Anda di halaman 1dari 21

Pintu Nombor Tiga

Perjanjian Ketiga dengan Ibrahim (AS)


“Ibrahim bertanya, ‘Bagaimana dengan keturunanku?’
Tuhan menjawab, ‘Perjanjian-Ku tidak dipanjangkan kepada orang-orang yang
yang zalim.”

Imam Al-Sadiq (Darinya Salam) berkata: “Apabila Qabil melihat api menerima
korban dari Habil, Iblis pun berkata kepadanya: ‘Sesungguhnya Habil sedang menyembah
api itu’ jadi kemudiannya Qabil berkata: ‘Aku tidak menyembah api yang disembah oleh
Habil, tetapi aku menyembah api yang lain dan aku menawarkannya korban dan ia
menerima korbanku, lalu dia membina rumah-rumah api dan memberikan korban
kepadanya dan Qabil tidak mempunyai pengetahuan tentang Tuhan dan keturunan Qabil
tidak mewarisi apa-apa daripada Qabil melainkan amalan penyembahan api.” 1 Ini adalah
bukti bahawa Adam (AS) tidak menganggap Qabil sebagai anaknya dan Adam tidak
pernah mengajarkan Qabil apa-apa tentang agama.

Api memainkan peranan penting di dalam agama-agama Ilahi sejak permulaan


dalam kisah Adam, dan korban yang dipersembahkan oleh Qabil dan Habil, dan api terus
memainkan peranan penting dalam kedua-dua agama ilahi sebenar begitu juga dengan
agama-agama bathil, dan dengan kekeliruan yang manusia ada terhadap kedua-duanya.
Sebagai contoh, agama Zoroaster, Imam Ahmed Al-Hassan (Darinya Salam) berkata:
“Agama ini didirikan oleh Nabi Zoroaster (AS) dan agama tersebut dinamakan sempena
nama Zoroaster oleh pengikutnya selepasnya.” Mereka bukanlah penyembah api; namun,
keturunan Qabil selepasnya beranggapan bahawa Zoroaster adalah penyembah api
sepertimana bapa mereka Qabil telah menganggap sedemikian dengan Adam, dan mereka
menyelewengkan agama dan umat manusia menjadi keliru dalam hal ini. Kini ramai yang
menganggap bahawa pengikut Zoroaster adalah para penyembah api.

Nabi Zoroaster (AS) adalah salah seorang Nabi yang berada di atas Syariat Nuh
(AS) dan oleh sebab itu api memainkan satu peranan yang penting. Sebegitu juga, umat
manusia pada zaman Namrud (Semoga Tuhan Melaknatnya), berada di atas sisa-sisa agama
Qabil; oleh itu, anda juga mendapati api mempunyai satu peranan yang penting di dalam
agama Namrud. Kita dapati bahkan Namrud melemparkan Ibrahim ke dalam api sebagai
satu korban. Namrud cuba untuk memaksa Ibrahim menyembah api tetapi apabila beliau
menolak, beliau dilemparkan secara paksa ke dalam api. Walaubagaimanapun, korban dari
Namrud tidak diterima dan api tidak membakar Ibrahim sama seperti ia tidak membakar
dan menerima korban dari moyang Namrud, Qabil (Semoga Tuhan Melaknat Mereka).
1
Ilal Al-Shara’i’, Al-Shaykh Al-Saduq, Jil. 1, m/s 3
Terdapat Midrash Yahudi (tradisi Rabai) dari Kitab Kejadian yang menyatakan:
“Beliau [Ibrahim] telah diserahkan kepada Namrud. Namrud berkata kepadanya:
Sembahlah Api itu! Ibrahim berkata kepadanya: Patutkah aku menyembah air, yang
memadamkan api! Namrud berkata kepadanya: Sembahlah air itu! [Ibrahim] berkata
kepadanya: Jika demikian, bolehkah aku menyembah awan, yang membawa air itu?
Namrud berkata kepadanya: Sembahlah awan itu! [Ibrahim] berkata kepadanya: Jika
demikian, bolehkah aku menyembah angin, yang menyelerakkan awan? Namrud berkata
kepadanya: Sembahlah angin itu! [Ibrahim] berkata kepadanya: Dan patutkah kita
menyembah manusia, yang tegak menahan angin? Berkatalah [Namrud] kepadanya:
Kamu menimbunkan ayat demi ayat, aku tidak tunduk kepada apa pun kecuali api—ke
dalamnya aku akan melemparkan kamu, dan biarlah Tuhan yang kamu tunduk kepadanya
datang menyelamatkan kamu darinya! Haran [saudara Ibrahim] sedang berdiri di situ.
Dia berkata [kepada dirinya]: Apa yang harus aku lakukan? Jika Ibrahim menang, Aku
akan berkata: "Aku adalah dari [pengikut] Ibrahim," jika Namrud menang aku akan
berkata "Aku adalah dari [pengikut] Namrud". Apabila Ibrahim masuk ke dalam unggun
api dan terselamat, Haran pun ditanya: "Siapakah [pengikut] yang kamu berpihak?" dan
dia menjawab: "Aku kepunyaan Ibrahim!" [Kemudian] mereka menangkapnya dan
melemparkannya ke dalam unggun api, dan perutnya terburai dan dia mati dan telah mati
mendahului Terakh, bapanya.” 2

Namrud adalah seorang anak dari Kanaan dan Kanaan adalah seorang keturunan dari
Qabil dan Iblis (Semoga Tuhan Melaknat Mereka). Perjanjian Kedua dengan Tuhan
berakhir kerana percubaan Namrud untuk membunuh Ibrahim (AS). Akibatnya, Tuhan
menetapkan sebuah Perjanjian Ketiga dengan Ibrahim (AS). Tuhan kemudian menurunkan
hukuman ke atas Namrud dan kaumnya. Semasa era itu, semua penduduk Bumi bercakap
satu bahasa; namun, orang-orang Babilon mencabar Tuhan dengan ingin mencipta nama
untuk diri mereka sendiri ‘dengan puncaknya di langit’ dan terus membina sebuah menara
gergasi, menara Babel. Tuhan merendahkan mereka dengan memusnahkan menara Babel,
dan menghapuskan Namrud melalui seekor serangga kecil. Tambahan pula, Tuhan
mengelirukan bahasa umat itu dan menyerakkan mereka kepada pelbagai bangsa, suku, dan
kaum.

Zayd Al-Shaham telah meriwayatkan daripada Aba Abdillah (Darinya Salam) yang
berkata: “Aku mendengar beliau (Aba Abdillah) berkata: ‘Sesungguhnya Tuhan (Yang
Maha Berkah dan Maha Tinggi) menjadikan Ibrahim seorang hamba sebelum dia
menjadikan beliau seorang Nabi dan Tuhan menjadikan beliau seorang Nabi sebelum dia
menjadikan beliau seorang Rasul dan Tuhan menjadikan beliau seorang Rasul sebelum
mengambilnya sebagai seorang Sahabat, dan Tuhan telah mengambilnya sebagai seorang
Sahabat sebelum menjadikan beliau seorang Imam, lalu apabila semua perkara ini selesai,
Tuhan memegang tangannya dan berfirman kepadanya: ‘Wahai Ibrahim! Aku
menjadikanmu seorang Imam untuk umat manusia!’ dan kerana besarnya perkara itu di

2
Midrash (Bereshit) Rabbah, Kitab Kejadian, Bab 38, m/s 13
mata Ibrahim, beliau bertanya: ‘Bagaimana dengan keturunanku?’ dan Tuhan membalas:
‘Perjanjianku tidak dipanjangkan kepada orang-orang yang zalim.” 3

Di dalam Kitab Kejadian (Bab 17):

1 Ketika Abram berumur sembilan puluh sembilan tahun, Tuhan munculkan diri
kepadanya dan berfirman, “Akulah Tuhan Yang Maha Kuasa; berjalanlah di
hadapanku dengan kesetiaan dan tanpa celaan.

2 Kemudian aku akan membuat perjanjianku di antara aku dan kamu dan akan
meningkat banyak bilanganmu.”

3 Abram menundukkan wajahnya, dan Tuhan berfirman kepadanya,

4 “Adapun bagiku, inilah perjanjianku dengan kamu: Kamu akan menjadi bapa
kepada banyak bangsa.

5 Kamu tidak akan lagi dipanggil Abram (‫ ; )ַאבְ ָרם‬namamu akan menjadi Ibrahim
(‫)ַאבְ ָרהָ ם‬, kerana aku telah menjadikan kamu bapa kepada banyak bangsa.

6 Aku akan membuatmu sangat subur; Aku akan menjadikan bangsa-bangsa


darimu, dan Raja-raja akan dilahirkan daripadamu.

7 Aku akan menetapkan Perjanjianku sebagai Perjanjian yang kekal abadi di


antara aku dan kamu serta keturunanmu selepas kamu bagi generasi yang akan
datang, untuk menjadi Tuhanmu dan Tuhan keturunanmu selepas kamu.

8 Seluruh tanah Kanaan, tempat di mana kamu sekarang tinggal sebagai orang
asing, akan aku berikan secara milik kekal kepadamu dan keturunanmu selepas
kamu; dan aku akan menjadi Tuhan mereka.”

9 Kemudian Tuhan berfirman kepada Ibrahim, “Adapun kamu, kamu harus


berpegang pada Perjanjianku, kamu dan keturunanmu selepas kamu untuk
generasi yang akan datang.

10 Inilah Perjanjianku dengan kamu dan keturunanmu selepas kamu, Perjanjian


yang harus kamu pegang: Setiap lelaki di kalangan kamu mesti berkhatan.

11 Kamu perlu berkhatan, dan ianya akan menjadi tanda Perjanjian antara aku
dan kamu.

3
Al-Kafi, Al-Sheikh Al-Kulaini, Jil. 1, m/s 175
12 Untuk generasi yang akan datang setiap lelaki di antara kamu yang berumur
lapan hari mesti berkhatan, termasuklah mereka yang lahir di dalam rumahmu
atau yang dibeli dengan wang daripada orang asing—mereka yang bukan
keturunanmu.

13 Sama ada dilahirkan di dalam rumahmu atau dibeli dengan wangmu, mereka
mesti berkhatan. Perjanjianku pada dagingmu adalah menjadi Perjanjian yang
kekal.

14 Mana-mana lelaki yang tidak berkhatan, yang tidak dikhatan pada dagingnya,
akan dipisahkan daripada kaumnya; dia telah melanggar Perjanjianku.”

15 Tuhan juga berfirman kepada Ibrahim, “Adapun Sarai (‫ )ָׂש ַ ֣רי‬isterimu, kamu
tidak lagi akan memanggilnya Sarai (‫ )ָׂש ַ ֣רי‬namanya akan menjadi Sarah (‫)ָׂש ָ ֖רה‬.

16 Aku akan berkatinya dan pasti akan berikan kamu seorang anak daripadanya.
Aku akan berkatinya supaya dia menjadi ibu bagi bangsa-bangsa; Raja-raja
kepada umat-umat akan datang daripadanya.”

17 Ibrahim tertunduk; beliau ketawa dan berkata kepada dirinya sendiri,


“Bolehkah seorang anak lelaki dilahirkan oleh seorang lelaki yang berumur
seratus tahun? Bolehkah Sarah akan melahirkan anak pada usia sembilan puluh
tahun?”

18 Dan Ibrahim berkata kepada Tuhan, “Seandainya Ismail dapat hidup di dalam
keberkatanmu!”

19 Kemudian Tuhan berfirman, “Ya, tetapi isterimu Sarah akan melahirkan


untukmu seorang anak lelaki, dan kamu akan menamakannya Ishak. Aku akan
menubuhkan Perjanjianku dengannya sebagai Perjanjian yang kekal bagi
keturunannya selepasnya.

20 Dan untuk Ismail, aku telah mendengarmu: Aku pasti akan memberkatinya; Aku
akan menjadikannya subur dan akan bertambah banyak bilangannya. Dia akan
menjadi bapa kepada dua belas pemerintah, dan aku akan menjadikannya satu
bangsa yang besar.

21 Tetapi Perjanjianku aku akan tubuhkan dengan Ishak, yang Sarah akan lahirkan
untukmu pada waktu ini tahun hadapan.”

22 Apabila dia telah selesai berbicara dengan Ibrahim, Tuhan pun pergi darinya.
23 Pada hari itu juga Ibrahim mengambil anaknya Ismail dan semua yang lahir di
dalam rumahnya atau yang dibeli dengan wangnya, setiap lelaki dalam
rumahnya, dan mengkhatankan mereka, seperti yang Tuhan menyuruhnya.

24 Ibrahim berumur sembilan puluh sembilan tahun ketika beliau berkhatan,

25 dan anaknya Ismail berumur tiga belas tahun;

26 Ibrahim dan anaknya Ismail kedua-duanya berkhatan pada hari itu juga.

27 Dan setiap lelaki di dalam keluarga Ibrahim, termasuklah mereka yang lahir di
dalam rumahnya atau yang telah dibeli daripada orang asing, telah
dikhatankan bersama dengan beliau. 4

Sebagaimana Tuhan telah mengambil Perjanjian dengan Adam (AS) dan keturunannya
dan dengan Nuh (AS) dan keturunannya, Tuhan membuat Perjanjian Ketiga dengan Ibrahim
dan keturunannya. Walaubagaimanapun, Tuhan telah menjelaskan bahawa Perjanjian ini
hanya akan berlaku dengan orang-orang yang soleh daripada keturunan beliau, dan ianya
tidak termasuk mereka yang berasal dari Iblis dan Qabil. Tuhan telah berikan Ibrahim (AS)
satu tanda khusus bagi Perjanjian mereka dan ianya adalah berkhatan. Berkhatan sentiasa
menjadi satu tanda pelik yang para ulama telah gagal untuk jelaskan mengapa tanda khusus
ini adalah satu tanda yang dipilih Tuhan untuk Ibrahim dan keturunannya. Tanda Perjanjian
Adam adalah Pohon, tanda Perjanjian Nuh adalah Pelangi, dan tanda Perjanjian Ibrahim
adalah Berkhatan.

Berkhatan dilakukan di kawasan organ pembiakan lelaki dan kawasan ini sentiasa
ditutupi oleh pakaian, jadi kepada siapakah tanda ini? Tanda itu adalah untuk wanita-wanita
Perjanjian Ibrahim, anak-anak perempuan Adam (AS), dan keturunan Adam (AS); supaya
mereka mengenali siapakah suami-suami mereka sebelum membenarkan suami mereka
masuk ke dalam mereka. Adakah suami mereka anak-anak Adam (AS) atau adakah suami
mereka anak-anak Qabil dalam kesamaran? Ini adalah satu tanda supaya Iblis dan anak-anak
lelakinya tidak dapat memperdayamereka sebagaimana mereka telah memperdaya Hawa
sebelum ini.

Perjanjian baru dan syaratnya, Berkhatan, adalah sukar bagi umat manusia pada zaman
itu. Tuhan menjadikan berkhatan satu penyucian bagi keturunan mereka daripada penyatuan
dengan anak-anak lelaki Iblis kerana Iblis dan benihnya tidak berkhatan. Isa (AS) telah
menjelaskan perkara ini apabila beliau berkata di dalam Injil Barnabas :

4
Kitab Suci Injil, Kitab Kejadian, Bab 17, Ayat 1-27
“Dan lihatlah! Seorang wanita Kanaan bersama dua anak lelakinya, yang telah keluar
dari negaranya sendiri untuk mencari Jesus. Setelah melihat beliau datang dengan
murid-muridnya, dia pun berteriak: 'Jesus, anak Daud, kasihanilah anak perempuanku,
yang diseksa oleh syaitan!’ Jesus tidak menjawab walau sepatah kata, kerana mereka
adalah golongan yang tidak berkhatan. Murid-muridnya merasa kasihan, dan berkata:
‘Wahai guru, kasihanilah mereka! Lihatlah betapa mereka menangis dan meratap!'

Jesus menjawab: 'Aku tidak diutus melainkan kepada bangsa Israel.' Kemudian wanita
itu, bersama anak-anak lelakinya, pergi ke hadapan Jesus sambil menangis dan
berkata: 'Wahai anak Daud, kasihanilah aku!' Jesus menjawab: 'Ianya tidak elok untuk
mengambil roti dari tangan kanak-kanak dan berikannya kepada anjing-anjing.' Dan
ini dikatakan oleh Jesus dengan alasan kekotoran mereka, kerana mereka adalah dari
orang-orang yang tidak berkhatan. Wanita itu menjawab: 'Wahai Tuan, anjing-anjing
memakan serpihan-serpihan yang jatuh dari meja tuan mereka.' Kemudian Jesus
terpesona dengan kata-kata wanita itu, dan berkata: Wahai wanita, hebatnya imanmu.'
Dan setelah mengangkat tangannya ke langit beliau berdoa kepada Tuhan, dan
kemudian beliau berkata: 'Wahai wanita, anak perempuanmu telah dibebaskan,
pulanglah dengan tenang.'

Wanita itu pun pergi, dan pulang ke rumahnya menemui anak perempuannya, yang
telah diberkati Tuhan. Yang mana wanita itu berkata: 'Sesungguhnya tidak ada Tuhan
lain melainkan Tuhan Israel.' Oleh itu semua sanak saudaranya menyertakan diri
mereka di dalam hukum [Tuhan], menurut hukum yang tertulis di dalam kitab Musa.

Murid-murid telah bertanya kepada Jesus pada hari itu, dengan berkata: 'Wahai guru,
mengapakah engkau menjawab sebegitu kepada wanita itu, dengan mengatakan
bahawa mereka adalah anjing?’ Jesus pun menjawab: 'Sesungguhnya aku katakan
kepadamu bahawa seekor anjing lebih baik daripada seorang lelaki yang tidak
berkhatan.' Kemudian murid-muridnya yang berdukacita, berkata: 'Kerasnya kata-kata
ini, dan siapakah yang sanggup menerimanya?' Jesus menjawab: 'Jika kamu
pertimbangkan, wahai orang bodoh, apa yang dilakukan anjing, yang tanpa alasan,
untuk berkhidmat kepada tuannya, kamu akan dapati kata-kataku adalah benar.
Beritahu aku, adakah anjing menjaga rumah tuannya, dan mempertaruhkan nyawanya
terhadap perompak? Ya, pasti. Tetapi apa yang ia terima? Banyak pukulan dan
kecederaan dengan hanya sedikit roti, dan ia sentiasa menunjukkan kepada tuannya
wajah yang ceria. Adakah ini benar?' 'Ianya benar, Wahai guru,' jawab
murid-muridnya.

Kemudian Jesus berkata: 'Pertimbangkan sekarang betapa banyak yang telah Tuhan
berikan kepada lelaki, dan kamu akan melihat betapa tidak adilnya dia dengan tidak
memerhatikan perjanjian yang dibuat Tuhan dengan Ibrahim hambanya. Ingatlah apa
yang dikatakan Daud kepada Saul raja Israel, terhadap Goliath orang Filistin:
‘Tuanku," kata Daud, "sementara hambamu ini menggembalakan kawanan domba
hambamu datangnya serigala, beruang, dan singa dan menangkap kambing domba
hambamu: maka hambamu itu pergi dan membunuh mereka, menyelamatkan kambing
domba itu. Dan apakah orang-orang yang tidak berkhatan ini melainkan seperti
mereka? Oleh itu hambamu ini akan pergi dengan nama Allah, Tuhan Israel, dan akan
membunuh orang kotor ini yang menghujat umat Tuhan yang kudus.”
Kemudian murid-murid berkata: 'Beritahu kami, Wahai guru, atas alasan apa yang
lelaki perlu berkhatan?” Jesus menjawab: 'Cukuplah bagimu bahawa Tuhan telah
memerintahkannya kepada Ibrahim, dengan berfirman: 'Ibrahim, khatanlah kulupmu
dan seluruh ahli keluargamu, kerana ini adalah sebuah perjanjian antara aku dan
kamu selama-lamanya.'"

Dan setelah berkata demikian, Jesus pun duduk berdekatan gunung yang mereka lihat
padanya. Dan murid-muridnya datang ke sisinya untuk mendengarkan ucapannya.
Kemudian Jesus berkata: 'Adam adalah manusia pertama yang termakan, oleh
penipuan Syaitan, makanan yang dilarang Tuhan di syurga, dagingnya memberontak
terhadap rohnya; dimana beliau bersumpah, dengan berkata: "Demi Tuhan, aku akan
memotongmu!" Dan setelah memecahkan seketul batu, beliau mengambil dagingnya
untuk memotongnya dengan mata batu yang tajam: dimana beliau ditegur oleh
malaikat Jibrail. Dan beliau menjawab: "Aku telah bersumpah demi Tuhan untuk
memotongnya; Aku tidak akan pernah menjadi seorang pendusta!” 'Kemudian
malaikat itu menunjukkan kepadanya lebihan dagingnya, dan itulah yang beliau
potong. Dan dengan itu, sebagaimana setiap lelaki membuang daging kerana daging
Adam, jadi dia terikat untuk memastikan anak-anak lelakinya, dan dari generasi ke
generasi telah turunnya kewajipan untuk berkhatan. 5

Saya ingin tunjukkan di sini bahawa ini adalah bukti tambahan bahawa dosa awal yang
Adam telah lakukan adalah cubaan untuk melakukan persetubuhan dengan Fatimah al Zahraa
(Darinya Salam). Ianya adalah satu dosa dari daging dan secara khususnya satu dosa seksual.
Itulah sebab kenapa Adam di sini membalas dendam terhadap organ lelakinya dan
memotongnya dengan mata batu yang tajam. Kerana daging yang derhaka kepada Tuhan
adalah daging dari zakarnya.

Kita teruskan membaca riwayat dari Injil Barnabas …

Tetapi pada zaman Ibrahim hanya sedikit yang berkhatan di muka bumi, disebabkan
penyembahan berhala berlipat ganda di muka bumi. Kemudian Tuhan memberitahu
Ibrahim fakta mengenai berkhatan, dan membuat perjanjian ini, dengan berfirman:
"Bagi roh yang tidak mengkhatankan dagingnya, Aku akan menyerakkan dia dari
kalangan umatku untuk selama-lamanya."'

Para murid gementar ketakutan mendengar kata-kata Jesus ini, kerana beliau
berbicara dengan semangat yang tinggi. Kemudian Jesus berkata: 'Tinggalkan
ketakutan kepada orang yang tidak mengkhatankan kulupnya, kerana dia dihalang dari
syurga.' Dan setelah berkata demikian, Jesus berkata lagi, dengan berkata: 'Roh dalam
kebanyakan manusia bersedia untuk berkhidmat kepada Tuhan, tetapi jasad lemah.
Oleh itu orang yang takut akan Tuhan perlu pertimbangkan apakah jasad itu, dan dari
mana asalnya, dan di mana ia perlu dikurangkan. Dari tanah liat dari bumi ini Tuhan
ciptakan jasad, dan ke dalamnya dia hembuskan nafas kehidupan, dengan satu tiupan
ke dalamnya. Dan oleh kerana itu apabila jasad menghalang dari berkhidmat kepada
Tuhan, ianya haruslah ditolak seperti tanah liat dan diinjak-injak, kerana sebanyak

5
Injil Barnabas, Bab 21-23
mana pun dia yang membenci rohnya di dunia ini hendaklah kekal dengannya dalam
hidup selamanya. 'Apa itu jasad pada ketika ini yang keinginannya adalah jelas--yang
ianya adalah satu musuh ketat kepada semua kebaikan: kerana ia sendiri
mendambakan dosa.' Maka patutkah manusia demi memuaskan salah satu
musuh-musuhnya dengan meninggalkan keredhaan Tuhan, penciptanya?

Pertimbangkanlah kamu akan ini: Semua orang kudus dan nabi telah menjadi musuh
bagi jasad mereka untuk berkhidmat kepada Tuhan: oleh itu dengan bersedia dan
sukacita mereka menghadapi kematian mereka, agar tidak melanggar hukum Tuhan
yang diberikan kepada Musa hambanya, dan aku pergi dan berkhidmat kepada
tuhan-tuhan yang palsu dan yang dusta.

'Ingatlah kepada Elia, yang melarikan diri melalui padang gurun di pergunungan,
hanya memakan rumput, berpakaian kulit kambing. Ah, berapa hari beliau tiada
sesuap makanan! Ah, betapa dingin beliau bertahan! Ah, berapa banyak mandian yang
membasahinya dan [ianya] selama tujuh tahun, di mana beliau menanggung
penganiayaan yang teruk dari Jezebel yang kotor itu!

'Ingatlah kepada Elisha, yang hanya memakan roti-barli dan memakai pakaian yang
paling kasar. Sesungguhnya aku berkata kepada kalian bahawa mereka, tidak takut
untuk mensia-siakan jasad, yang telah takut terhadap keganasan yang dahsyat dari
raja dan putera-putera raja. Ini sudah mencukupi untuk mensia-siakan jasad, wahai
manusia. Tetapi sekiranya kalian menatap kuburan, maka kalian akan tahu apa itu
hakikat jasad.’ 6

Sekarang ianya jelas kepada kamu mengapa seekor anjing lebih baik daripada yang
tidak berkhatan, kerana seekor anjing itu lebih baik dan lebih suci daripada Syaitan dan
benihnya. Perjanjian Ibrahim adalah perjanjian yang istimewa baginya dan keturunannya
terutamanya (anak-anak keturunan Adam). Tuhan menghendaki baginya dan keluarganya
sebuah negeri yang istimewa dengan tanahnya sendiri seperti Taman Eden, dan Tuhan
menganugerahkan kepada Ibrahim dan keturunannya tanah dari Sungai Nil hingga ke Sungai
Furat, maksudnya Tuhan menganugerahkannya kepada Ibrahim, Ishak, Ismail dan kepada
bani Israel (Yaakub) selepas mereka (Salam Kepada Mereka Semua). Sebab Tuhan
berfirman: “Tetapi Perjanjianku akan aku tubuhkan dengan Ishak;” 7 Oleh itu, Ismail dan
keturunannya termasuk dalam perjanjian tetapi umat pilihan Tuhan dalam perjanjian ini
adalah anak-anak Ishak (AS).

Terdapat banyak faktor menarik tentang kisah Ibrahim yang ingin kami tunjukkan.
Pertama, kami ingin menunjukkan bahawa Ibrahim telah berkahwin dengan saudarinya
sendiri, Sarah, yang sebenarnya adalah saudara perempuan tirinya. Dan ini membuktikan lagi
perkara tersebut bahawa perkahwinan antara adik-beradik dibenarkan dalam Perjanjian
Pertama, kerana tiada perintah melainkan beranak-pinak dan tiada larangan melainkan
menjauhi pohon itu. Dan perkahwinan antara adik-beradik tetap sah di dalam Perjanjian Nuh,
di mana Ibrahim dan Sarah telah berada di bawahnya dan tetap sah dalam Perjanjian Ketiga
6
Injil Barnabas, Bab 21-23
7
Kitab Suci Injil, Kitab Kejadian, Bab 17, Ayat 21
juga. Di dalam kitab Kejadian Bab 20:1-2 ianya menunjukkan bahawa Ibrahim dan Sarah
adalah kedua-duanya saudara lelaki dan perempuan serta suami dan isteri:

“Lalu Ibrahim berpindah dari situ ke tanah Negev dan tinggal di antara Kadesh dan
Shur. Untuk beberapa lama beliau tinggal di Gerar, dan di sana Ibrahim telah mengatakan
tentang isterinya Sarah, “Dia saudara perempuanku.” Kemudian Abimelek, raja Gerar
mengutuskan utusan kepada Sarah dan mengambilnya.' 8

Ibrahim mengesahkannya lagi di dalam kitab Kejadian 20:11-12 :

“Ibrahim menjawab, “Aku berkata kepada diriku sendiri, ‘Sesungguhnya tiada rasa
takut kepada Tuhan di tempat ini, dan mereka akan membunuhku kerana isteriku.’ Lagipun,
dia benar-benar saudara perempuanku, anak perempuan ayahku dan walaupun bukan dari
ibuku; dan dia telah menjadi isteriku.” 9

Dan di dalam Sahih Bukhari, ianya diriwayatkan bahawa Rasulullah Muhammad (Salam
Kepada Baginda dan Keluarga Baginda) telah bersabda: “Ketika Ibrahim (AS) berjalan
bersama Sarah, mereka bertemu dengan seorang penzalim dari kalangan penzalim dan
ianya dikatakan kepadanya: ‘Sesungguhnya di sini bersama kami seorang lelaki yang
bersamanya seorang wanita dari yang paling cantik, maka panggilah dia.’ Dan dia bertanya
kepada beliau tentang Sarah dan berkata: “Siapakah ini?” Dan beliau berkata:
“Saudariku.” 10

Terdapat juga jenis hubungan seksual lain yang berlaku tidak terlalu jauh dari Ibrahim,
termasuklah hubungan homoseksual, di kota Sodom dan Gomorrah, tempat di mana anak
saudara Ibrahim dihantar kepadanya, Nabi Lut (AS). Dalam kitab Kejadian 18:20-21 ia
menyatakan bahawa terdapat aduan yang diajukan kepada Tuhan terhadap Sodom dan
Gomorrah. Dan Tuhan membuat keputusan untuk mengutuskan sepasang Malaikat yang
menyamar sebagai lelaki untuk menyiasat:

“Lalu Tuhan berfirman, “Keluhan terhadap Sodom dan Gomorrah sangatlah hebat
dan dosa-dosa mereka sangat berat sehingga aku akan turun dan melihat apakah yang telah
mereka lakukan sama buruknya dengan keluhan yang telah sampai kepadaku. Jika tidak, aku
akan mengetahuinya.” 11

Maka di sini didedahkan satu fakta penting yang mesti kita ambil perhatian. Kita dapati di
sini bahawa penduduk Sodom dan Gomorrah adalah satu sumber keluhan kepada Tuhan.
Keluhan adalah aduan atau protes yang sangat besar. Maka orang ramai telah menjadi

8
Kitab Suci Injil, Kitab Kejadian, Bab 20, Ayat 1-2
9
Kitab Suci Injil, Kitab Kejadian, Bab 20, Ayat 11-12
10
Fath al-Bāri fi Sharh Sahih al-Bukhāri, Ibn Hajar Al-Asqalani, m/s 450
11
Kitab Suci Injil, Kitab Kejadian, Bab 18, Ayat 20-21
mangsa kepada penduduk Sodom dan Gomorrah dan mereka mengadu kepada Tuhan
mengenainya. Di dalam riwayat Yahudi berikut dari buku ‘Legends of the Jews’ kita dapati
satu gambaran tentang bagaimanakah orang-orang Sodom dan Gomorrah ini:

“Penduduk Sodom dan Gomorrah dan tiga kota lain di dataran itu adalah berdosa dan tidak
bertuhan. Di negara mereka terdapat sebuah lembah yang luas, tempat di mana mereka
berkumpul setiap tahun dengan isteri dan anak-anak mereka dan semua kepunyaan mereka,
untuk merayakan pesta yang berlangsung beberapa hari dan terdiri daripada pesta seks
beramai-ramai yang paling meriah. Jika seorang pedagang asing melalui wilayah mereka,
dia akan dikepung oleh mereka semua, tidak kira besar dan kecil, dan dirompak apa sahaja
barangan miliknya. Masing-masing dipersiapkan dengan sebuah bagatel, sehingga
pengembara itu ditelanjangkan. Jika mangsa berusaha untuk membantah dengan seseorang
atau yang lain, mereka akan menunjukkan kepadanya bahawa dia telah membuat perkara
remeh semata-mata, tidak berbaloi untuk dibicarakan. Dan akhirnya mereka menghalaunya
keluar dari kota.

Pada suatu ketika ianya telah terjadi bahawa seorang lelaki mengembara dari Elam telah
tiba di Sodom pada waktu petang. Tiada seorang pun yang ditemui untuk memberikan
perlindungan kepadanya pada malam itu. Akhirnya seekor musang licik bernama Hedor
menjemputnya dengan mesra untuk mengikutinya ke rumahnya. Orang Sodom itu telah
tertarik dengan sebuah permaidani indah yang jarang ditemui, yang terikat pada keldai
orang asing itu dengan menggunakan tali. Dia bermaksud untuk mendapatkannya untuk
dirinya sendiri. Pujukan mesra Hedor mendorong orang asing itu untuk tinggal bersamanya
selama dua hari, walaupun dia menjangkakan untuk tinggal semalaman sahaja. Apabila tiba
masanya untuk dia meneruskan perjalanannya, dia bertanya tuan rumahnya tentang
permaidani dan talinya. Hedor berkata: "Kamu telah bermimpi satu mimpi, dan ini adalah
tafsiran mimpimu: tali menandakan bahawa kamu akan mempunyai umur yang panjang,
sepanjang seutas tali; permaidani yang pelbagai warna menunjukkan bahawa kamu akan
memiliki sebuah kebun di mana kamu akan bercucuk tanam dengan segala jenis pohon
buah-buahan." Orang asing itu menegaskan bahawa permaidaninya adalah satu realiti,
bukan satu mimpi yang indah, dan dia terus menuntut agar ianya dipulangkan. Hedor bukan
sahaja menafikan telah mengambil apa-apa daripada tetamunya, dia malah berkeras
meminta bayaran kerana telah mentafsirkan mimpi itu kepadanya. Harga biasa bagi
perkhidmatan sedemikian, katanya, ialah empat keping perak, tetapi memandangkan dia
adalah tetamunya, dia akan, sebagai satu pertolongan kepadanya, berpuas hati dengan tiga
keping perak.

Selepas banyak perselisihan, mereka mengemukakan hal mereka dihadapan salah seorang
hakim Sodom, yang bernama Sherek, dan dia berkata kepada plaintif, "Hedor terkenal di
kota ini sebagai ahli tafsir mimpi yang boleh dipercayai, dan apa yang dia katakan
kepadamu adalah benar. "Orang asing itu menyatakan dirinya tidak berpuas hati dengan
keputusan itu, dan terus mendesak bagi pihaknya dalam kes itu. Kemudian Sherek
menghalau kedua-dua plaintif dan defendan dari bilik mahkamah. Melihat ini, para
penduduk berkumpul bersama dan mengejar orang asing itu dari bandar, dan dengan
meratapi kehilangan permaidaninya, dia terpaksa meneruskan perjalanannya.

Sebagaimana Sodom mempunyai seorang hakim yang selayaknya ia, demikian juga dengan
kota-kota lain - Sharkar di Gomorrah, Zabnak di Admah, dan Manon di Zeboiim. Eliezer,
hamba lelaki kepada Ibrahim, membuat sedikit perubahan pada nama hakim-hakim ini,
sesuai dengan sifat apa yang telah mereka lakukan: yang pertama dia memanggilnya
Shakkara, Pembohong; yang kedua Shakrura, Ketua-pendusta; yang ketiga Kazban,
Pemalsu; dan yang keempat, Mazle-Din, Penyeleweng Penghakiman. Atas saranan
hakim-hakim ini, bandar-bandar tersebut memasang katil di kejiranan mereka. Apabila
orang asing tiba, tiga orang menangkapnya di kepala, dan tiga di kakinya, dan mereka
memaksanya ke atas salah satu katil. Jika dia terlalu pendek untuk dimuatkan dengan tepat,
enam orang pembantunya akan menarik dan meregangkan anggota badannya sehingga dia
muat di atasnya; jika dia terlalu panjang untuk itu; dengan itu, mereka akan cuba
memuatkannya dengan semua kekuatan gabungan mereka, sehingga mangsa berada di
ambang maut. Jeritannya disambut dengan kata-kata, “Demikianlah akan dilakukan kepada
sesiapa sahaja yang datang ke tanah air kita"

Selepas beberapa ketika, para pengembara mengelakkan kota-kota ini, tetapi jika mangsa
yang malang sekali-sekala ditipu untuk memasukinya, mereka akan memberinya emas dan
perak, tetapi tidak pernah sebarang roti, supaya dia dipastikan mati kelaparan. Setelah dia
mati, penduduk kota itu datang dan mengambil kembali emas dan perak yang telah ditanda
yang telah mereka berikan kepadanya, dan mereka akan bertengkar tentang pembahagian
pakaiannya, kerana mereka akan menguburkannya dalam keadaan telanjang.

Suatu ketika Eliezer, hamba lelaki kepada Ibrahim, pergi ke Sodom, atas perintah Sarah,
untuk menanyakan kesejahteraan Lut. Dia kebetulan memasuki kota itu pada ketika orang
ramai merompak pakaian seorang pendatang asing. Eliezer menyokong hak orang malang
itu, dan orang Sodom kembali melawannya; seseorang telah melemparkan batu ke dahinya
dan menyebabkan kehilangan banyak darah. Serta-merta, penyerang itu, yang melihat darah
yang memancut keluar, menuntut bayaran kerana telah melakukan rawatan bekam. Eliezer
enggan membayar akibat luka yang dideritanya, dan dia dibawa ke hadapan hakim
Shakkara. Keputusan itu tidak memihak kepadanya, kerana undang-undang negara
memberikan penyerang itu hak untuk menuntut bayaran. Eliezer cepat-cepat mengambil
sebiji batu dan melemparkannya ke dahi hakim tersebut. Apabila dia melihat darah itu
mengalir deras, dia berkata kepada hakim, "Bayarkan hutang saya kepada lelaki itu dan
berikan saya bakinya."

Punca kezaliman mereka adalah kekayaan mereka yang terlampau hebat. Tanah mereka
adalah emas, dan dalam kekikiran dan ketamakan mereka demi lebih banyak emas, mereka
ingin menghalang orang-orang asing daripada menikmati sedikit pun dari kekayaan mereka.
Sehubungan itu, mereka membanjiri lebuh raya dengan aliran air, sehingga jalan-jalan ke
kota mereka terhapus, dan tidak ada yang dapat mencari jalan ke sana. Mereka tidak berhati
perut terhadap binatang sama seperti terhadap manusia. Mereka membenci apa yang
burung-burung itu makan, dan oleh sebab itu mereka menghapuskannya. Mereka juga
berkelakuan jahat terhadap satu sama lain, juga, tidak berundur dari pembunuhan untuk
mendapatkan lebih banyak emas. Jika mereka memerhatikan bahawa seorang lelaki memiliki
kekayaan yang besar, dua daripada mereka akan bersekongkol melawannya. Mereka akan
memperdayakan dia ke kawasan runtuhan, dan sementara yang satu menahannya di tempat
itu dengan perbualan yang menyenangkan, yang lain akan merosakkan tembok berhampiran
tempat dia berdiri, sehingga tiba-tiba tembok itu menghempapnya dan membunuhnya.
Kemudian kedua orang yang berkomplot itu membahagikan hartanya di antara mereka.

Kaedah lain untuk memperkayakan diri mereka dengan harta benda orang lain adalah satu
trend di kalangan mereka. Mereka adalah pencuri yang cerdik. Apabila mereka membuat
keputusan untuk melakukan pencurian, mereka akan terlebih dahulu meminta mangsa
mereka untuk menjaga sejumlah wang untuk mereka, yang mereka sapukan dengan minyak
wangi yang kuat sebelum menyerahkannya kepadanya. Malam berikutnya mereka akan
memecah masuk ke dalam rumahnya, dan merompak khazanah rahsianya, yang dibawa ke
tempat persembunyian oleh bauan minyak.

Undang-undang mereka direka untuk menzalimi golongan miskin. Semakin kaya seseorang
itu, semakin dia diutamakan di hadapan undang-undang. Pemilik dua ekor lembu diwajibkan
untuk mengembala sehari, tetapi jika dia mempunyai hanya satu lembu, dia harus
mengembala dua hari. Seorang anak yatim yang miskin, yang terpaksa menggembalakan
ternakan lebih lama daripada mereka yang diberkati dengan kawanan lembu yang banyak,
membunuh semua lembu yang diamanahkan kepadanya untuk membalas dendam terhadap
penindasnya, dan dia menegaskan, apabila kulit itu dibahagikan, bahawa pemilik dua ekor
lembu hendaklah mendapat hanya satu kulit, tetapi pemilik satu ekor lembu harus menerima
dua kulit, sesuai dengan kaedah yang dijalankan dalam memberikan kerja itu. Bagi
penggunaan feri, seorang pengembara perlu membayar empat zuz, tetapi jika dia
mengharungi air, dia perlu membayar lapan zuz.

Kekejaman orang Sodom semakin bertambah teruk. Lut mempunyai seorang anak
perempuan, Paltit, dinamakan demikian kerana dia telah dilahirkan dari beliau tidak lama
selepas beliau melarikan diri dari tawanan melalui bantuan Ibrahim. Paltit tinggal di
Sodom, dimana dia telah berkahwin. Pada suatu ketika seorang pengemis datang ke kota,
dan mahkamah mengeluarkan satu pengisytiharan bahawa tidak seorang pun boleh
memberinya apa-apa untuk dimakan, supaya dia mungkin akan mati kelaparan. Tetapi Paltit
mengasihani pengemis malang itu, dan setiap hari apabila dia pergi ke perigi untuk
menimba air, dia membekalkannya dengan sekeping roti, yang dia sembunyikan di dalam
timba airnya. Penduduk dua kota berdosa, Sodom dan Gomorrah, tidak dapat memahami
mengapa pengemis itu tidak binasa, dan mereka mengesyaki bahawa seseorang memberinya
makanan secara rahsia. Tiga lelaki menyembunyikan diri berdekatan pengemis itu, dan telah
menangkap Paltit pada ketika memberinya sesuatu untuk dimakan. Dia terpaksa membayar
untuk perikemanusiaannya dengan kematian; dia dibakar di atas kayu api.

Penduduk Admah tidaklah lebih baik daripada penduduk Sodom. Suatu ketika seorang asing
datang ke Admah, berniat untuk bermalam dan meneruskan perjalanannya keesokan
harinya. Anak perempuan kepada seorang yang kaya telah bertemu dengan orang asing itu,
dan memberinya air minum dan roti untuk dimakan atas permintaannya. Apabila penduduk
Admah mendengar tentang pelanggaran undang-undang negara itu, mereka menangkap
gadis itu dan membawanya ke hadapan hakim, yang menghukumnya mati. Orang ramai
melumurinya dengan madu dari atas hingga ke kaki, dan mendedahkannya di mana
lebah-lebah akan tertarik kepadanya. Serangga-serangga itu menyengatnya hingga mati,
dan orang-orang yang tidak berhati perut itu tidak menghiraukan tangisannya yang
menyayat hati. Kemudian Tuhan memutuskan untuk membinasakan orang-orang berdosa
ini.” 12

Dan kisah itu bersambung dalam Kitab Kejadian Bab 19:

1 Kedua malaikat itu tiba di Sodom pada waktu petang, dan Lut sedang duduk di
pintu gerbang kota itu. Apabila beliau melihat mereka, beliau bangun untuk
menemui mereka dan sujud dengan mukanya ke tanah.

2 “Tuan-tuanku,” katanya, “tolonglah singgah ke rumah hambamu ini. Kamu


boleh membasuh kaki kamu dan bermalam dan kemudian pergi menyambung
perjalanan kamu pada awal pagi.”
“Tidak,” jawab mereka, “Kami akan bermalam di dataran.”

3 Tetapi beliau mendesak dengan keras sehingga mereka pergi bersamanya dan
memasuki rumahnya. Beliau menyediakan hidangan untuk mereka, membakar
roti tanpa ragi, dan mereka makan.

4 Sebelum mereka masuk tidur, semua lelaki dari setiap bahagian kota
Sodom—baik muda mahupun tua—mengelilingi rumahnya.

5 Mereka memanggil kepada Lut, “Di manakah orang-orang yang datang


kepadamu malam ini? Bawa mereka keluar kepada kami supaya kami boleh
melakukan hubungan seks dengan mereka.”

6 Lut keluar untuk menemui mereka dan menutup pintu di belakangnya

7 dan berkata, “Tidak, kawan-kawanku. Jangan lakukan perkara terkutuk ini.

12
The Legends of the Jews, Louis Ginzberg, Bab. 1, m/s 146-156
8 Lihat, aku mempunyai dua anak perempuan yang tidak pernah tidur dengan
lelaki. Biar aku bawakan mereka keluar kepada kamu, dan kamu boleh
melakukan apa yang kamu suka dengan mereka. Tetapi jangan lakukan apa-apa
kepada lelaki ini, kerana mereka telah berada di bawah perlindungan
bumbungku.”

9 “Jangan menghalang kami,” jawab mereka. “Orang ini datang ke sini sebagai
orang asing, dan sekarang dia mahu menjadi hakim! Kami akan melayani kamu
lebih teruk daripada mereka." Mereka terus memberi tekanan kepada Lut dan
bergerak ke hadapan untuk memecahkan pintu.

10 Tetapi lelaki-lelaki di dalam menghulurkan tangan dan menarik Lut kembali ke


dalam rumah dan menutup pintu.

11 Kemudian mereka membutakan orang-orang yang berada di pintu rumah itu,


tua dan muda, sehingga mereka tidak dapat menemukan pintu itu.

12 Dua lelaki itu berkata kepada Lut, “Adakah kamu mempunyai orang lain di
sini—menantu lelaki, anak lelaki atau perempuan, atau orang lain di kota ini
yang kepunyaan kamu? Bawa mereka keluar dari sini,

13 kerana kami akan memusnahkan tempat ini. Jeritan kepada Tuhan terhadap
penduduknya begitu hebat sehingga dia telah mengutus kami untuk
memusnahkannya.”

14 Maka Lut keluar dan berkata kepada menantu-menantunya, yang telah berjanji
untuk mengahwini anak-anak perempuannya. Beliau berkata, "Cepatlah pergi
dari tempat ini, kerana Tuhan akan memusnahkan kota ini!" Tetapi
menantu-menantunya menyangka beliau bergurau.

15 Menjelang fajar, para malaikat mendesak Lut, dengan berkata, “Cepat!


Bawalah isterimu dan dua anak perempuanmu yang ada di sini, atau kamu akan
dibinasakan apabila kota ini dihukum.”
16 Ketika beliau teragak-agak, lelaki-lelaki itu menggenggam tangannya dan
tangan isterinya dan kedua anak perempuannya dan membawa mereka keluar
dari kota dengan selamat, kerana Tuhan mengasihi mereka.

17 Sebaik sahaja mereka membawa mereka keluar, salah seorang daripada mereka
berkata, “Larilah selamatkan nyawamu! Jangan lihat ke belakang, dan jangan
berhenti di mana-mana di dataran! Lari ke pergunungan atau kamu akan
dibinasakan!”

18 Tetapi Lut berkata kepada mereka, “Jangan tuan-tuanku, tolonglah!

19 Hambamu telah diutamakan di sisi pandanganmu dan engkau telah


menunjukkan kebaikan yang besar kepadaku dengan menyelamatkan nyawaku.
Tetapi aku tidak boleh melarikan diri ke pergunungan; bencana ini akan
menimpaku dan aku akan mati.

20 Lihat, di sini ada sebuah kota yang cukup dekat untuk melarikan diri, dan ianya
kecil. Biarkan aku melarikan diri ke sana—ianya sangat kecil, bukan? Maka
nyawaku akan terselamat.”

21 Dia berkata kepadanya, “Baiklah, aku akan mengabulkan permintaan ini juga;
Aku tidak akan menggulingkan kota yang kamu katakan.

22 Tetapi larilah ke sana dengan cepat, kerana aku tidak dapat berbuat apa-apa
sehingga kamu sampai.” (Itulah sebabnya kota itu dinamakan Zoar).

23 Pada ketika Lut tiba di Zoar, matahari telah terbit di atas seluruh tanah itu.

24 Kemudian Tuhan menurunkan belerang yang menyala-nyala ke atas Sodom dan


Gomorrah—dari Tuhan diturunkan dari langit.

25 Demikianlah dia menggulingkan kota-kota itu dan seluruh dataran,


memusnahkan semua orang yang tinggal di kota-kota itu—dan juga
tumbuh-tumbuhan di tanah itu.

26 Tetapi isteri Lut menoleh ke belakang, dan dia menjadi tiang garam.
27 Awal pagi seterusnya Ibrahim bangun dan kembali ke tempat yang beliau
pernah berdiri di hadapan Tuhan.

28 Beliau memandang ke bawah ke arah Sodom dan Gomorrah, ke arah seluruh


tanah dataran, dan beliau melihat asap tebal naik dari tanah itu, seperti asap
dari relau api.

29 Maka apabila Tuhan binasakan kota-kota di dataran itu, dia mengingatkan


Ibrahim, dan beliau membawa Lut keluar dari malapetaka yang meruntuhkan
kota-kota tempat Lut pernah tinggal.

30 Lut dan kedua anak perempuannya meninggalkan Zoar dan menetap di


pergunungan, kerana beliau takut tinggal di Zoar. Beliau dan dua anak
perempuannya tinggal di dalam sebuah gua.

31 Pada suatu hari anak perempuan yang lebih tua berkata kepada yang lebih
muda, “Ayah kita sudah tua, dan tidak ada lelaki di sini untuk memberi kita
anak.—sebagaimana budaya di seluruh muka bumi.

32 Mari kita ajak ayah kita minum wain dan kemudian tidur dengannya dan
memelihara keturunan keluarga kita melalui ayah kita.”

33 Pada malam itu mereka memberi ayah mereka minum wain, dan anak
perempuan yang lebih tua masuk dan tidur dengan beliau. Beliau tidak
menyedarinya bila dia berbaring atau bila dia bangun.

34 Keesokan harinya anak perempuan yang lebih tua berkata kepada yang lebih
muda, “Malam tadi aku tidur dengan ayahku. Mari kita beri beliau minum wain
lagi malam ini, dan kamu masuk dan tidur dengan beliau supaya kita dapat
mengekalkan keturunan keluarga kita melalui ayah kita.”

35 Maka malam itu juga mereka menyuruh ayah mereka minum wain, lalu
masuklah anak perempuan yang lebih muda itu dan tidur dengan beliau. Sekali
lagi beliau tidak menyedarinya bila dia berbaring atau bila dia bangun.

36 Jadi kedua-dua anak perempuan Lut dihamilkan oleh bapa mereka.


37 Anak perempuan yang lebih tua mempunyai seorang anak lelaki, dan dia
menamakannya Moab; dialah bapa kepada bangsa Moab pada hari ini.

38 Anak perempuan yang lebih muda juga mempunyai seorang anak lelaki, dan dia
menamainya Ben-Ammi; dialah bapa kepada bangsa Amon pada hari ini. 13

Disamping pembunuhan dan ketidakadilan yang sering dilakukan di Sodom dan


kota-kota sekitarnya, kita dengan jelas melihat melalui kunjungan para Malaikat bahawa
seluruh kota dan semua lelaki tanpa pengecualian, muda dan tua dari setiap bahagian kota,
turut keluar untuk merogol para Malaikat. Ini bermakna bahawa seluruh kota akan terlibat
dalam merogol mana-mana pelawat baru ke kota yang mereka inginkan. Dan ini jelas
ditunjukkan oleh percubaan mereka untuk memecah masuk ke dalam rumah Lut untuk
menculik dan merogol dua Malaikat yang menyamar sebagai lelaki.

Kita juga perhatikan bahawa Lut mempunyai dua menantu lelaki yang telah dijanjikan
untuk mengahwini anak-anak perempuannya di kota dan dari penduduk kota itu. Ini
bermakna bahawa kedua-dua menantu lelaki itu tidak membantah Lut menawarkan
anak-anak perempuannya kepada perusuh agar mereka dapat melakukan hubungan seks
dengan mereka. Bagaimanakah Lut boleh menjadi seorang Nabi dan menawarkan anak-anak
perempuannya untuk melakukan hubungan seks secara berkumpulan dan pada masa yang
sama menawarkan mereka sedangkan mereka telah dijanjikan? Ia mestilah kerana pada masa
itu tidak ada undang-undang di bawah Tiga Perjanjian pertama yang melarang jenis kesatuan
seksual ini, iaitu seks berkumpulan. Jadi, tidakkah seseorang juga boleh berhujah bahawa
homoseksualiti juga belum diharamkan lagi?
Homoseksualiti menjadi larangan dalam Perjanjian Musa dan secara eksplisit disebut dalam
Kitab Imamat 18:22 :

“Kamu tidak boleh bersetubuh dengan seorang lelaki sebagaimana dengan seorang
perempuan; ianya adalah sesuatu yang keji.” 14

Dan sekali lagi dalam Kitab Imamat bab 20:13 :


“Jika seorang lelaki bersetubuh dengan seorang lelaki sebagaimana dengan
seorang perempuan, kedua-duanya telah melakukan sesuatu yang keji; mereka pasti akan
dibunuh; darah mereka tertanggung ke atas mereka.” 15

13
Kitab Suci Injil, Kitab Kejadian, Bab 19, Ayat 1-38
14
Kitab Suci Injil, Kitab Imamat, Bab 18, Ayat 22
15
Kitab Suci Injil, Kitab Imamat, Bab 20, Ayat 13
Dan jawapannya adalah ya, ianya benar, namun tindakan homoseksual itu sendiri adalah
satu dosa kerana ianya langsung bertentangan dengan perintah Tuhan untuk beranak cucu dan
berkembang biak, kerana tidak ada hasil yang boleh dilahirkan daripada hubungan
homoseksual. Dari segi undang-undang ilahi, orang-orang Sodom dan Gomorrah bersalah
kerana telah melanggar beberapa undang-undang utama perjanjian, salah satu undang-undang
yang sering mereka langgar adalah pembunuhan dan satu lagi adalah perintah Tuhan untuk
beranak cucu dan berkembang biak yang diberikan oleh Tuhan kepada Adam dan kemudian
kepada Nuh (AS) dan tidak pernah dimansuhkan oleh Ibrahim (AS) dalam Perjanjian Ketiga.
Dan mana-mana undang-undang atau perintah daripada Perjanjian sebelumnya, jika tidak
diselaraskan atau dibatalkan oleh Perjanjian baharu adalah masih kekal. Di dalam Al-Qur'an
ia menjadi jelas bahawa ini adalah isunya. Di dalam Surah Al-Araf ayat 80-84 ia menyatakan:
“Dan (ingatlah) Lout (Lut), ketika beliau berkata kepada kaumnya: “Adakah kamu
melakukan dosa yang paling teruk, yang belum pernah dilakukan oleh orang-orang sebelum
kamu di seluruh Dunia ini. "Sesungguhnya kamu memuaskan hawa nafsu kamu ke atas lelaki
yang sepatutnya wanita. Tidak, tetapi kamu adalah kaum yang melampaui batas". Dan
jawapan kaumnya hanyalah yang mana mereka berkata: "Usirlah mereka keluar daripada
kotamu, sememangnya mereka adalah orang-orang yang menyucikan diri". Kemudian Kami
selamatkannya dan keluarganya, kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang
tertinggal (dalam azab seksa). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (dari batu).
Kemudian lihatlah apa kesudahan penjenayah-penjenayah itu.” 16

Dan dalam Al-Qur’an dalam Surah Al Syu’ara ayat 165 dan 166 ada menyatakan:

“Apakah kamu mendekati laki-laki di seluruh alam dan meninggalkan apa yang
telah diciptakan Tuhanmu untukmu sebagai pasangan? Tetapi kamu adalah kaum yang
melampaui batas.” 17

Al-Qur’an dengan jelasnya menyatakan bahawa walaupun mungkin sebahagian daripada


penduduk kota mempunyai isteri, majoritinya telah mendekati lelaki dan meninggalkan
wanita sepenuhnya, dan mempraktikkan nafsu mereka kepada lelaki dan bukannya dengan
isteri mereka. Dan ini bermakna bahawa orang-orang Sodom dan Gomorrah telah melanggar
perintah Tuhan yang pertama, untuk beranak cucu dan berkembang biak. Mereka
meninggalkan hubungan seksual dengan wanita sama sekali. Dan ini adalah salah satu sebab
mengapa hukuman itu dijatuhkan ke atas mereka. Selain itu, mereka telah pun dikutuk atas
pembunuhan mereka terhadap para pengunjung kota dan orang-orang yang tidak bersalah.
Terdapat juga beberapa perkara penting yang ingin kami kutip daripada kisah Lut:

16
Kitab Suci Al- Qur’an, Surah 7 (Al-Araf ), Ayat 80-84
17
Kitab Suci Al-Qur’an, Surah 26 (Al Shu’ara), Ayat 165-166
1. Kita perhatikan bahawa sama seperti Nuh dibenarkan untuk membawa bersamanya
isterinya, isterinya kemudiannya jatuh terkeluar kerana pengkhianatan dan
kejahatannya, sebegitu juga, Lut dibenarkan membawa isterinya, yang juga dalam
perjalanan keluar dari kota ketika isterinya berpatah balik dan telah dibinasakan.

2. Kami menunjukkan bahawa pengambilan alkohol masih dibenarkan dalam


Perjanjian Ketiga. Dan Lut dan anak-anak perempuannya meminumnya.

3. Kami juga ingin menunjukkan bahawa hubungan seksual antara bapa dan
anak-anak perempuan dibenarkan dan tidak ada undang-undang yang
menghalangnya dalam Tiga Perjanjian pertama. Lut terlibat dalam penyatuan ini
dengan anak-anak perempuannya dan melahirkan dua bangsa. Beliau juga
menawarkan anak-anak perempuannya untuk melakukan hubungan seks
berkumpulan dengan orang di luar rumahnya dan kita ketahui yang orang Sodom
dan Gomorrah telah terlibat dalam melakukan hubungan seks berkumpulan atau
pesta pora.

4. Penduduk Sodom dan Gomorrah berkata tentang Lut dan keluarganya: “Mereka
adalah satu kaum yang menyucikan diri mereka atau ingin menjadi suci.” Ini
adalah rujukan langsung kepada amalan berkhatan yang kini diamalkan Lut di
bawah Perjanjian Ibrahim. Dan perkataan untuk berkhatan dalam bahasa Arab
secara literal diterjemahkan kepada "Penyucian”.

5. Orang-orang Sodom dan Gomorrah berkata kepada Lut ketika beliau menawarkan
anak-anak perempuannya kepada mereka: “Kamu tentu tahu bahawa kami tiada
hak untuk anak-anak perempuan kamu. Kamu sudah tahu apa yang kami
inginkan!” 18 dan ini bermakna mereka tidak mempunyai hak ke atas anak-anak
perempuannya kerana mereka tidak berkhatan dan perempuan di bawah perjanjian
Ibrahim hanya boleh berkahwin dengan lelaki yang berkhatan; iaitu anak-anak
Adam dan bukannya benih-benih dari Qabil.

6. Lut teragak-agak untuk meninggalkan kota Sodom dan Gomorrah dan terpaksa
diheret keluar oleh para Malaikat dan selepas itu beliau juga tidak mahu pergi
terlalu jauh dan diberikan suaka di sebuah kota berdekatan. Keraguan ini adalah
18
Kitab Suci Al-Qur’an, Surah 11 (Hud), Ayat 79
salah satu contoh kekurangan dan kesilapan Lut semasa kerjayanya sebagai
seorang Nabi.

Mengenai homoseksual, Imam Ahmed Al-Hassan (Darinya Salam) telah menjelaskan


kepada saya bahawa sifat semula jadi bagi jantina ialah lelaki tertarik kepada perempuan dan
perempuan tertarik kepada lelaki. Beliau (Darinya Salam) telah menyatakan bahawa
kebanyakan orang yang homoseksual menjadi begitu melalui salah satu daripada dua sebab,
sama ada melalui menjadi mangsa penderaan kanak-kanak atau dilahirkan sedemikian dan
mempunyai seorang ibu bapa atau datuk nenek yang homoseksual atau mempunyai
kecenderungan terhadap jantina yang sama. Ini bermakna bahawa Imam Ahmed Al-Hassan
(Darinya Salam) menafikan pandangan tradisi kebanyakan agama, terutamanya Islam,
bahawa homoseksual hanyalah penyeleweng yang perlu dibunuh atau direjam. Tetapi
sebaliknya, Imam mengatakan bahawa walaupun kecenderungan seksual semula jadi untuk
lelaki dan wanita adalah untuk tarikan kepada jantina yang bertentangan, dan ini adalah untuk
tujuan pembiakan, homoseksual tidak boleh dipersalahkan pada hakikatnya kerana perasaan
tarikan mereka terhadap jantina seks yang sama kerana dalam kebanyakan kes, ini sama ada
satu sifat keturunan genetik yang diturunkan kepada mereka atau mereka menjadi mangsa
penderaan kanak-kanak. Kedua-duanya bukan salah mereka. Pada awal seruan dakwah di
Iraq, setelah Imam Ahmed Al-Hassan (Darinya Salam) membuka rumah ibadat pertama
untuk orang-orang beriman, ada seorang lelaki homoseksual telah datang ke rumah ibadat
tersebut. Pengikut-pengikut Imam (Darinya Salam) menyatakan bahawa mereka mahukan dia
pergi kerana pada pendapat mereka, keberadaannya di kalangan mereka akan merosakkan
reputasi mereka dan reputasi agama ini, kerana dia terkenal di bandar itu sebagai
homoseksual. Imam Ahmed Al-Hassan (Darinya Salam), apabila mendengar ini menjadi
sangat marah dan berkata kepada mereka: "Jika saya menutup pintu-pintu kepada Tuhan di
hadapan wajahnya, pada pintu siapa dia akan ketuk?" Dan beliau mengalu-alukan lelaki itu
kembali masuk. Sebegitu juga, agama kami dan jemaah kami mengalu-alukan orang-orang
homoseksual dan orang-orang dari semua cara dan jalan hidup, kerana orang yang ikhlas
dalam pencariannya kepada Tuhan adalah lebih mulia daripada orang yang menzahirkan
pendustaan agama padahal dia adalah seorang munafik di bahagian dalam.

Adapun lokasi Sodom dan Gomorrah; titik terendah dunia di Bumi adalah Laut Mati
yang terletak di Jordan dan Palestin, dengan ketinggian berjumlah kira-kira 416 meter di
bawah paras laut. Imam Ahmed Al-Hassan (Darinya Salam) telah mengesahkan bahawa Laut
Mati adalah lokasi kepada Sodom dan Gomorrah, kota-kota yang dimusnahkan oleh Tuhan
dalam tiga agama Ibrahim, Yahudi, Kristian dan Islam. Beliau (Darinya Salam) telah berkata:
"Laut Mati kini mengering dan artifak-artifak kuno akan muncul yang akan mengubah
konsep orang ramai, banyak perkara akan berubah jika mereka tidak menyembunyikannya."
Di dalam Kitab Suci Al-Qur’an ia menyatakan:
“Maka apabila datangnya perintah Kami, Kami jadikan bahagian yang paling tinggi itu
paling rendah” 19
Terjemahan yang salah telah diterjemahkannya sebegini:
“Maka apabila datang perintah Kami, Kami jadikan bahagian yang paling tinggi [dari kota
itu] paling rendah”
Atau sedemikian:
“Dan apabila datang perintah Kami, Kami terbalikkan kota itu dari atas ke bawah”

Tetapi hakikatnya ianya tidak menyebut perkataan bandar atau kota dalam bahasa Arab,
ianya hanya berkata “Kami telah jadikan titik tertingginya menjadi titiknya yang terendah”
Jika hari ini Laut Mati adalah titik terendah di Bumi, maka sudah semestinya ia pernah
menjadi titik tertinggi di Bumi. Titik tertinggi di Bumi dahulunya adalah dua kota Sodom
dan Gomorrah, yang dahulunya lebih tinggi daripada Gunung Everest. Ianya telah
dimusnahkan oleh Tuhan dan dijadikan sebagai titik terendahnya. Dari yang teratas dunia
kepada yang paling bawah dalam semalaman.

19
Kitab Suci Al-Qur’an, Surah 11 (Hud), Ayat 82

Anda mungkin juga menyukai