Anda di halaman 1dari 1

AKTIVITI BERSAMA KELUARGA

1. Keluarkan permainan papan anda.

2. Buat suatu diari bagi tujuan mencatat aktiviti harian anda sekeluarga.

3. Ini masanya untuk anda membuat kek atau biskut! Mana tahu, jika hasilnya enak, anda
mungkin dapat menjana pendapatan baharu.

4. Belajar untuk membuat penyediaan makanan awal. Ini sangat berguna bagi yang harus
bekerja dari rumah kerana ia menjimatkan masa ketika perlu menyediakan makan tengah hari.

5. Adakan malam menonton filem di rumah. Setiap malam, satu orang daripada ahli keluarga
anda dapat memilih satu filem untuk ditonton.

6. Jika anda belum pernah mencuba, apa lagi, ayuh bersenam di rumah.

7. Lakukan countdown dan perkara-perkara yang produktif bagi hari-hari yang akan datang.

8. Bantu anak-anak anda dengan kerja sekolah mereka.

9. Berteka-teki atau bina sesuatu dari bahan-bahan lego.

10. Buat suatu senarai destinasi pelancongan dalam negara yang anda ingin lawati.

11. Kemaskan rumah anda. Selongkar barangan tidak terpakai anda dan ketepikannya bagi
pemberian bantuan kebajikan.

12. Lakukan kerja-kerja rumah bersama ahli keluarga.

13. Hiaskan rumah anda.

14. Berkelah atau berkhemah di laman rumah.

15. Adakan panggilan video bersama rakan-rakan atau saudara mara anda! Jarak bersosial
tidak bermakna anda tidak bersosial.

16. Rancang percutian keluarga anda di negeri tempat anda tinggal.

17. Mulakan aktiviti berkebun di rumah.

Anda mungkin juga menyukai