dari Sungai Nil
hingga Furat. Oleh itu, dalam Perjanjian Keempat Tuhan memberikan Musa (AS) dari Laut
Merah ke Laut Mediterranean dan dari padang pasir ke Sungai Furat. Tuhan memerintah
Musa (AS) dengan banyak perkara lain juga, seperti melarang umatnya bekerja pada hari
Sabat, atau hari Sabtu. Ini akan menjadi tanda Perjanjian Musa dengan Tuhan kerana tiada
kaum lain sebelum itu berehat dan tidak bekerja pada satu hari dalam seminggu. Banyak
bahagian lain dari Perjanjian sebelumnya telah disahkan dalam Perjanjian Musa. Salah satu di
antaranya adalah Khatan.

Satu lagi perkara yang menarik yang kami ingin sampaikan ialah di dalam Al-Qur’an
disebutkan dalam surah 2:124: “Dan [sebutkanlah, wahai Muhammad], ketika Ibrahim diuji
Tuhannya dengan perintah dan beliau memenuhinya. [Allah] berfirman, "Sesungguhnya Aku
akan menjadikan kamu seorang pemimpin bagi manusia". [Ibrahim] bersabda, "Dan dari
keturunanku?" Allah berfirman: "Perjanjianku tidak termasuk orang-orang yang zalim". 8
Jadi di sini kita melihat bahawa Perjanjian Tuhan tidak termasuk orang-orang yang zalim,
atau anak-anak Qabil. Anak-anak Qabil atau Syaitan tidak dilindungi oleh Tuhan dalam apa
jua cara, keadaan, atau bentuk. Tuhan seolah-olah membenarkannya walaupun mereka
dihapuskan. Dalam AlKitab ia menyatakan dalam Kitab Keluaran:

11 Dalam tempoh masa Musa semakin dewasa. Kemudian beliau pergi [menemui] kaumnya
sendiri dan melihat mereka menderita akibat kerja buruh paksa. Beliau melihat seorang
Ibrani, seorang daripada kaumnya sendiri, dipukul oleh seorang Mesir.
12 Beliau melihat sekeliling, dan apabila beliau tidak melihat sesiapa pun, beliau memukul

7
AlKitab Yang Suci, Kitab Keluaran, Bab 24, Ayat 1-7
8
Kitab Suci Al Quran, Surah 2 (Al-Baqarah), Ayat 124
orang Mesir itu sehingga mati dan menyembunyikan mayat itu di dalam pasir.
13 Apabila Musa pergi ke sana pada keesokan harinya, beliau melihat dua lelaki Ibrani
sedang bergaduh. Beliau bertanya kepada orang yang memulakan pergaduhan, "Mengapa
kamu memukul orang Ibrani yang lain?"
14 Orang itu bertanya, “Siapakah yang mengangkat kamu menjadi penguasa dan hakim
kami? Adakah kamu akan membunuh aku sepertimana kamu membunuh orang Mesir itu?”
Kemudian Musa merasa takut dan menyangka bahawa semua orang sudah mengetahui apa
yang telah beliau lakukan.
15 Apabila Firaun mendengar apa yang telah dilakukan oleh Musa, dia berusaha untuk
membunuhnya. Tetapi Musa melarikan diri dari Firaun dan menetap di tanah Madyan. 9

Di dalam Al-Qur’an ia menyatakan: “Dan beliau masuk ke kota itu tanpa disedari
penduduknya, dan beliau mendapati di sana ada dua orang sedang bergaduh, - salah
seorang dari golongannya (agamanya - dari Bani Israil), dan seorang lagi musuhnya. Orang
dari golongannya (sendiri) meminta pertolongannya terhadap musuhnya, maka Moosa
(Musa) memukulnya dengan penumbuknya dan membunuhnya. Beliau berkata: "Ini adalah
perbuatan syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh yang nyata yang menyesatkan.” 10

Ungkapan “amalan” atau “perbuatan” digunakan pada beberapa keadaan di dalam


Al-Qur'an, untuk menggambarkan seorang yang zalim. Pada peristiwa orang Mesir yang
dibunuh Musa, orang Mesir itu digambarkan sebagai “amalan” atau “perbuatan” Syaitan.
Dalam istilah anak Nuh (AS), dia digambarkan sebagai “amalan yang tidak soleh” atau
“perbuatan yang tidak soleh” Amalan dan perbuatan yang yang tidak soleh hanya datang dari
Syaitan dan keturunannya. Oleh itu, kita dapat melihat bahawa dari segi “perbuatan yang
tidak soleh” atau “perbuatan syaitan,” kedua-duanya adalah istilah yang menggambarkan
orang-orang yang merupakan keturunan dari Syaitan dan Qabil. Dalam kedua-dua situasi
adalah wajar dari segi etika dan moral untuk menghapuskan mereka demi memastikan
bahawa kebaikan dijulang dan kejahatan dihentikan. Tuhan memerintahkan Nuh (AS) untuk
meninggalkan seseorang mati dalam banjir dan Musa (AS) mewajarkan tindakannya dengan
mengatakan bahawa ianya adalah anak Syaitan. Ini adalah perlu untuk ditunjukkan kerana
ianya menjelaskan kenapa Perjanjian-perjanjian ini dan yang akan datang akan mewajarkan
penghapusan, penyeksaan dan penjarahan orang-orang yang tidak beriman. Ini adalah kerana
orang-orang kafir yang tetap di atas kekufuran mereka bukanlah sebahagian daripada
Perjanjian dan merupakan perbuatan/amalan/benih/anak-anak Syaitan.

Atas sebab ini anda akan dapati di dalam Taurat, Injil, dan Al-Qur’an banyak ayat
berkaitan dengan pembunuhan dan pemusnahan orang-orang bukan Israel, walaupun
kadang-kadang, ia melibatkan wanita dan kanak-kanak. Ambil kisah Saul, sebagai contoh,
Tuhan berfirman:

1 “Samuel berkata kepada Saul, ‘Akulah yang diutus Tuhan untuk melantik engkau menjadi
raja ke atas Israel umat-nya; jadi sekarang dengarlah pesanan dari Tuhan.
2 Inilah apa yang Tuhan Maha Kuasa firmankan, ‘Aku akan menghukum kaum Amalek
kerana perbuatan mereka terhadap Israel setelah mereka menyesatkan Israel ketika Israel
keluar dari Mesir.
3 Sekarang pergilah, seranglah kaum Amalek dan musnahkanlah semua kepunyaan mereka.

9
AlKitab Yang Suci, Kitab Keluaran, Bab 2, Ayat 11-15
10
Kitab Suci Al Quran, Surah 28 (Al-Qasas), Ayat 15
Jangan kasihankan mereka;bunuhlah lelaki dan perempuan, kanak-kanak dan bayi, lembu
dan biri-biri, unta-unta dan keldai-keldai.’” 11

Apakah dosa atau jenayah yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak dan bayi kecuali bahawa
mereka adalah keturunan Syaitan yang ditakdirkan untuk menyebarkan lebih banyak
kejahatan, kekacauan, dan kemusnahan? Tuhan juga memberikan Yushak perintah yang
serupa. Dalam Kitab Joshua ia menyatakan:

16 Kemudian para pendeta meniup trompet, dan Joshua berteriak: Bersedialah untuk
menjerit! Tuhan akan membenarkan kamu menawan kota ini.
17 Tetapi kamu mesti memusnahkannya dan segala yang ada di dalamnya, untuk
menunjukkan bahawa ianya kini milik Tuhan. Si wanita Rahab telah membantu pengintip
yang kami hantar, jadi lindungi dia dan orang lain yang berada di dalam rumahnya. Tetapi
bunuhlah orang lain di bandar itu.
18-19 Perak dan emas dan segala yang diperbuat daripada gangsa dan besi adalah
kepunyaan Tuhan dan mesti diletakkan di dalam perbendaharaannya. Berhati-hati dalam
mengikuti arahan-arahan ini, kerana jika kamu melihat sesuatu yang kamu mahu dan
mengambilnya, Tuhan akan membinasakan Israel. Dan semuanya akan menjadi salah kamu.
20 Para pendeta meniup trompet mereka lagi, dan para tentera menjerit sekuat yang mereka
mungkin. Dinding Jericho pun meruntuh. Kemudian para tentera bergegas naik ke bukit,
terus pergi ke dalam bandar, dan menawannya.
21 Mereka membunuh semua orang, lelaki dan perempuan, muda dan tua, setiap orang
kecuali Rahab dan yang lain yang berada di dalam rumahnya. Mereka malah membunuh
setiap lembu, biri-biri dan keldai.” 12

Contoh-contoh ini banyak terdapat di dalam AlKitab. Di dalam Al-Qur’an, kita lihat
persamaan bagaimana si hamba soleh lakukan bersama Musa (AS) dan di dalam Surah
Al-Kahf membunuh seorang budak bukan kerana sebarang dosa yang dia belum lakukan lagi,
namun cuma kerana dia tidak soleh dan telah ditakdirkan untuk membesar menjadi tidak
soleh atau satu benih dari Syaitan. Ingatlah bahawa hamba soleh itu adalah seorang khalifah
Tuhan di Bumi dengan kebolehan dapat melihat apa yang Musa (AS) belum dapat. Di dalam
Al-Qur’an ia menyatakan: “Maka, mereka terus bergerak sehinggalah apabila mereka
berjumpa seorang budak lelaki, beliau membunuhnya (budak lelaki tersebut). Beliau (Musa)
berkata, “Adakah kamu membunuh satu roh yang tidak bersalah walhal dia tidak membunuh
sesiapa? Kamu sememangnya telah lakukan satu perbuatan yang keji. Beliau berkata,
“Bukankah saya telah beritahu kamu yang kamu tidak dapat tahan bersabar denganku?”
Beliau (Musa) berkata, “Jika aku tanyakan kamu berkenaan sesuatu selepas ini, jangan
izinkanku menemani kamu. Kamu sekarang telah sampai ke satu titik dimana kamu
mempunyai alasan yang sah (untuk berpisah denganku) dari sisiku.” 13 Sehingga ia
dinyatakan: “Bagi budak lelaki itu, ibu bapanya adalah orang-orang beriman. Kami dapati
dia akan membuat pemberontakan dan kekafiran ke atas mereka. Kami, oleh itu, berharap
agar Tuhan mereka menggantikannya dengan seseorang yang lebih baik daripadanya dalam
ketaqwaan dan lebih cenderung terhadap belas ehsan.” 14 Jadi jelaslah, budak lelaki itu

11
AlKitab Yang Suci, Kitab 1 Samuel, Bab 15, Ayat 1-3
12
AlKitab Yang Suci, Kitab Yosua, Bab 6, Ayat 16-21
13
Kitab Suci Al-Qur’an, Surah 18 (Al-Kahf), Ayat 74-76
14
Kitab Suci Al-Qur’an, Surah 18 (Al-Kahf), Ayat 80-81
belum lagi melakukan sebarang dosa, tetapi jelas akan melakukannya kerana dia adalah satu
‘perbuatan syaitan.’

Ingatlah yang penumpahan dari darah seorang mukmin telah dilarang di dalam semua
agama-agama terdahulu kerana darah dari seorang mukmin dilindungi oleh Perjanjian
tersebut. Idea ini yang darah dari seorang kafir adalah dibenarkan untuk ditumpahkan
semata-mata kerana ia adalah seorang kafir pertama kali muncul apabila Tuhan mengarahkan
Nuh (AS) supaya meninggalkan anaknya, tetapi hakikatnya ia tidak pernah diamalkan
sebagai perundangan sehinggalah Perjanjian Musa. Ini mungkin salah satu dari penambahan
paling penting kepada Perjanjian Musa. Penjatuhan hukum terhadap darah dari Syaitan dan
anak-anaknya, yang akan sentiasa berkehendak untuk menumpahkan darah dari Adam dan
anak-anaknya. Mari kita jelaskan secara kategori: Kita tidak mengizinkan pertumpahan darah
orang-orang kafir. Kita cuma menggambarkan apa yang telah berlaku dibawah
Perjanjian-perjanjian terdahulu berdasarkan kisah-kisah di dalam AlKitab dan Al-Qur’an.
Jelas sekali, alasan yang ditunjukkan bagi campur tangan ilahi ini, atau pencegahan, adalah
untuk mencegah penyebaran kejahatan, maksiat, dan kerosakan dengan menghapuskan benih
Syaitan yang tidak dapat ditebus. Tentunya, hanya Tuhan dan wakilnya yang mampu untuk
memperolehi pengetahuan untuk bertindak lebih awal bagi menghapuskan akar umbi kepada
kejahatan dan kerosakan. Disini kita jelas melihat asal-usul kepada doktrin kepada tindakan
pencegahan dimana satu perundangan moral yang lebih tinggi dan pelaksanaannya
menggantikan sesuatu yang lebih rendah. Kita akan melihat bagaimana hal ini berkembang di
dalam Perjanjian-perjanjian seterusnya selaras dengan kesedaran manusia dan kefahaman
rohani yang berkembang.

Contoh lain dari Tuhan bertindak mencegah menghapuskan anak-anak yang belum
lagi melakukan dosa melainkan bahawa mereka adalah anak-anak dari Syaitan yang secara
lumrahnya membesar untuk melakukan kejahatan dan dosa-dosa adalah hukuman ke atas
Bangsa Mesir pada zaman Musa (AS). Ini biasanya dikenali sebagai kematian dari kelahiran
sulung. Di dalam AlKitab ia menyatakan: “Ini adalah apa yang TUHAN firmankan:
‘Kira-kira tengah malam aku akan pergi sekitar Mesir. Setiap kelahiran sulung anak lelaki di
Mesir akan mati, dari kelahiran sulung anak lelaki kepada Firaun, yang duduk di takhta,
kepada kelahiran sulung dari hamba perempuan, yang padanya penggiling tangan, dan
semua kelahiran sulung kawanan lembu juga.”15

Di sini terdapat ayat-ayat lain di mana Tuhan melaksanakan pembunuhan kepada


kanak-kanak dan bayi baru lahir di dalam AlKitab:

Yesaya 13:16 – “Anak-anak mereka juga akan dihancurkan di hadapan mata mereka;
rumah-rumah mereka akan dijarah, dan isteri-isteri mereka diperkosa.” 16

15
AlKitab Yang Suci, Kitab Keluaran, Bab 11, Ayat 4-5
16
AlKitab Yang Suci, Kitab Yesaya, Bab 13, Ayat 16
Hosea 13:16 – “Sumeria akan menjadi sunyi sepi; kerana dia telah memberontak terhadap
Tuhannya: mereka akan direbahkan dengan pedang: bayi-bayi mereka akan dihancurkan,
dan wanita-wanita mereka yang mengandung akan dirobek-robek.” 17

2 Raja-raja 15:16 – “Kemudian Menahem musnahkan Tirzah, dan semua yang berada di
dalamnya, dan pantai-pantai yang merangkumi dari Tirzah: kerana mereka tidak membuka
untuknya, oleh itu beliau musnahkannya; dan semua wanita di dalamnya yang mengandung
beliau robek-robekkan.” 18

Bilangan 31:17 – “Maka sekarang bunuhlah setiap laki-laki diantara anak-anak kecil, dan
bunuhlah setiap wanita yang telah mengenali lelaki yang tidur bersamanya.” 19

Kami ingin menekankan beberapa perkara penting setakat ini:

1. Walaupun kami masukkan beberapa perundangan baru dalam bab ini, masih ada
banyak lagi perundangan yang disenaraikan di dalam Taurat dan secara spesifiknya
dalam keseluruhan kitab Imamat yang menunjukkan betapa kompleks dan betapa
banyak perundangan yang ditetapkan di dalam Perjanjian Keempat. Ini adalah kerana
sekarang Musa (AS) secara efektifnya menjadi ketua negara, memimpin satu bangsa
dari lebih setengah juta Bangsa Israel. Dan kewujudan satu bangsa dan semua
masalah-masalah peribadi dan aduan-aduan dan isu-isu berkaitan dengannya
memerlukan untuk mewujudkan undang-undang yang menangani setiap isu yang
masyarakat hadapi pada ketika itu. Anda boleh membaca semua perundangan tersebut
di dalam Taurat.

2. Kewujudan sebuah bangsa dan penubuhan satu negara-bangsa pasti akan membawa
kepada timbulnya ancaman dan peperangan dengan rakyat-rakyat yang berjiran Jika
Tuhan bersama dengan bangsa Israel maka musuh-musuh Israel adalah musuh-musuh
kepada Tuhan. Dan lumrahnya perundangan mesti dibuat yang membolehkan
anak-anak Adam mempertahankan diri mereka secara efektif dari anak-anak Qabil.
Sebelumnya, di dalam tiga Perjanjian awal, kebaikan sentiasa diatasi bilangannya
berbanding kejahatan, dan tidak pernah benar-benar mempunyai sumber-sumber atau
keupayaan untuk mempertahankan diri sendiri. Di dalam Perjanjian ini, anak-anak
Adam, untuk pertama kali, mempunyai peluang yang jarang didapati untuk
mempertahankan diri mereka daripada anak-anak Syaitan dan Qabil. Oleh itu,
keizinan telah diberikan kepada Bani Israel untuk menghapuskan setiap lelaki, wanita
dan anak-anak keturunan dari Syaitan dan Qabil.

3. Banyak sekatan wujud dimana sebelumnya tidak ada dengan tiga Perjanjian pertama.
Perundangan yang menangani isu perkahwinan, penzinaan, kecurangan dan
homoseksualiti semuanya telah dikuatkuasakan bagi melindungi keharmonian dan
17
AlKitab Yang Suci, Kitab Hosea, Bab 13, Ayat 16
18
AlKitab Yang Suci, Kitab 2 Raja-raja, Bab 15, Ayat 16
19
AlKitab Yang Suci, Kitab Bilangan, Bab 31, Ayat 17
perpaduan di dalam masyarakat. Jadi jika sesiapa mengambil isteri seseorang, mereka
akan dihukum kerana ianya akan memberi kesan kepada keharmonian masyarakat.
Walaupun sebelumnya tiada perundangan jelas yang menghalang sebagai contoh,
penyatuan seksual di luar pernikahan, bahkan tiada langsung perundangan jelas
berkaitan perkahwinan, masih ada manusia yang membuat persetujuan dan
persefahaman di antara lelaki dan wanita dan jiran-jiran yang mereka rasa boleh
diterima dan tidak boleh diterima. Dan Bani Israel mendapati ianya tidak dapat
diterima yang seorang wanita tidur dengan orang lain selain lelaki yang telah
mengambilnya, dan kerana itu ianya diterima pakai di dalam perundangan Musa. Bani
Israel juga mendapati ianya boleh diterima yang seorang lelaki mengambil seramai
mana isteri yang dia mampu dan kerana itu ianya diterima pakai oleh Musa dan ianya
dimasukkan ke dalam perundangan. Dan begitu juga dengan larangan pemakanan dan
yang selainnya: “Semua makanan adalah halal kepada Bani Israel melainkan apa
yang Israel telah jadikan haram kepada dirinya sendiri sebelum Taurat didedahkan.
Katakanlah, [Wahai Muhammad], “Jadi bawakan Taurat dan bacakannya, sekiranya
kamu benar.” 20 Ini mungkin salah satu dari ayat-ayat Al-Qur’an terpenting yang
berkaitan kepada perbincangan ini kerana ia menunjukkan semuanya halal
(dibolehkan) bagi Bani Israel sebelum Taurat (Perjanjian Keempat). Dan ianya
larangan yang Israel letakkan ke atas dirinya sendiri yang kemudiannya diterima
pakai oleh Musa dan ditetapkan sebagai perundangan ilahi. Dan Tuhan memberitahu
kita di dalam ayat ini bahawa jika kamu tidak mempercayaiku pulanglah dan kajilah
Taurat dan lihatlah proses kemajuan perundangan daripada Perjanjian Pertama hingga
kepada Keempat dan lihatlah sendiri.

Selepas Musa wafat, Yushak anak kepada Nun menakluki kota-kota dan
bangsa-bangsa di sekelilingnya, menghapuskan ramai anak-anak Qabil dan sebuah kerajaan
yang hebat telah ditubuhkan, Kerajaan Israel. Saul telah menjadi Raja Bani Israel pertama
dan beliau dilantik secara ilahi oleh Tuhan melalui Nabi Samuel. Dan dengan itu Kerajaan
Bani Israel menjadi satu-satunya bangsa yang mempunyai raja-raja yang dilantik secara ilahi
oleh Tuhan. Ketuanan Tuhan adalah sistem kerajaan yang mereka ada dan kerana itulah
mereka adalah umat pilihan Tuhan. Walaupun ramai penguasa-penguasa dan raja-raja lain
mendakwa sebagai keturunan dari para Dewa atau mendakwa mendapat pengesahan daripada
para Dewa, Israel adalah satu-satunya kerajaan yang para pemimpinnya benar-benar dari
Tuhan dan dilantik oleh Tuhan dan dapat mengemukakan nama-nama mereka ada di dalam
wasiat para Nabi dan Rasul sebelumnya, dapat mengemukakan ilmu pengetahuan, dan
menyeru kepada Ketuanan Tuhan. Raja Daud telah menjadi raja kedua Israel. Dan sekarang
kita lihat sesuatu yang menarik kerana terdapatnya percanggahan ketara. Raja Daud
nampaknya melanggar salah satu daripada perundangan Musa sebagai ketua negara.

1 Pada musim bunga, ketika raja-raja pergi berperang, Daud mengutus Joab keluar bersama
orang-orang raja dan seluruh tentera Israel. Mereka membinasakan bani Amon dan

20
Kitab Suci Al-Qur’an, Surah 3 (Al Imran), Ayat 93
mengepung Rabbah. Tetapi Daud kekal berada di Jerusalem.
2 Pada suatu petang Daud bangun dari tempat tidurnya dan berjalan-jalan di atas bumbung
istana. Dari atas bumbung beliau nampak seorang wanita sedang mandi. Wanita itu sangat
cantik,
3 Dan Daud telah menghantar seseorang untuk mengetahui tentangnya. Lelaki itu berkata,
"Bukankah dia ini ialah Bathsheba, anak Eliam dan isteri Uriah, orang Het."
4 Kemudian Daud menghantar utusan untuk mendapatkannya. Dia datang kepadanya, dan
beliau tidur dengannya. (Dia telah menyucikan dirinya dari ketidaksucian bulanannya.)
Kemudian dia kembali ke rumah.

5 Wanita itu telah mengandung dan menghantar pesan kepada Daud, mengatakan, “Saya
sedang hamil.”
6 Maka Daud menghantar pesan kepada Joab: “Hantarkan saya Uriah si Het.” Dan Joab
menghantarnya kepada Daud.
7 Apabila Uriah datang kepadanya, Daud menanyakannya bagaimana keadaan Joab,
bagaimana keadaan para tentera dan bagaimana situasi peperangan.
8 Kemudian Daud berkata kepada Uriah, “Pulanglah ke rumah kamu dan basuhlah kaki
kamu.” Jadi Uriah meninggalkan istana itu, dan sebuah hadiah daripada raja telah dihantar
untuknya.
9 Tetapi Uriah tidur di gerbang masuk istana bersama semua hamba tuannya dan tidak
pulang ke rumahnya.
10 Apabila Daud diberitahu, “Uriah tidak pulang ke rumah.” Jadi beliau bertanyakan dia,
“Bukankah kamu baru pulang dari jauh? Kenapa kamu tidak pulang ke rumah?”
11 Uriah berkata kepada Daud, “Bahtera itu dan Israel dan Judah sedang berada di
khemah, dan panglimaku Joab dan para lelaki tuanku sedang berkhemah di padang terbuka.
Macam mana saya boleh ke rumahku untuk makan dan minum dan tidur bersama isteriku?
Pastinya selagi mana kamu hidup, saya tidak akan melakukan satu perkara sebegitu!”
12 Kemudian Daud berkata kepadanya, “Tinggallah di sini sehari lagi, dan esok saya akan
hantar kamu pulang.” Jadi Uriah kekal di Jurusalem pada hari itu dan hari seterusnya.
13 Dengan jemputan Daud, dia makan dan minum bersamanya, dan Daud membuatkannya
mabuk. Tetapi pada petangnya Uriah keluar untuk tidur di tikar bersama hamba-hamba
tuannya; dia tidak pulang ke rumah.
14 Pada waktu pagi Daud menulis satu surat kepada Joab dan menghantarnya bersama
Uriah.
15 Di dalamnya beliau menulis, “Letakkan Uriah di hadapan di mana pertempuran yang
paling sengit. Kemudian jauhkan diri daripadanya supaya dia akan ditetak dan mati.”
16 Jadi bilamana Joab telah mengepung bandar itu, dia letakkan Uriah di satu tempat di
mana dia tahu adanya pertahanan yang paling kuat.
17 Apabila para lelaki dari bandar itu keluar dan melawan Joab, beberapa lelaki dari
tentera Daud jatuh mati; lebih-lebih lagi, Uriah si Het telah mati.
18 Joab hantarkan Daud satu laporan penuh tentang pertempuran itu.
19 Dia mengarahkan utusan itu: “Apabila kamu telah selesai memberi laporan pertempuran
ini kepada raja,
20 Raja mungkin akan naik angin, dan dia akan bertanya kamu, “Kenapa kamu pergi
merapati ke bandar untuk bertarung? Bukankah kamu tahu yang mereka akan menembak
anak-anak panah dari benteng?
21 Siapa yang telah membunuh Abimelek anak kepada Jerub-Besheth? Bukankah seorang
wanita telah menjatuhkan sebiji batu giling ke atasnya dari benteng itu supaya dia mati di
Thebez? Kenapa kamu pergi sangat hampir dengan benteng itu? Jika dia bertanya kamu hal
ini, maka katakan kepadanya, ‘Lagipun, hamba kamu Uriah si Het telah mati.’”
22 Utusan itu berangkat, dan apabila dia tiba dia memberitahu Daud segalanya
sebagaimana Joab menghantarnya untuk beritahu.
23 Si utusan berkata kepada Daud, “Para lelaki itu mengatasi kami dan keluar melawan
kami secara terbuka, tetapi kami menghalau mereka kembali ke pintu masuk gerbang bandar
itu.
24 Kemudian para pemanah menembak panah-panah kepada hamba-hamba kamu dari
benteng, dan beberapa lelaki raja telah mati. Lagipun, hamba kamu Uriah si Het telah
mati.”
25 Daud memberitahu utusan itu, “Katakan ini kepada Joab: ‘Jangan biarkan hal ini
mengecewakanmu; yang pedang memakan seseorang dan juga yang lain. Kuatkan serangan
ke atas bandar itu dan musnahkannya.’ Katakan ini sebagai satu galakan untuk Joab.”
26 Apabila isteri Uriah mendengar yang suaminya telah mati, dia meratapinya.
27 Selepas waktu meratapi telah selesai, Daud membuatkan dia dibawa ke rumahnya, dan
dia menjadi isterinya dan melahirkan untuknya seorang anak lelaki. Tetapi perkara yang
Daud telah lakukan tidak disenangi Tuhan.21

Nathan Menegur Daud:

1 Tuhan telah menghantar Nathan kepada Daud. Apabila beliau datang kepadanya, beliau
berkata, “Ada dua lelaki di sebuah kota tertentu, seorang kaya dan yang lainnya miskin.
2 Si lelaki kaya itu mempunyai biri-biri dan lembu yang sangat banyak,
3 tetapi si lelaki miskin tiada apa-apa melainkan seekor kambing betina kecil yang dibelinya.
Dia membesarkannya, dan ia membesar dengannya dan anak-anaknya. Ia berkongsi
makanannya, meminum dari cawannya malah tidur dilengannya. Ianya seperti seorang anak
perempuan baginya.
4 Sekarang seorang pengembara telah datang kepada orang kaya tersebut, tetapi orang kaya
itu mengelak daripada mengambil salah seekor daripada biri-birinya atau lembunya untuk
dijadikan satu juadah untuk si pengembara yang telah datang kepadanya. Sebaliknya, dia
mengambil kambing betina yang dimiliki oleh orang miskin itu dan menyediakannya untuk
orang yang telah datang kepadanya.”
5 Daud terbakar marah terhadap lelaki tersebut dan berkata kepada Nathan, “Pastinya
selagi mana Tuhan hidup, lelaki tersebut yang melakukan ini mesti mati!
6 Dia mesti membayar untuk kambing itu empat kali ganda, kerana dia telah melakukan
perkara sebegitu dan tiada belas kasihan.”
7 Kemudian Nathan telah berkata kepada Daud, “Kamulah lelaki itu! Ini apa yang Tuhan,
Tuhan kepada Israel, katakan: ‘Aku melantik kamu raja ke atas Israel, dan Aku serahkanmu
dari tangan Saul.
21
AlKitab Yang Suci, Kitab 2 Samuel, Bab 11, Ayat 1-27
8 Aku telah berikan rumah tuan kamu kepadamu, dan isteri-isteri tuan kamu pada lenganmu.
Aku telah berikan seluruh Israel dan Yehuda. Dan jika semua ini adalah sangat sedikit, Aku
mungkin akan berikanmu lebih banyak lagi.
9 Kenapa kamu hinakan kata Tuhan dengan kelakuan yang jahat di matanya? Kamu
memukul Uriah si Het dengan pedang dan mengambil isterinya menjadi milik kamu. Kamu
telah membunuhnya dengan pedang Bangsa Ammon.
10 Sekarang, oleh yang demikian, pedang tidak akan beranjak dari rumahmu, kerana kamu
telah menghinaku dan mengambil isteri Uriah si Het untuk menjadi milikmu.’
11 Ini adalah apa yang Tuhan katakan: ‘Dari isi rumah kamu sendiri aku akan bawakan
musibah ke atas kamu. Di hadapan matamu sendiri aku akan mengambil isteri-isterimu dan
berikan mereka kepada seseorang yang dekat denganmu, dan dia akan tidur dengan
isteri-isterimu pada waktu cerah siang hari.
12 Kamu lakukannya dengan rahsia, tetapi aku akan lakukan perkara ini pada waktu cerah
siang hari di hadapan seluruh Israel.’”
13 Maka Daud telah berkata kepada Nathan, “Aku telah berdosa kepada Tuhan.”
Nathan menjawab, “Tuhan telah membuang dosamu. Kamu tidak akan mati.
14 Tetapi disebabkan kelakuan ini kamu telah tunjukkan penghinaan kepada Tuhan, anak
lelaki yang lahir dari kamu akan mati.” 22

Walaupun perkara tersebut tidak disenangi Tuhan dan Tuhan murka terhadap Daud
kerana menyebabkan Uriah dibunuh dengan cara sebegitu, Tuhan masih mengampunkan
Daud dan tidak menyalahkan Bathsheba langsung. Dan dia berkati Daud dan Bathsheba dan
selepas menghukum Daud dengan kematian anak lelakinya bersama Bathsheba, dia
menyebabkan mereka mendapat seorang anak lelaki baru, dan mereka namakannya Sulaiman.
Bagi memahami kisah ini kita mesti tunjukkan beberapa perkara. Pertamanya, konsep
bahawa ini adalah satu kisah rekaan dan tidak benar, sebagaimana Muslim biasanya dakwa,
telah disangkal oleh Al-Quran. Allah nyatakan di dalam Al-Qur’an ayat-ayat berikut:

“Bilamana mereka telah datang kepada Daud dan beliau berasa takut akan mereka,
mereka berkata: “Jangan takut. Kami cuma dua orang plaintif: salah seorang dari kami
telah melakukan perkara keterlaluan terhadap yang lain. Jadi hakimilah dengan adil antara
kami, dan janganlah tidak berlaku adil; dan bimbinglah kami ke Jalan yang Benar. Lihatlah,
ini adalah saudaraku; dia ada sembilan puluh sembilan kambing betina dan saya cuma ada
satu kambing betina.” Namun dia masih berkata: “Berikannya kepada jagaanku,” dan dia
mengatasiku dalam hujahnya. Daud berkata: “Dia telah jelasnya bersalah terhadapmu
dalam usaha untuk menambah kambing betina kamu bersama kambing betinanya; dan
sememangnya ramai yang hidup bersama melakukan perkara yang melampau, seorang
kepada yang lainnya, melainkan mereka yang beriman dan berbuat baik; dan mereka
sebegitu wujud tetapi sedikit.” (Sedang bercakap begitu) Daud menyedari bahawa ianya
Kami Yang mengujinya; oleh itu, beliau memohon pengampunan dari Tuhannya, dan rebah,
bersujud dan bertaubat kembali (kepada-Nya). Kemudian Kami ampuni kekurangannya dan
sesungguhnya (kedudukan yang tinggi) kedekatan menantinya, dan tempat kembali yang
cemerlang. (Kami berfirman kepadanya): "Wahai Daud, Kami telah melantik kamu khalifah
22
AlKitab Yang Suci, Kitab 2 Samuel, Bab 12, Ayat 1-14
di bumi. Oleh itu, memerintahlah di antara manusia dengan keadilan dan janganlah
mengikuti hawa nafsu (kamu) yang menyebabkan kamu tersesat dari Jalan Allah. Azab Allah
yang berat menanti orang-orang yang tersesat dari Jalan Allah, kerana mereka telah
melupakan Hari Perhitungan.” 23

Jadi kisah Daud dan Nathan dan perumpamaan orang kaya dan orang miskin bersama
banyak biri-biri diulangi lagi di dalam Al-Qur’an, jadi tiada sesiapa boleh menafikan kisah
tersebut dari apa yang telah berlaku dengan Daud dan Bathsheba. Isu-isu yang Tuhan hadapi
dengan Daud adalah kerana Daud menyebabkan salah seorang hambanya yang ikhlas
terbunuh, beliau telah mengambil isterinya walaupun beliau sendiri telah mempunyai ramai
isteri dan hambanya cuma mempunyai seorang isteri dan akhir sekali adalah Daud berlaku
tidak adil kerana beliau mengadili orang lain (dalam pengadilannya berkenaan perumpamaan
dua lelaki tersebut) berbeza dengan beliau mengadili dirinya sendiri.

Tuhan telah mengampunkan Daud sebagaimana berikut:

1. Berkenaan pembunuhan hambanya, riwayat-riwayat Islam menyatakan bahawa


selepas kematian Uriah, Tuhan telah memberinya pilihan untuk membalas dendam
terhadap Daud atau dia perolehi pangkat yang sama sebagaimana Daud (AS). Uriah
telah memilih pilihan yang terkemudian dan memaafkan Daud. Namun Tuhan tetap
menyebabkan anak lelaki sulung Daud mati setelah jatuh sakit, dan kematian anak
lelaki itu adalah untuk kematian Uriah, sebiji mata untuk sebiji mata dan sebatang gigi
untuk sebatang gigi. Demikianlah Daud diampuni atas kematian tersebut.

2. Adapun bagi kes Daud mengambil sang isteri, anak Daud, Absalom, telah meniduri
semua gundik-gundik ayahnya dengan dilihat oleh semua orang Israel. Di dalam 2
Samuel 16:22 ia menyatakan: “Jadi mereka mendirikan sebuah khemah untuk
Absalom di atas bumbung, dan dia tidur dengan gundik-gundik ayahnya di hadapan
semua orang Israel.” 24

3. Adapun bagi kes mengadili orang lain berbeza berbanding bagaimana beliau
mengadili dirinya, Tuhan telah mengambil pengadilan beliau dan menghukum beliau
berdasarkan timbangan beliau sendiri.

Tetapi terdapat banyak isu bermasalah yang masih wujud. Dan ianya adalah
persoalan-persoalan falsafah dan teologi berikut: Jadi, apa jadi jika Daud membuat
pengadilan berbeza, dan tidak bertindak terlalu keras terhadap orang kaya yang telah
mengambil dari orang miskin, adakah ianya akan mengubah pengadilan Tuhan? Kenapa
Tuhan tiba-tiba sangat kecewa dan murka dengan kejadian zina ini bilamana di dalam tiga
Perjanjian sebelumnya tiada undang-undang yang melarangnya? Bagaimanakah seorang anak
seperti Sulaiman dilahirkan daripada satu perkahwinan sebegitu? Kenapa Tuhan tidak murka
terhadap Bathsheba?

23
Kitab Suci Al-Qur’an, Surah 38 (Sad), Ayat 22-26
24
AlKitab Yang Suci, Kitab 2 Samuel, Bab 16, Ayat 22
Dan jawapan kepada soalan-soalan tersebut nampaknya yang menjadi masalah utama
Tuhan adalah dengan pengadilan Daud. Kerana Tuhan itu adil, ia telah menjadi peraturan
emas di dalam semua agama, Lakukan kepada orang lain sebagaimana anda akan lakukan
kepada diri anda sendiri. Dan atas sebab itu, Tuhan menerima apa sahaja dan segala sesuatu
yang anda sendiri akan terima kepada diri anda. Hanya jangan menjadi seorang munafik dan
mempunyai satu set nilai dan peraturan apabila ianya berkaitan dengan anda dan set lain
apabila ianya berkaitan dengan orang lain. Dan hanya jika manusia mengikut satu peraturan
itu, tidak akan ada keperluan untuk peraturan yang lain. Malah nampaknya bahawa Karma itu
sendiri telah diwujudkan untuk menegakkan satu peraturan itu, lakukan kepada orang lain
seperti anda ingin dilakukan kepada anda, dan jika tidak, maka ianya akan dilakukan kepada
anda apa yang anda lakukan kepada orang lain. Maka dengan itu jawapannya adalah ya,
pengadilan Tuhan terhadap kes itu sepenuhnya berdasarkan pengadilan Daud sendiri, apa
sahaja yang dia menilai orang lain dengannya, dia juga mesti menilai dirinya dengannya. Jika
dia memaafkan orang lain dia juga boleh memaafkan dirinya sendiri, jika dia menilai orang
lain dia juga mesti menilai dirinya sendiri. Skala yang sama dia gunakan untuk orang lain dia
mesti gunakan untuk dirinya sendiri. Dan ini nampaknya menjadi sebab mengapa Tuhan
menerapkan begitu banyak norma budaya dan tradisional seperti yang ditunjukkan sebelum
ini ke dalam Perjanjian-perjanjian, selagi mana ianya tidak menjejaskan keadilan dan
keharmonian secara negatif dalam masyarakat, kerana apa yang Tuhan kehendaki pada
akhirnya ialah keamanan dan keharmonian, dan keadilan ditegakkan dengan melakukan
kepada orang lain sebagaimana yang kita mahu dilakukan kepada kita. Dan jadi sebagai
contoh, untuk menunjukkan lagi maksud saya, jika Daud dibesarkan sebagai seorang
kanak-kanak yang mempercayai dan diprogramkan untuk berfikir bahawa adalah boleh
diterima bagi seorang wanita untuk berkahwin dengan ramai lelaki, dan kemudian beliau
lakukan apa yang beliau telah lakukan terhadap isteri Uriah, dan Nathan mengemukakan isu
yang sama kepadanya dari awal, pengadilannya secara lumrahnya akan berbeza, dan oleh itu
beliau akan dinilai oleh pengadilannya sendiri dan pemahamannya sendiri dan apa yang dapat
diterimanya untuk dirinya sendiri.

Satu lagi perkara yang ingin kami nyatakan ialah Daud adalah pewaris dan raja yang
dilantik secara ilahi yang menegakkan Perjanjian Musa. Namun beliau telah melanggar salah
satu daripada sepuluh perintah, “Jangan kamu dambakan isteri jiranmu”, dan seolah-olah
melakukan dosa yang sama seperti Adam. Kedua-dua dari mereka diampuni dan tidak
digantikan kerana melanggar hukum-hukum ilahi. Ini hanya boleh ditafsirkan dengan satu
cara dan ianya adalah, khalifah Tuhan berada di atas undang-undang. Ini bermaksud bahawa
sama seperti di kebanyakkan negara, terdapat undang-undang yang menghalang ketua negara
daripada didakwa untuk jenayah semasa memegang jawatan, khalifah Tuhan berada di atas
daripada didakwa kerana melanggar undang-undang daripada Perjanjian. Di Amerika
Syarikat sebagai contoh, presiden semasa adalah kebal daripada dakwaan jenayah atau
sebarang pendakwaan. Di United Kingdom, sang Ratu mempunyai imuniti berdaulat yang
bermaksud sebagai ketua negara Ratu Elizabeth ‘tidak boleh melakukan kesalahan
undang-undang dan kebal daripada saman sivil atau pendakwaan jenayah’. Sebegitu juga
khalifah Tuhan semasa memegang jawatan tidak boleh melakukan kesalahan undang-undang
dan kebal daripada dipecat daripada jawatan kecuali dalam satu kes, dan itu adalah
pengkhianatan.

Setelah menjadi jelas bahawa khalifah Tuhan berada di atas undang-undang dan di
atas syariat, kini kita faham mengapa Tuhan tidak menyalahkan Bathsheba dan tidak juga
murka kepadanya. Ini kerana Bathsheba mematuhi khalifah Tuhan pada masa itu, Raja Daud
(AS), dan bukan haknya untuk menghakiminya. Bukan sahaja Tuhan tidak menyalahkannya,
malah Dia memberi ganjaran kepadanya kerana ketaatan dengan menjadikannya seorang
permaisuri dan ibu kepada seorang hujjah Tuhan pada masa yang sama, Raja Sulaiman (AS).
Kami telah menjelaskan sebelum ini bahawa khalifah Tuhan boleh melakukan kesilapan dan
memang melakukan kesilapan, tetapi ianya bukan untuk manusia menilai mereka, kerana
hanya Tuhan sahaja yang menilai wakil-Nya. Bagi orang ramai, jika kebenaran Rasul ilahi
telah terbukti kepada mereka, maka ianya diwajibkan kepada mereka untuk mentaatinya.

Raja Sulaiman datang untuk dilantik selepas Daud dan beliau diberi satu kerajaan
yang tiada sesiapa miliki sebelumnya. Beliau bukan sahaja diberi ilmu dan kebijaksanaan dan
kefahaman dan kepimpinan tidak seperti sesiapa sebelumnya tetapi beliau juga diberikan
kekayaan yang tidak seperti yang lain. Sulaiman memahami bahasa haiwan, dan boleh
mengarahkan unsur alam seperti angin dan mempunyai kekuasaan ke atas syaitan-syaitan dan
bangsa jin dan beliau juga mempunyai tujuh ratus isteri dan tiga ratus gundik. Dalam 1
Raja-raja bab 11 ayat 3 ia menyatakan tentang Sulaiman: “Beliau mempunyai tujuh ratus
isteri kelahiran diraja dan tiga ratus gundik,” 25 Ini bermakna beliau telah berkahwin dengan
tujuh ratus puteri. Dan beliau tersangat kaya dan menjalani gaya hidup mewah.

Kemegahan Sulaiman:

13 Berat emas yang diterima Sulaiman setiap tahun adalah 666 talenta,
14 tidak termasuk hasil yang dibawa masuk oleh pedagang dan peniaga. Juga semua
raja-raja Arab dan para gabenor wilayah membawakan emas dan perak kepada Sulaiman.
15 Raja Sulaiman telah membuat dua ratus perisai besar dari emas tempaan; enam ratus
syikal daripada emas yang dipalu masuk ke dalam setiap perisai.
16 Beliau juga membuat tiga ratus perisai kecil dari emas tempaan, dengan tiga ratus syikal
emas dalam setiap perisai. Sang raja itu menyimpannya di Istana Hutan Lubnan.
17 Kemudian sang raja membuat satu takhta hebat yang ditutupi dengan gading dan disalut
dengan emas tulen.
18 Takhta itu mempunyai enam anak tangga, dan sebuah alas kaki dari emas dilekatkan
padanya. Di kedua-dua belah tempat duduk adanya tempat letak tangan, dengan seekor
singa berdiri di sebelah setiap daripada mereka.
19 Dua belas ekor singa berdiri di atas enam anak tangga, setiap ekor di kedua-dua hujung
setiap anak tangga. Tiada sepertinya pernah dibuat bagi mana-mana kerajaan lain.
20 Semua piala raja Sulaiman adalah emas, dan semua perkakas rumah di Istana Hutan
Lubnan adalah emas tulen. Tidak ada yang diperbuat daripada perak, kerana perak
dianggap nilai kecil pada zaman Sulaiman.

25
AlKitab Yang Suci, Kitab 1 Raja-raja, Bab 11, Ayat 3
21 Sang raja mempunyai armada kapal perdagangan yang dikendalikan oleh hamba-hamba
Hiram. Setiap tiga tahun sekali ia kembali, membawa emas, perak dan gading, dan beruk
dan babun.
22 Raja Sulaiman lebih hebat dalam kekayaan dan kebijaksanaan daripada semua raja lain
di bumi.
23 Semua raja di bumi meminta menghadap Sulaiman untuk mendengar kebijaksanaan yang
Tuhan telah letakkan di hatinya.
24 Tahun demi tahun, setiap orang yang datang membawa sebuah hadiah—perkakas dari
perak dan emas, dan jubah, senjata dan rempah ratus, dan kuda dan baghal.
25 Sulaiman mempunyai empat ribu kandang untuk kuda dan kereta kuda, dan dua belas ribu
kuda, yang beliau simpan di kota-kota kereta kuda dan juga bersama beliau di Jurusalem.
26 Beliau memerintah di atas semua raja dari Sungai Efrat hingga ke negeri orang Filistin,
hingga sejauh sempadan Mesir.
27 Sang raja telah menjadikan perak seperti satu kebiasaan di Jurusalem sebagaimana batu,
dan kayu cedar sebanyak-banyaknya sebagaimana pokok sycamore-fig di kaki-kaki bukit.
28 Kuda Sulaiman diimport dari Mesir dan dari semua negara-negara lain. 26

Saya ingin tunjukkan disini bahawa seperti yang anda boleh lihat dengan jelas,
seorang wakil yang dilantik oleh Tuhan, menjalani gaya hidup yang kaya bukanlah satu
alasan yang boleh digunakan untuk tidak beriman kepada beliau, kerana makanya kita harus
tidak beriman kepada Sulaiman dahulu. Bilangan isteri Sulaiman yang sangat banyak
akhirnya membawa kepada kejatuhan dan kekacauan di dalam Kerajaan Israel dan membawa
kepada Tuhan-tuhan palsu yang diperkenalkan dalam kerajaan Tuhan dan itu menyebabkan
anak-anak Sulaiman kehilangan kuasa di Israel. Dan ini adalah salah satu alasan yang mana
dalam Perjanjian seterusnya, perjanjian Isa, undang-undang berubah daripada membenarkan
poligami kepada mengharamkannya dan hanya menguatkuasakan perkahwinan monogami.

26
AlKitab Yang Suci, Kitab 2 Tawarikh, Bab 9, Ayat 13-28

Anda mungkin juga menyukai