Anda di halaman 1dari 2

Salam sejahtera kepada semua ibu bapa/ penjaga:

Sila Whatsapp ataupun menelefon Pn. Tan Kui Ngor (0137800565) selewat-lewatnya pada 9.2.2021
(Selasa) jika berminat untuk memohon Biasiswa Melaka.

Sila baca syarat kelayakan dan maklumat yang perlu disertakan seperti di bawah.

TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA (TAPEM)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

1.Pelajar lahir di negeri Melaka dan

2.Ibu atau bapa pelajar dilahirkan di negeri Melaka dan

3.Bermastautin di negeri Melaka dan

4.Pengundi di negeri Melaka.

5.Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM 1,500.00 sebulan.

6.Mempunyai rekod disiplin yang baik.

7.Kelayakan pemohon daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 sahaja.

8.Tidak mendapat biasiswa dari pihak lain.

9.Pelajar mestilah menuntut di Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan atau Sekolah Menengah
Arab (JAIM) dalam negeri Melaka.

10.Keutamaan diberi kepada anak yatim/yatim piatu/ibu tunggal/orang kelainan upaya/kurang


kemampuan/ramai tanggungan.

11. Tidak pernah membuat permohonan biasiswa TAPEM sebelum ini. Murid yang pernah membuat
permohonan Biasiswa Melaka adalah tidak layak membuat permohonan semula.

MAKLUMAT YANG PERLU DISERTAKAN BERSAMA BORANG PERMOHONAN:

1.Lampiran salinan dokumen yang disahkan oleh pihak sekolah adalah seperti berikut:

i.Salinan Kad Pengenalan Pelajar.

ii.Salinan Kad Pengenalan ibu bapa atau penjaga.

iii.Salinan Penyata Gaji atau Surat Pengesahan Pendapatan yang terkini.

iv.Salinan Sijil Kematian atau Surat Cerai (jika berkaitan).

v.Salinan Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun/Peperiksaan Akhir Tahun/PT3/SPM yang


terkini. (murid tingkatan 1 perlu sediakan salinan keputusan peperiksaan akhir tahun Darjah 5 &
ujian 1 Darjah 6)
CATATAN:

i. Murid hanya perlu membuat permohonan sekali sahaja. Murid yang berjaya akan dapat biasiswa ini
sehingga tingkatan 5 dengan syarat murid tersebut tiada masalah disiplin dan guru biasiswa perlu
kemaskini keputusan ujian/peperiksaan murid 2 kali setahun melalui sistem e-tapem.

ii. Murid yang berjaya mendapat Biasiswa Melaka akan mendapat RM600 setahun.

Anda mungkin juga menyukai