Anda di halaman 1dari 1

a) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya (Tertutup)

Ciri-ciri Contoh Ayat


1.Sering diucapkan dengan nada suara ▪ Roslan pergi ke pekan?
meninggi dan diikuti kesenyapan di ▪ Ibu Ramlan seorang guru?
akhir ayat. ▪ Rahimah hendak menjadi jurutera?
2.Disertai partikel ‘-kah’ untuk ▪ Ramlah ke kelaskah?
menunjukkan bahagian yang ▪ Beg Rosli beratkah?
ditekankan atau fokus ayat. ▪ Ramli hendak bertolak ke Melaka
sekarangkah?
3.Unsur fokus dalam ayat boleh ▪ Ke kelaskah Ramlah?
mengalami proses penjudulan ▪ Beratkah beg Rosli?
(pendepanan konsituen yang menjadi ▪ Sekarangkah Ramli hendak bertolak
fokus. ke Melaka?
4.Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya boleh ▪ Roslan pergi ke pekan?
dijawab dengan jawapan ‘Ya’ atau (Ya, Roslan pergi ke pekan.)
‘Tidak’. ▪ Beratkah beg Rosli?
(Tidak, beg Rosli ringan sahaja.)
▪ Rahimah hendak menjadi jurutera?
(Ya, Rahimah hendak menjadi
jurutera.)

Anda mungkin juga menyukai