Anda di halaman 1dari 2

BAHASA MELAYU (TATABAHASA : AYAT BIASA & AYAT SONGSANG)

8 JAN 2023

LATIHAN 1 : Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat songsang :


1. Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara.
Jawapan :

2. Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.


Jawapan :.

3. Negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang berterusan.
Jawapan :

4. Pemberita melaporkan keadaan banjir semakin surut.


Jawapan :

5. Syarat-syarat pertandingan menulis karya kreatif telah diterangkan oleh pihak


penganjur sebentar tadi.
Jawapan :

6. Cenderamata yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya tersusun dengan kemas di


dalam almari perhiasan koleksi.
Jawapan :

7. Sambutan yang diberikan oleh orang ramai terhadap Kempen gaya Hidup Sihat itu
sungguh menggalakkan.
Jawapan :

8. Cincin yang bertatahkan berlian itu sungguh cantik.


Jawapan :

9. Anak-anak Pak Man Toya berkejar-kejaran di taman.


Jawapan :

10. Rumah Kak Limah yang besar di atas bukit itu tidak berpenghuni sejak sepuluh tahun
yang lalu.
Jawapan :
11. Peserta Ekspedisi Kembara Kinabalu berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu
tepat jam 2.00 pagi tadi.
Jawapan :

12. Kejadian tanah runtuh di Cameron Highland telah mengorbankan lima orang
pelancong warga asing.
Jawapan :

13. Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar SMK Sri Matang akan diadakan pada minggu
hadapan.
Jawapan :

14. Atiqah memperoleh pelbagai pengalaman baharu apabila menjalani latihan industri di
Petronas.
Jawapan :

15. Azhar menghadiahkan ibunya seutas rantai sempena gaji pertamanya.


Jawapan :

16. Majlis Sambutan Gawai Raya SMK Seri Murni berlangsung dengan meriah sekali.
Jawapan :

17. Hanim memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Pidato Integriti itu.
Jawapan :

18. Persatuan Kembara Seni mengadakan lawatan sambil belajar pada minggu lepas.
Jawapan :

19. Para pendebat yang mewakili SMK Semerah Padi ke Debat Perpaduan menjalani
latihan intensif selama seminggu.
Jawapan :

20. Alin melukis potret Zafran ketika ibu mereka memasak.


Jawapan :

Anda mungkin juga menyukai