Anda di halaman 1dari 2

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI DALAM PdP

1.0 PENGENALAN
Inovasi dalam pendidikan khususnya diperingkat sekolah memainkan peranan
penting yang menjayakan visi dan misi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Roger E.
Miller (1971) menjelaskan inovasi merupakan idea yang dianggap baru dan lebih baik
daripada yang lama oleh seseorang individu. Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya
pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud
pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya
tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu
atau memenuhi pasaran tertentu. Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi
sebagai idea, konsep, atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.
PdP RBT pula merupakan suatu proses yang memberi penekanan kepada mereka
bentuk dalam penghasilan produk berasaskan teknologi. RBT bertujuan untuk melahirkan
murid yang boleh berkarya dalam menghasilkan produk yang mudah dan bermakna. Justeru
itu, murid perlu diberi bimbingan dan tunjuk cara dengan lebih berkesan untuk mewujudkan
minat dan motovasi murid untuk berkarya dengan kreatif dan inovasi. Faktor pengetahuan
guru, penggunaan masa, keperluan modul tambahan, dan kesediaan peralatan serta bahan
bantu mengajar memainkan peranan penting kepada tercapainya objektif pembelajaran
mata pelajaran ini. Noor Hanim et al. (2020) menyatakan pendidikan menjadi faktor utama
membangunkan negara dalam zaman revolusi industri 4.0, di mana pelajar perlu diberikan
pendidikan yang berkualiti, berdaya maju, dan sanggup mengharungi cabaran digital dimasa
hadapan.

2.0 Rasional Inovasi PdP

Beberapa perkara penting perlu diselusuri didalam menjalankan sesuatu inovasi


yang akan dijalankan menerusi elemen-elemen yang mempunyai hubungkait, antaranya
ialah :-

2.1 Kebolehtadbiran

Inovasi ini telah dijalankan di sekolah kerana ianya merupakan masalah yang terjadi
kepada guru dan murid-murid yang diajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Inovasi ini telah ditadbir oleh guru dan murid dengan mudah kerana hanya perlukan
pantauan mengikut signal keluaran yang boleh dilihat dari jauh tanpa perlu dipantau secara
dekat yang memerlukan jarak perjalanan yang jauh. Disamping itu, inovasi ini dapat
diuruskan dengan baik kerana kendaliannya yang mudah dan seiring dengan rancangan
pengajaran har harian serta keperluan murid-murid tingkatan 1 dan 2 KSSM RBT. Litar
elektronik yang digunakan juga mudah dikendalikan dan dihasilkan dan kurang
mendatangkan masalah.

2.2 Berkepentingan kepada murid

Teknologi fertigasi ini merupakan salah satu bab yang terdapat di dalan mata
pelajaran Reka Bentuk Teknologi Tingkatan 2 dan Teknologi Akuaponik pula pada
Tingkatan 3. Murid perlu memahami sistem fertigasi kerana ianya akan diteruskan pada bab
tingkatan 3 bagi Teknologi Akuaponik. Sistem fertigasi yang sebenarnya dapat
memudahkan murid memahami dengan lebih baik. Murid dapat mengendalikan dengan cara
realistik dan berinovasi.
Inovasi ini penting bagi meningkatkan motivasi murid untuk merekabentuk projek-
projek yang perlu mereka buat mengikut bab yang dipelajari. Motivasi juga amat penting
dalam proses pembelajaran untuk mencapai matlamat seseorang murid (Siti Aishah, 2004).
Menurut Sternberg (2001), motivasi memainkan peranan penting sebagai penggerak untuk
mencapai sesuatu tujuan atau matlamat.

2.3 Berkepentingan kepada guru

Inovasi ini sesuai dijalankan di sekolah kerana ianya dapat memudahkan guru untuk
mengawal sistem fertigasi dengan cara menjimatkan masa di mana guru dapat memantau
paras air dan baja tanpa perlu menghampiri sistem. Guru hanya perlu melihat sistem
sewaktu melalui jalan ke bengkel RBT. Jika paras air dan baja kurang barulah guru perlu
menghampiri sistem dan menambahnya. Dengan ini guru dapat menggunakan masa yang
ada dengan baik.
Guru juga dapat berbincang secara tidak langsung dengan murid jika terdapat
kekurangan atau penambahbaikkan kerana sistem menggunakan litar elektronik dan
pengaturcaraan yang dipelajari pada tingkatan 2 dan 3.

2.4 Kerelevanan kepada sekolah

Inovasi yang telah dijalankan ini telah mendapat sokongan serta bantuan daripada
pihak sekolah. Guru telah mendapat kerjasama serta mendapat kebenaran daripada pihak
sekolah untuk menjalankan inovasi sistem tersebut. Guru dan murid berganding bahu
bersama untuk merealisasikan sistem fertigasi bersensor ini.

Anda mungkin juga menyukai